Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Diet yang Mana Satu Berkesan Kurangkan Berat Badan?

Cara Diet Berkesan


Terdapat banyak cara diet atau pengambilan makanan untuk kurangkan berat badan. Ada artis tu kongsi caranya, ada orang ini kongsi cara tersendiri. Banyak bukan?

cara diet berkesan
Foto The Yale Tribune

Tak kisahlah ikut yang mana, janji kita selesa dengan diet yang diamalkan, bertahan lama dengan cara tersebut dan cukup nutrien dalam satu pinggan makanan yang diambil. Kalau tak selesa, jadi cepat jemu.

Diet yang Mai ikut adalah seperti yang para doktor sarankan iaitu Suku-suku Separuh. Sebabnya senang dan ngam dengan diri sendiri. Sebelum ikut sesuatu cara diet, kenali diri sendiri. Apa yang sesuai atau tidak dengan badan kita.

Suku-suku separuh.. ada karbohidrat, protein, serat dalam satu pinggan. Portion pula, suku karbohidrat, suku protein (lauk) dan separuh serat (buah-buahan dan sayur). Senang dan murah, sebab tu Mai selesa dengan cara ini.

Nak kurangkan berat badan, tiada jalan singkat. Kena jaga portion makanan yang diambil dan bersenam.

Kalau sebelum ini biasa ambil nasi penuh sepinggan, cuba suku-suku separuh. Contohnya nasi. Kita tahu, nasi beras perang memiliki kelebihan berbanding nasi putih, seperti kandungan seratnya lebih. Tapi kalau nasi beras perang itu diambil sepinggan penuh, sama juga.. kalorinya berlebihan. Jadi, paling selamat ikut suku-suku separuh.

Nak tak nak memang kena ubah gaya hidup. KAWAL NAFSU MAKAN. Dah namanya nafsu, kenalah ajar dan kawal. Kalau tak, badan sendiri yang merana akibat menanggung beban berat badan berlebihan kerana tidak menjaga makan.

Tak perlu ubat kurus, tak perlu suplemen, tak perlu makanan ringan atau makanan pelik-pelik saranan orang ramai. Dengan bahan-bahan yang ada di pasar dan kedai berdekatan rumah pun boleh jadi dah diet seimbang. Jangan salahkan makanan tapi salahkan diri sendiri yang salah memilih makanan untuk keperluan badan. Kurangkan berat badan dengan cara yang sihat, InsyaAllah sihatlah yang kita dapat nanti.

Tapi jangan biar diri berlapar terlalu lama pula. Salah cara ini. Nanti bila tiba waktu makan, terlebih portion makanan diambil. Kalori yang diambil pun jadi banyaklah. Maka, ambillah makanan mengikut kalori yang diperlukan oleh badan masing-masing.

tips mudah kurus

Tak pernah cuba Suku-suku Separuh? Jom mula cuba hari ini 😉
Azam tahun baru.. nak berat badan ideal supaya lebih selesa beribadat, selesa melakukan aktiviti harian dan lain-lain lagi.


12 ulasan for "Cara Diet yang Mana Satu Berkesan Kurangkan Berat Badan?"

  1. sha sekarang pun slow slow kurangkan apa tak patut walaupun susah huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang susah sebab dah biasa kan.. tapi usaha tu nanti insyaAllah berbaloi :)

      Padam
  2. nice info insyaAllah berusah keras lagi huhu

    BalasPadam
  3. wahh tips yang bagus ni Mai :)

    BalasPadam
  4. suku suku separuh.
    senang ingat formula tapi nak amal tu..haih..
    2019 jom tekad untuk sihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba pelan-pelan. InsyaAllah boleh 😊

      Padam
  5. diet dan disiplin kena seiring.. kalo x rasanya x menjadi jugak hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. kena disiplinkan diri untuk capai target nak kurus secara sihat

      Padam