Chicken Cheese Wrap Sedap dan Mengenyangkan





Resepi Chicken Cheese Wrap Mudah



Hari-hari fikir tentang menu untuk dimasak, pening juga dibuatnya. Nak makan apa sarapan esok? Nak masak apa petang ni? Erghhh.. buntu.. buntu..  Makanan pilihan Mai kalau rasa malas nak masak, Chicken Cheese Wrap.

Chicken Cheese Wrap


Sekali sekala tukar selera, ok juga kan. Chicken Cheese Wrap mengenyangkan dan pastinya sedap. Nak menyediakannya juga mudah. Tak ambil masa yang lama untuk siap. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati.

Mai makan satu pun dah kenyang. Kenyang yang tahan selama beberapa jam. Ada karbo, protein, serat dan lemak.

Chicken Cheese Wrap

Chicken Cheese Wrap ini sesuai diambil ketika sarapan, makan tengahari dan juga petang. Sedapnya... Jom buat!

Chicken Cheese Wrap


Bahan-bahan:

1 bungkus Mission Wrap Wholemeal
1 bungkus Ayamas Popcorn Chicken (boleh gantikan dengan hirisan dada ayam)
Beberapa keping keju cheddar / parmesan
Daun salad secukupnya
Lobak merah secukupnya (diracik halus memanjang)
Tomato secukupnya
Mayonis

Cara membuatnya:

1. Goreng Ayamas Popcorn Chicken atau dada ayam sehingga masak. 
2. Setelah siap menggoreng, angkat dan ketepikan.
3. Sapu nipis mayonis pada sebelah permukaan wrap.
4. Letak daun salad pada wrap diikuti lobak merah, tomato, ayam dan keju. Kemudian lipat seperti dalam gambar.
5. Setelah siap melipat, masukkan ke dalam oven dengan suhu 175C selama 10 minit (mengikut suhu oven masing-masing) supaya wrap menjadi rangup dan keju mencair. Nak masukkan dalam microwave pun boleh.

* - Untuk lebih sihat, gantikan dengan dada ayam yang digrill. Mai guna Ayamas Popcorn Chicken          sebab nak habiskan stok hehe.
   - Sayuran boleh digantikan mengikut kegemaran masing-masing.


Chicken Cheese Wrap


Senang disediakan, cepat, sedap dan yang penting mengenyangkan. Apabila kenyang, takdelah kita asyik selongkar peti sejuk cari jajan yang ada untuk snacking kan.

Selamat mencuba resepi mudah ini 😊


Catat Ulasan

7 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)