Nikmatnya Makan Bingsu Susu Mangga Buatan Sendiri dalam Cuaca Panas Ini!
Cara Buat Bingsu Susu Mangga yang Sedap dan Mudah
Mai pilih untuk buat bingsu susu mangga sebab menggunakan bahan-bahan yang mudah. Hanya susu segar, susu pekat manis dan buah-buahan. Mudah sangat nak membuatnya. Rasanya juga sedap. Aisnya lembut cair di mulut. Fuhhh.. memang nikmat makan bingsu susu dalam cuaca panas ini..
Bingsu adalah sejenis pencuci mulut yang berasal daripada Korea. Diperbuat daripada ais yang diparut dan diletakkan buah-buahan, mochi dan susu pekat manis. Yang Mai buat ini, resepi asalnya adalah Korean Milk Ice Sorbet (Injeolmi Bingsu) tapi tak letak pelbagai topping macam dalam resepi itu. Nak mudah letak buah mangga je hehe.
Ok, jom cuba buat bingsu susu mangga ini.
Resepi Bingsu Susu Mangga
Bahan-bahan yang diperlukan:
3 cawan susu segar
1 sudu makan susu pekat manis
Setengah biji buah mangga dipotong kiub
Cara membuatnya:
1. Campurkan susu segar dan susu pekat manis di dalam bekas. Kemudian masukkan ke dalam beg plastik zip lock sebab senang untuk hancurkan ais nanti.
2. Letakkan campuran susu segar dan susu pekat manis tadi di dalam ruangan sejuk beku peti ais. Biarkan ia sehingga beku.
3. Setelah beku, keluarkan ais susu dan boleh hancurkannya.
4. Hidangkan bersama buah mangga.
* - Buah-buahan boleh ditukar mengikut pilihan masing-masing.
- Boleh pelbagaikan topping. Sedap juga letak conrflakes.. rangup je..
- Susu tu, kalau tiada susu segar.. guna bancuhan susu tepung pun boleh.
Mudah saja cara nak membuat bingsu susu mangga ini kan. Haaa, kalau teringin bolehlah mula cari bahan-bahan nanti.
Selamat mencuba dan menikmati bingsu susu air tangan sendiri 😉
Slurrpppppp
Lagi resepi sedap: Kek Batik Lapis Keju
mudah je nak buatnya... panas panas memang bestlah makan..
BalasPadambest sangat ;)
Padamtak terfikir pula boleh buat bingsu seringkas ini.
BalasPadamsenang je.. topping tu nak letak macam-macam pun boleh
Padamwah bestnya mudah saja nak buat boleh cuba nanti
BalasPadamjom cuba jom :)
Padamnampak macam sedap. anyway,saya dah follow sini
BalasPadamSedap bingsu ni, Teringat yang resipi khairulaming share dekat ig dia. Lawak tengok :D
BalasPadam