Stay Fresh Body Sparkling Mist, Semburan Badan Wangi dan Menyegarkan!
Body mist yang tahan lama harumannya...
Wangian yang harum dan lembut dapat menenangkan jiwa dan minda. Mai suka sangat dengan satu semburan badan yang memiliki ciri-ciri tersebut iaitu Stay Fresh Body Sparkling Mist daripada Althea Korea.
Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah kerjasama terbaru Althea Korea dengan artis terkenal Indonesia, Titi Kamal. Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah campuran berkilauan oren manis dan peach bersama bunga ros yang wangi.
Apa yang membuatkan Mai suka dengannya adalah ia berbau harum lembut yang tidak menyengat deria bau. Mai jatuh cinta dengannya sejak kali pertama menggunakannya. Wangian buah-buahan dan bungaan yang sedap dihidu.
Menariknya juga, semburan badan yang harum ini tidak memberikan rasa melekit pada kulit. Apabila disembur pada badan, rasanya seperti air biasa yang tidak melekit pada kulit. Sekaligus membuatkan rasa selesa menggunakannya.
Bahan-bahan utama Stay Fresh Body Sparkling Mist adalah seperti:
Damask rose water - Memastikan kulit terhidrat dan memberi wangian lembut
Orange flower extract - Menyegarkan semula deria
Elder flower extract - Menyejukkan dan melegakan kulit serta memberikan bau feminin
Emmm... patutlah berbau wangi...
Mai suka menggunakan semburan badan ini selepas mandi dan sebelum tidur. Rasa tenang saja hidu bauan wangi ini. Tahan lama juga baunya tetapi bergantung kepada aktiviti yang kita lakukan juga.
Kalau keluar rumah jalan-jalan atau makan angin, Mai mesti bawanya bersama. Saiznya memang muat disimpan dalam beg tangan. Bolehlah topup bau wangi yang memberi kesegaran pada kulit ini. Sembur banyak pun baunya tetap lembut tau.
Kalau keluar rumah jalan-jalan atau makan angin, Mai mesti bawanya bersama. Saiznya memang muat disimpan dalam beg tangan. Bolehlah topup bau wangi yang memberi kesegaran pada kulit ini. Sembur banyak pun baunya tetap lembut tau.
Betul-betul dah jatuh cinta dengan Stay Fresh Body Sparkling Mist. Anda patut cuba semburan badan yang harum ini. Kalau anda nak mencubanya, boleh dapatkannya di laman web Althea Korea pada harga RM35 sahaja untuk 100ml.
Berbaloi sebotol tu dengan harga yang ditawarkan..
BalasPadamya betul.. wangiii
Padambestnya. mesti segar sentiasa kan bila pakai produk ni.
BalasPadamya.. segar, baunya pun harum
Padam