Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Kurangkan Berat Badan Berkesan dan Semulajadi, Pengalaman Sendiri

Tips cepat kurus


Kini semakin ramai yang sudah menyedari kepentingan berat badan ideal. Bagus! Banyak cara diet yang boleh diamalkan. Tapi ada juga yang masih tidak tahu nak mula dari mana untuk memulakan diet seimbang untuk kurangkan berat badan.

Cara cepat kurangkan berat badan
Sumber Google

Amat penting untuk kita mengawal berat badan supaya sentiasa normal, tidak lebih dan tidak kurang. Nak dapatkan berat badan ideal, kenalah ubah gaya hidup. Mai nak berkongsi cara mudah untuk kurangkan berat badan melalui pengalaman sendiri.


1. Kurangkan portion makanan. Amalkan suku-suku separuh

Ya, kurangkan portion makanan sangat berkesan. Sebelum ini kalau makan nasi, Mai mesti ambil sepinggan penuh. Demi azam untuk kurangkan berat badan, Mai ikut seperti apa yang doktor pakar kongsi cara diet di laman sosial. Suku-suku separuh. Suku nasi (karbohidrat, suku lauk dan separuh sayur-sayuran dan buah-buahan. Mai gunakan pinggan plastik IKEA je hihi. Jangan guna pinggan besar pula ya.

Suku-suku Separuh
Foto www.finerminds.com

Elok ambil makanan yang digril, rebus atau kukus. Kalau Mai makan juga makanan yang bergoreng, tapi sekali sekala. Nak makan yang berkuah pun boleh, tapi jangan letak kuah banjir.. banyak kalori tu. Lagi satu, makan ikut waktu ya.


2. Ambil sarapan pagi

Ada yang skip sarapan untuk cepat kurus katanya. Sarapan pagi ini penting ya. Nak mulakan hari dengan ceria, mestilah bertenaga. Bila bertenaga, nak buat kerja pun laju je. Tenaga itu kita dapat daripada sarapan pagi.

Menu sarapan pagi, pilih yang sihat. Tak susah pun. Contohnya ,overnight oats atau makan roti wholemeal 2 keping, telur sebiji, dan buah-buahan... tahan lama kenyangnya. Bila kenyang, kita dapat elakkan makan makanan ringan berperisa yang tak bagus untuk kesihatan. Lepas tu dapat berjimat lagi.


3. Minum air putih 2-3 liter sehari

Air putih tidak mengandungi kalori dan gula. Sangat sesuai diamalkan setiap hari. Minum air putih lebih puas daripada minum air manis. Penghilang dahaga yang berkesan. Kalau minum air manis, kita akan rasa nak makan lagi dan lagi.

Lagi, air putih membantu melancarkan proses penghadaman, mencantikkan kulit dan macam-macam lagi. Pendek kata air putih ini banyak kepentingannya dalam kesihatan.


4. Amalkan senaman

Senaman sangat membantu untuk membakar kalori dan buang lemak. Boleh dapat bentuk badan ideal juga, bantu lagi cepat hilangkan gelebeh sana sini, mengurangkan stress dan semestinya menyihatkan dalaman dan luaran tubuh badan.

Mai tahu, ramai yang elak bersenam. Ada yang kata malas, tiada masa, tak suka peluh-peluh... dan ramai fikir asal senam je jogging, kena lari-lari kuat sampai keluar peluh. Tak betul tu ye.

Paling kurang, berjalan keliling kawasan perumahan pun ok dah. Cuba buat 2-3 kali pusingan. Lepas tu badan rasa ringan je. Nak bersenam dalam rumah, pejabat pun boleh. Jangan risau kalau tiada peralatan khas untuk bersenam. Nak mudah, boleh rujuk senaman dalam rumah di YouTube atau boleh install app di smartphone. Mai guna app Lose Weight in 30 Days untuk wanita (gambar kiri), lelaki boleh cuba app Home Workout - No Equipment (gambar kanan).

app lose weight

Kalau rajin boleh pergi gym, rujuk terus dengan coach di situ.


4. Kurangkan ambil snek segera, tukar dengan buah-buahan atau kekacang

Kalau boleh, elakkan snek segera seperti keropok berperisa, coklat, wafer, air kotak manis, jeruk dan lain-lain seumpamanya. Gantikan dengan buah-buahan atau kekacang.

Bagus amalkan makan buah-buahan, senang nak buang air besar nanti.


5. Waktu tidur yang mencukupi

Waktu tidur, badan kita dalam keadaan rehat. Keesokan harinya mesti akan rasa bertenaga sebab dapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup dalam mengelakkan serangan jantung, stress dan mengekalkan tekanan darah normal.

Elakkan tidur lambat. Kalau tidur lambat, akan rasa lapar. Kalau makan waktu ni.. lepas tu tidur. Uishhh makin bertambah lemak dalam badan nanti.



Setakat ini, itu je yang Mai amalkan dari mula sampai sekarang. Alhamdulillah, berat badan Mai dah turun 3 kg dan BMI pun dah normal. Yang best lagi, secara tak langsung kulit juga akan jadi sihat bila kita amalkan diet seimbang ni tau. Lagi-lagi kulit muka, hilang kusamnya. Yela.. dah makan makanan yang berkhasiat kan.

Mudah je kan? Tak perlu diet melampau untuk kurus. Kalau rasa nak makan kegemaran pun makanlah tapi berpada-pada. Nak program diet berjalan dengan lancar, cuba cari kawan atau orang terdekat yang nak capai azam yang sama, mesti lagi cepat dapat hasil.


Cara cepat kurangkan berat badan
Sumber Google

Untuk bahan-bahan makanan sihat, boleh cari di mana-mana pasar terdekat. Asal cukup karbohidrat, lauk, buahan-buahan dan sayur-sayuran dalam satu pinggan, ini pun ok sangat dah.

Kita kena ingat, nak kurangkan berat badan sebab nak sihat, bukan nak kurus sebab nak perhatian orang ramai. Bila kita kurus sebab nak perhatian orang ramai, tu yang ramai ambil jalan singkat dengan ambil produk kurus bahaya.

Pilihlah diet sihat, tak perlu ambil produk tambahan yang akan menjahamkan organ dalaman dan wang. Diri sendiri yang lalui, diri sendiri juga yang akan rasa kesannya.


2 ulasan for "Cara Kurangkan Berat Badan Berkesan dan Semulajadi, Pengalaman Sendiri"

  1. thank you for sharing this tips.rabia ni makin gemuk.tapi dah bersenam pun setiap pagi.

    BalasPadam
  2. Tq share pasal app tu. Nanti nak install.

    BalasPadam