Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dinda Masdo versi Dakwah - Pujian untuk Baginda

Manusia mudah lupa. Asyik puji insan tapi lupa pada penciptanya. Asyik puja idola tapi lupa pada Rasulullah pemberi syafaat di akhirat kelak. Nah... Lagu Dinda nyanyian Kugiran Masdo versi dakwah yang memuji baginda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam.

dinda masdo versi dakwah


Memang popular lagu Dinda ni. Belum release lagu secara rasmi tapi ramai yang buat cover. Lagu versi dakwah ini pula dinyanyikan oleh Rabithah yang diberi tajuk Baginda. Bagus liriknya.

(DINDA VERSI DAKWAH) Rabithah- Baginda


(HAKIM)
Apakah baginda,
Ku kan bersama?
Kerana cinta telah membara,
Rindu di dada,
Tak siapa yang tahu..

Dia jauh di sana,
Jauh di mata,
Namun dihati sentiasa ada,
Menemani di kala gundah gulana,

(AYMAN)
Pintaku agar di sana,
Bahagia bersama,
Mendakap tubuh yang suci,
Mengucup baginda...

(RIDWAN)
Baginda engkau ku cinta,
Tak terungkap dengan kata,
Sabdamu mengubat luka
Bahgia tak terhingga

Dari jutaan bintang,
Engkau paling gemerlapan,
Dari segenap manusia
Baginda yang paling menawan..

(MAHDI)
Pintaku agar di sana,
Bahagia bersama,
Memimpin tangan agungmu,
Gembira di syurga..

KORUS RAMAI

Baginda engkau ku cinta,
Tak terungkap dengan kata,
Sabdamu mengubat luka
Bahgia tak terhingga

Dari jutaan bintang,
Engkau paling gemerlapan,
Dari segenap manusia
Baginda yang paling menawan..


Jom selawat, banyak fadhilat.

2 ulasan for "Dinda Masdo versi Dakwah - Pujian untuk Baginda"