Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Siaran myFreeview Hilang, Muncul E025 No Signal - Ini Cara Penyelesaiannya

 Cara Kembalikan Siaran myFreeview yang Hilang


Anda pengguna siaran digital myFreeview? Best kan sebab paparan TV sangat jelas. Tapi kadang-kadang, tiba-tiba skrin TV jadi gelap dan muncul kotak oren bertulis E025 - No Signal. Geram juga bila tiba-tiba jadi begini kan..

myfreeview hilang siaran


Pertama kali terjadi perkara ini, Mai terus menghubungi pihak MYTV. Mereka beritahu masalah berlaku mungkin disebabkan angin laju atau hujan. Anda pernah mengalami masalah ini tak? Mai kongsikan cara mudah untuk menyelesaikan masalah skrin myFreeview jadi hitam dengan paparan E025 - No Signal.

Cara penyelesaiannya:

1. Tekan butang Menu (Foto 1) pada alat kawalan jauh MYTV.

E025 no signal myfreeview
Foto 1

2. Muncul paparan tetapan (setting) seperti Foto 2. Pilih Tetapan Kilang (tekan butang OK pada alat kawalan jauh MYTV).

E025 no signal myfreeview
Foto 2

3. Kemudian muncul kotak pin (Foto 3) dengan empat petak kosong. Masukkan nombor 0000 pada kotak tersebut (tekan 0 pada alat kawalan jauh MYTV).

myfreeview hilang siaran
Foto 3

4. Seterusnya, tekan butang biru untuk carian saluran.

myfreeview hilang siaran
Foto 4

5. Tunggu sehingga senarai saluran muncul (Foto 5). Beberapa saat selepas itu, gambar dan bunyi muncul kembali.

myfreeview hilang siaran
Foto 5

Kalau ada yang keluar E020, boleh juga cuba cara ini.

Macam mana, jadi tak? Boleh dah tonton Siaran Digital myFreeview semula. Adakalanya, tak jadi juga dengan sekali percubaan. Kena ulang banyak kali baru ok. Kalau tak muncul juga siarannya, lebih baik hubungi terus pihak MYTV untuk mendapatkan penjelasan terperinci sebab ia jadi begitu.

Beli DEKODER MYTV di sini (klik)

Mudah je kan caranya? Lepas ni kalau TV anda mengalami masalah yang sama seperti ini, bolehlah cuba cara ini. Kalau ada sebarang masalah yang berkaitan dengan dekoder MYTV atau siaran Digital myFreeview, segera hubungi mereka di talian 1 300 80 6988. Selain dekoder ini, anda juga boleh mencuba android tv box yang bagus dan murah untuk pengalaman menonton yang lebih menarik.


17 ulasan for " Siaran myFreeview Hilang, Muncul E025 No Signal - Ini Cara Penyelesaiannya"

  1. Haritu ada kawan bagitau masaalah dia ni macam ni, ooo Sis nak bg link Mai kat dia lah..makaseh Mai ..

    BalasPadam
  2. Abe kie pakai astro n njoi je. Tp kak long d kg guna myfreeview. Kualiti gambar mcm Astro HD!

    BalasPadam
  3. kita pakai MyBox..lebih kurang jugak macam MyFreeview ni ha..kadang2 hilang jugak signal, geram...lama pulak tu sampai lebih seminggu...agaknya kena cari semula siaran macam ni jugak kalau jadi lagi

    BalasPadam
  4. ayah ejulz layak dapat cek kat sistem. tapi belum sampai2 lagi.. :(

    BalasPadam
  5. X boleh pun... Antenna power pun x bleh tekan ke kiri/ke kanan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin yang tu dah auto, dapat detect sendiri

      Padam
    2. kalau lepas auto scan tak naik siaran lepastu nak bukak dekat menu balik,
      nak tekan mana eh

      Padam
    3. Kena ulang step mula-mula tu tak silap

      Padam
  6. salam...nk tanye... knape mytv saye bile hujan xde siaran ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa memang macam tu. kat rumah saya pun sama. boleh cuba call pihak mytv untuk lebih lanjut ye

      Padam
  7. Yapp Ee Lin22 Ogos, 2021

    Terimakasih share macam mana kembalikan siaran MYTV yang hilang. Saya cuba 3 kali baru dapat senarai carian siaran...lega juga masalah ni tak sebesar mana dan penyelesaiannya pun senang...dapat buat sendiri.

    BalasPadam
  8. Saya nak tanya macamana nak keluar dari panduan pemasangan mytv?

    BalasPadam
  9. thank you very nice tips

    BalasPadam
  10. Tanpa Nama03 Mei, 2023

    Asslm .. admin sy afizz dari pasir puteh kelantan dan sy ambil pemancar mytv yg trdekat dgn rumah sy adakah bukit bakar machang kelantan min dan di sini juga sy adalah salah seorang daripada pengguna tv jenis IDTV Min eh jdi sbentar tdi ad kluar no signal sekejap dan slepas tu ada siaran mytv blik adakah tu normal atau pun macam mana min ehh .. blh bgi thu tak secara details masalah sy niy min

    BalasPadam