Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Saringan HIV/STI Percuma di Kota Kinabalu

Kepentingan Buat Saringan HIV/STI


Bila bercakap tentang HIV, masih ada masyarakat yang tidak tahu dan takut dengan HIV. HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser. AIDS adalah singkatan bagi ‘Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit’ dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV.

buat saringan HIV percuma


Bagaimanakah HIV merebak?


HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

-Darah

-Air mani

-Cecair faraj

-Susu ibu


HIV boleh merebak melalui:

- Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)

- Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan

- Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV

- Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu.


Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak?


Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. HIV tidak boleh dijangkiti melalui:

- Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS

- Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam

- Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS

- Bersin, batuk, berpeluh atau kencing

- Gigitan nyamuk


Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?


Bagi anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu anda cukup bertuah di mana SASSH dengan kerjasama KK City Wellness Centre, memberikan saringan HIV dan STI kepada anda secara percuma. Warganegara ataupun bukan warganegara anda layak membuat saringan HIV dan STI secara percuma.

Setelah anda menjalankan ujian HIV & STI, anda akan menerima keputusan anda dalam masa 15 minit, yang paling penting maklumat anda akan dirahsiakan. Sesi Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian juga akan diberikan kepada anda.


Bagaimanakah untuk membuat temu janji?

Anda boleh membuat temujanji melalui applikasi whatsapp di +60128693445 (En Muhammad Yazid) sekurang-sekurang sehari sebelum hari temujanji.

Waktu operasi:

Hari: Isnin - Jumaat

Masa: 8.00pagi - 4.30 petang

Tempat: KK City Wellness Centre (Klinik kesihatan ibu dan Anak Pekan, Kota Kinabalu)


Tentang SASSH


Sabah Aids Support Service And Humanitarian Aid Relief Association (SASSH) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan pada 21 November 2018. Penaung SASSH iaitu YB DR Daud Bin Yusof dan di Pengerusikan oleh Muhammad Yazid Bin MatDaud.

SASSH adalah pautan kepada perkhidmatan sokongan HIV dan komited untuk melengkapkan perkhidmatan sedia ada dari semasa ke semasa.

Di antara matlamat NGO SASSH:

- Membantu terutama sekali berkaitan dengan tugasan atau sasaran KKM dalam pencegahan penyakit berjangkit seperti HIV/AIDS dan STD.

- Menjadi pemangkin kepada fasa seterusnya: penjagaan, rawatan dan sokongan kepada pesakit HIV/AIDS dan STD.

- Mengurangkan stigma dan diskriminasi terhadap pesakit yang dijangkiti HIV/AIDS dan STD.

- Melaksanakan program rujukan awal rawatan, pemulihan dan khidmat sokong bantu.

- Menyediakan rumah pelindungan kepada pesakit-pesakit HIV/AIDS.

- Memberi bantuan kemanusian kepada mangsa bencana alam.


Bagi anda yang ingin menyalurkan dana anda boleh menghubungi:

01110183445 (En Muhammad Yazid)

0168064815 (Pn Sebrina Lee)

0125673445 (Pn Ajijah Yusop)


Jangan lupa untuk follow SASSH di

FB: SASSH

IG: www.instagram.com/mysassh


6 ulasan for "Saringan HIV/STI Percuma di Kota Kinabalu"

  1. bagus usaha SASSH ni...dulu pernah takut sangat dengar perkataan HIV dan AIDS ni...sebenarnya, di sebalik semua penyakit, ada hikmahnya kan kenapa Allah jadikan benda tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. jadi peringatan untuk kita semua kan

      Padam
  2. Untung org kk patut ambil peluang ni

    BalasPadam
  3. Gud info. Thanks for sharing

    BalasPadam
  4. semoga bermanfaat kepada warga kk :)

    BalasPadam