Buat Sendiri Tomyam Sedap Ala Thai





Resepi Tomyam Sedap



Resepi tomyam sedap | Anda suka tomyam? Kalau ditanya pada Mai, memang jadi kegemaran tomyam ni. Rasanya masam-masam sedap yang penuh dengan isi ayam, makanan laut, sayur... ishh sedapnya. Makan pula dengan nasi panas. Boleh punah plan diet haha.

resepi tomyam sedap


Kalau makan di restoran, ada sesetengah saja tomyam yang menepati citarasa. Kadang-kadang ada rasanya terlebih masin, rasa macam bukan tomyam pun ada dan ada yang isinya tidak banyak. Kalau macam ini, lebih baik buat sendiri kan.

Dalam seminggu, mesti akan buat tomyam sekali. Bila buat tomyam sendiri, rasanya pun kena dengan tekak sendiri. Nak tomyam sedap, rahsianya guna pes Thai Tom Yum Asli Original Nang Fah. Yang ini cukup rasa. Masam, pedas, pekat, tak masin.. memang sedaplah.

pes tomyam sedap

Kali pertama Mai beli pes tomyam ini di Padang Besar, hujung bulan Disember 2018. Beli di sana, harga botol besar cuma RM10. Tak sia-sia beli, sedap rupanya. Memang cukup rasa. Bila pes tomyam dah habis, Mai cari di kedai berdekatan di Kuala Kangsar pula. jumpa juga dengan pes tomyam ni di sebuah kedai dengan harga RM13 sebotol. Erkk mahal sikitlah harganya.. ambil jugalah sebab dah suka kan.

Jom buat tomyam mudah dengan pes tomyam ini

Tomyam Sedap Ala Thai


Bahan-bahan

Sayur-sayuran pilihan - cendawan tiram, putik jagung, lobak merah, kobis bunga (ikut pilihan dan kuantiti masing-masing)
Tomato
Ayam dipotong kecil atau makanan laut
1 biji bawang besar atau bawang holland
2 batang serai (diketuk)
Lengkuas sedikit (dihiris)
Daun limau purut
Daun ketumbar dan akarnya
1 biji Cili padi (diketuk)
6-7 sudu pes tomyam (mengikut rasa masing)
5 cawan air (mengikut kuantiti masing-masing)

Cara memasak

  1. Didihkan air di dalam periuk.
  2. Masukkan pes tomyam dan kacau sebati.
  3. Kemudian masukkan bawang, serai, lengkuas, akar ketumbar dan cili padi kemudian masukkan ayam.
  4. Masukkan tomato dan sayur.
  5. Biar sehingga mendidih, akhir sekali tabur daun ketumbar.
  6. Siap!


Kalau guna pes tomyam ni, Mai tak tambah asam limau sebab rasanya dah cukup sedap. Tapi terpulang pada rasa masing-masing kalau nak tambah juga dipersilakan. Rasa pedasnya pun dah cukup.

resepi tomyam sedap

Senang sangat nak buatnya kan. Boleh dah makan dengan nasi putih panas-panas dan telur dadar. Fuhhh sedapnya. Sekali sekala makan tomyam, apa salahnya kan hehe


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Tertelan yaq liur kita nengok tomyam tu...nasiblah kat Paka ni tomyam sedap hahahaha kalau tak, balik Johor kenalah buat ...

    BalasPadam
  2. kita pun suka tomyam! tak kisah tomyam apa, terutama tomyam putih paling suka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tomyam putih pun suka juga.. tapi lebih suka tomyam merah ni hehe

      Padam
  3. wahh sedapnya tomyan boleh cuba

    BalasPadam
  4. Okey minggu ni nak pi Padang Besar..so nak borong la tom yum paste ni...hahahaha

    BalasPadam
  5. macam tak pernah cuba lagi pes tom yam ni akak pun mcm mai jugak x semua pes tomyam boleh ikut tekak kita. kena yang betul2 kaw punya.. semalam jer baru buat tom yam hii

    BalasPadam
  6. weekend ni nak buat tomyam laaa...dapnyaaa

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)