Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lambakan Produk Sampah Semakin Berleluasa

Produk Sampah semakin dapat perhatian para doktor


Produk Sampah. Itu adalah perkataan yang digambarkan oleh para doktor yang diiktiraf tentang produk-produk yang tidak mendatangkan faedah kapada badan. Bukan itu saja, produk sampah juga boleh merosakkan tubuh badan.

produk sampah


Produk-produk ini mungkin berada dalam kategori makanan tambahan, produk detoks, ubat kuat, ubat kurus, produk putih kulit segera, nak ketat nak tegang itu ini dan lain-lain lagi.

Sebenarnya kita sendiri boleh menilai produk-produk sebegini. Tak pelik ke, dalam 1 botol boleh rawat pelbagai penyakit? Sampaikan penyakit kronik seperti kanser pun boleh diubati dengan minum produk tersebut. Overclaim betul.

Bab kurus pula, selalu nampak iklan... selepas beberapa hari ambil sesuatu produk tu berat boleh turun sehingga 10kg. Huisshhh.. lagi pelik macam ni. Sudah lama badan dalam keadaan berisi, tiba-tiba berat turun mendadak. Entah bahan apa yang diletakkan dalam produk tu. Tak risau ke dengan bahan-bahan yang digunakan tu?

Lagi, keinginan untuk memiliki warna kulit yang cerah dengan cepat. Bukan setakat cerah, putih terus jadinya. Ada produk tu kata guna beberapa hari sudah nampak kesannya, kulit jadi lebih putih. Setelah ambil produk putihkan kulit, buah pinggang pula rosak. Bagaimana tu?

Ada juga yang sudah ambil produk tapi belum nampak kesannya. Alasan founder atau agen, usus kotor maka perlu dibersihkan dengan produk detoks. Erkkk.. What the... ?

Allahu.. kesihatan itu sangat penting, kenapa 'dilayan' sihat itu dengan kejam? Ambil produk sampah kerana nak cepat itu ini, akhirnya badan sendiri merana. Kenapa tidak berunding dengan yang pakar? Suka sangat mencari jalan mudah, atas kesilapan sendiri punah masa depan.

Semua ini terjadi kerana rakyat mudah terpengaruh dengan iklan yang menjanjikan 1001 kebaikan produk, walhal sebaliknya pula yang terjadi. Ada juga iklan yang menakut-nakutkan orang ramai seperti produk wanita.. "kalau longgar, geleber, busuk sana sini boleh buat suami cari orang lain". Hmmm apa punya iklan la.. Sudahlah tiada etika, bahasa yang digunakan pula kotor.. geli betul membacanya!

Mengaut keuntungan juga menjadi sebab utama pelbagai produk sampah wujud. Yang pelik-pelik kegunaannya pun ada. Target mereka pula, pelbagai golongan. Pesakit yang menghidapi penyakit kronik sudah semestinya menjadi sasaran. Warga emas yang kurang ilmu tentang ubat-ubatan juga tidak terkecuali. Orang ramai yang mungkin ingin penyakitnya cepat sembuh kerana sudah lama menghidapinya, juga terkena. Haishhh..

Alhamdulillah, pada zaman di hujung jari ini, para doktor bekerja keras untuk menyedarkan netizen khususnya rakyat Malaysia di pelbagai media. Macam-macam ilmu dikongsi secara percuma. Apa yang boleh dan yang tidak boleh diamalkan, cara mudah untuk kekal sihat... semua ada.

Tapi apabila doktor melakukan begitu, ramai founder, agen dan dropshipper mengecam tindakan para doktor yang menasihati. Malah dituduh pula mahu menutup periuk nasi mereka. Macam-macam kan...

Dah produknya tidak menepati syarat, tipu KKM dan overclaim, mestilah doktor bertindak untuk membetulkan keadaan. Lagipula, kalau pengguna sesuatu produk bertambah sakit daripada sebelumnya, founder menuduh pengguna pula menggunakan produk tiruan katanya. Ada kata salah cara pengambilannya.. macam-macam lagi. Adakah mereka akan bertanggungjawab atas apa yang sudah berlaku kepada pengguna? Lagi disamannya adalah.. dunia dunia...

Berbaliklah kepada Allah. Jadilah manusia yang jujur. Berniaga kalau jujur, lagi maju tau. Kalau tipu, tak ke mana jawabnya.

Rakyat pula jangan mudah terpengaruh dan tertipu. Nak sihat senang je, ubah gaya hidup dan amalkan diet seimbang. Kalau sudah ada penyakit yang disahkan doktor, ikut saja cakap doktor. InsyaAllah peluang masih ada.

Memang kita tidak kekal di dunia ini. Tapi selagi masih hidup, selagi masih ada waktu untuk kita di dunia ini, selagi itu kita beribadat kepada-Nya. Masih ada tujuan dan bekalan yang perlu dikutip sebelum ke alam sana.

Apa pun, fikir dan bertanya kepada yang pakar sebelum ambil sesuatu produk ok.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Pesan daripada Dr. Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang:

Kalau sihat, tak perlu produk.
Kalau sakit, tak payah produk.

4 ulasan for "Lambakan Produk Sampah Semakin Berleluasa"

  1. Masyarakat kita mudah terpengaruh dengan iklan yang mempromosikan produk2 begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, betul tu. Sebabnya nak hasil yang cepat

      Padam
  2. hurmm..betul tu...tapi pengguna pun satu juga, jangan la mudah percaya dengan benda2 macam ni..sebab tu production terus berlaku bila ada demand dari consumer...

    BalasPadam
  3. betul tu mai, ayat yang last sekali tu memang win. sihat tak perlu produk sakit pun tak perlu produk

    BalasPadam