Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MH370 Sentiasa dalam Ingatan, Menjadi Kenangan

Pesawat MH370 dalam Kenangan


Pada 5 tahun yang lalu, 8 Mac 2014 rakyat Malaysia dikejutkan dengan kehilangan pesawat MH370. Penerbangan menuju ke Beijing yang tidak kesampaian.

MH370 dalam kenangan


Yang sedihnya sudah pasti keluarga-keluarga serta rakan-rakan mangsa yang terbabit. Bukan sahaja keluarga, tetapi seluruh rakyat Malaysia meratapi dan merasa kehilangan atas kejadian itu. Ya, bukan senang untuk menghadapi perasaan 'kehilangan' itu...

Penumpang yang menaiki pesawat tersebut pergi ke destinasi yang dituju atas pelbagai urusan. Ditakdirkan, pesawat tersebut hilang dari radar. Bertahun mencarinya namun masih belum dijumpai.

Seramai 239 penumpang dan krew hilang tanpa khabar. Ramai yang menanti berita dengan mengharapkan keajaiban berlaku. Munculnya kembali mereka yang tersayang di depan mata, itulah yang diharapkan.

Namun disebalik kejadian tersebut, mungkin ada sesuatu yang Allah berikan kepada kita dalam pelbagai sudut. Apa yang penting, kita titipkan doa buat mereka walaupun jasad mereka entah di mana. Berdoa kepada-Nya juga agar peristiwa hitam ini tidak berulang kembali.

MH370... sentiasa dalam ingatan.



8 ulasan for "MH370 Sentiasa dalam Ingatan, Menjadi Kenangan"

  1. Alfatihah untuk semua yang telah pergi. Masih segar dalam ingatan peristiwa pahit untuk negara.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya.. mohon jangan berulang kembali peristiwa itu

      Padam
  2. Semoga semuanya terjawab satu hari nanti..

    BalasPadam
  3. tak sangka misteri ni takl mampu dirungkai walaupun dah 5 tahun berlalu

    BalasPadam
    Balasan
    1. semoga ada keajaiban dari-Nya insyaAllah

      Padam
  4. Allahu...takkan lupa sampai bila2...masih berharap akan keajaiban..

    BalasPadam