Resepi Pancake Pisang Oat Sihat dan Sedap
Resepi diet mudah dan mengenyangkan
Apabila sebut diet, mulalah bermain dalam fikiran. Tak boleh makan sedap-sedap la, tak boleh ada rasa la, tak boleh itu, tak boleh ini. Macam susah je kan bila fikir yang bukan-bukan. Sebenarnya boleh je makan sedap-sedap semasa mengamalkan diet seimbang.
Setiap makanan kegemaran kita boleh ubah dengan bahan-bahan sihat untuk menyediakannya. Kadang-kadang teringin juga nak makan pancake pisang. Untuk yang mengamalkan diet, mudah je hanya guna pisang, oat dan telur. Tanpa tepung.
Mai suka pancake pisang oat sebab ia berikan rasa kenyang yang lama. Sesuai dimakan ketika sarapan dan minum petang. Cara nak menyediakannya juga senang, tak ambil masa yang lama. Jom cuba resepi mudah ini...
Resepi Pancake Pisang Oat
Bahan-bahan:
2 biji pisang masak
4 sudu rolled oat
1 biji telur
Cara-cara membuatnya:
1. Lenyekkan pisang di dalam mangkuk.
2. Kemudian masukkan telur dan gaul sebati.
3. Masukkan rolled oat dan gaul lagi.
4. Panaskan kuali dan sapu minyak pada permukaan kuali.
5. Sendukkan bancuhan tadi ke dalam kuali. Terbalikkan lagi satu permukaan pancake supaya masak.
6. Hidangkan bersama topping kegemaran seperti madu atau sirap maple dan hirisan buah-buahan.
* Tak perlu tambah gula kerana rasa pisang sudah manis.
* Boleh masukkan 1 sudu teh esen vanila untuk yang tak suka bau telur.
* Boleh juga masukkan serbuk kulit kayu manis jika suka.
* Nak makan dengan coklat pun boleh. Pilih coklat gelap ye.
Senang je nak buatnya. Makan begitu saja pun sedap dah. Siapa kata tak boleh makan sedap-sedap sewaktu mengamalkan diet seimbang? Mudah, tukar je bahan-bahan yang selalu digunakan kepada yang lebih sihat.
Semoga saya dan anda dapat capai azam tahun ini - dapat berat badan ideal yang penting untuk kesihatan tubuh badan. InsyaAllah.
terbaek :)
BalasPadamsedap ni..kita suka ekperimen pancake...da pernah campur pisang, memang debombbbb..boleh la cuba campur oat sekali dalam pancake nanti
BalasPadamcampur oat lagi kenyang..bagus untuk diet
Padamelok utk diet ni.. kalau free boleh try.. tq utk resepi ni :)
BalasPadam