Sahut Cabaran Tanpa Gula Sebulan
Cabaran Gula KKM
Ada orang pantang dicabar, terus buat apa yang disuruh. Ada juga yang tak segan buat beberapa cabaran remeh temeh yang viral di laman sosial. Tapi, Cabaran Gula sanggup sahut tak?
Bukan tak boleh ambil makanan dan minuman manis, makanlah kalau nak. Tapi kenalah pantau pengambilan gula. Guna sesudu je atau ambil sekali sekali ke. Kalau terlebih gula, kencing manis datang pula nanti. Minta dijauhkanlah daripada kita semua...
Gula bukan saja boleh menyebabkan kencing manis, obesiti pun datang sama. Kalau Mai, selepas ambil makanan atau minuman manis, mesti rasa nak makan sesuatu. Kalau selalu ambil yang manis-manis, memang bertambah berat badan jawabnya. Kalau dah makan banyak, rasa mengantuk pula datang. Kerja pun jadi lambat siap kerana kurang fokus.
Nak tak nak kena pantau pengambilan gula kan. Alhamdulillah, sekarang ni makanan dan minuman manis pun jarang Mai ambil sebab sedang usaha dapatkan berat badan ideal.
Untuk anda, jomlah sertai CABARAN GULA oleh Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam bulan Mac ini. Mana tahu, lepas ni nak minum yang tawar pun laju je. Yang penting tahap kesihatan bertambah bagus.
Kannn ayuh kita terima cabaran ini..
BalasPadamSis pun lama dah tak minum kopi, menahan nafsu..sekarag minum barli masak dengan gula batu je huhuhu
Jommm.. wah, bagus minum barli tu
Padammenariknya...kita pun da start kurangkan minum manis ni...tiba2 pagi tadi housemate ajak makan burger king pulak...terpaksa beli air manis..tiberrr..hahahahaha
BalasPadam