Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Biskut Cornflakes Rangup, Sedap dan Wangi

Biskut Raya Sedap dan Mudah


Biskut Cornflakes... salah satu biskut raya kegemaran ni. Rangup dengan cornflakes dan sedap, boleh ketagih dibuatnya. Apabila dibakar dalam oven, fuhhh baunya wangi semerbak satu rumah. Kalau buat dalam bulan Ramadhan, MasyaAllah terpaksalah tahan bau yang sedap ini hahaha.



Sebenarnya mudah saja cara nak buat biskut cornflakes. Pada sesiapa yang ada masa lapang, bolehlah buat biskut ini sendiri kerana lebih jimat dan dapat banyak hasilnya. Selalunya biskut ini tak tahan lama dalam balang, yelah sebab asyik nak makan je kan. Habis cepatlah jawabnya 😆

Ok.. Jom buat biskut cornflakes sedap ini!

Cara Buat Biskut Cornflakes


Bahan-bahan:

250 gram mentega (Buttercup pun boleh)
180 gram gula kastor
2 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
180 gram cornflakes, diramas kasar (beli cornflakes secara online di sini - klik)

Bahan ayak:

210 gram tepung jagung
150 gram tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven.
2. Putar mentega dan gula kastor sehingga kembang.
3. Masukkan telur kuning dan esen vanila, kacau sebati.
4. Masukkan cornflakes serta bahan ayak. Kaup balikkan adunan.
5. Apabila sudah sebati, rehatkan doh dalam peti sejuk.
6. Ambil sesudu adunan, bulatkan dan letak di atas dulang pembakar yang telah disapu mentega.
7. Bakar pada suhu 170 ⁰C selama 25 minit (mengikut saiz biskut dan oven masing-masing) menggunakan api atas bawah sehingga berwarna keemasan.
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

* Boleh letak topping seperti choc chip, hirisan ceri, kismis dan lain-lain atas biskut sebelum dibakar.
* Boleh juga golekkan biskut ke dalam cornflakes yang diramas sedikit sebelum dibakar.

Video cara membuat biskut cornflakes rangup...



RESEPI HOT: Popia Nestum Rangup dan Sedap

Selamat mencuba!


1 ulasan for "Biskut Cornflakes Rangup, Sedap dan Wangi"