Pelihara Kucing Mengurangkan Stress





Cara mengurangkan stress berkesan


Kucing, terkenal dengan sifat manjanya. Ditambah dengan kecomelannya yang pasti membuatkan manusia tertarik dengannya. Siapa bela kucing? Betul ke pelihara kucing dapat mengurangkan stress?

Abby

Bagi Mai, betul. Pelihara kucing memang dapat mengurangkan stress. Lihat sesuatu yang comel membuatkan mood gembira datang. Rasa bahagia je. Seperti terapi kepada diri.

Bila kita jaga kucing dengan baik, seperti beri makanan, minum air bersih, belai dan ubati mereka.. secara tak langsung mereka juga akan membalasnya dengan kebaikan dengan cara mereka sendiri. Mungkin mereka juga mendoakan yang baik-baik untuk kita. Siapa tahu kan.

Kucing Mai, namanya Ceci. Seekor kucing jantan yang sangat mesra dengan manusia yang dikenalinya. Setiap kali ke luar rumah, Ceci mesti ikut dari belakang. Ke mana pun dia akan ikut. Macam pengawal peribadi pula. Mungkin itu cara dia 'menjaga' kita kan. Tapi sayangnya umurnya tak panjang. Tak sampai setahun, dia pergi ke alam sana.

Abby dan Memey pula kucing betina yang dipelihara sejak kecil lagi. Memang manja sangat dengan keluarga Mai. Hari-hari kena gomol. Siapa suruh comel sangat kan? Haha rasakan. Masa umur mereka setahun, suka sangat bawa sesuatu bila pulang ke rumah. Burung murai, anak tupai, anak ayam, belalang, rama-rama... macam-macam lagi. Yela.. nak tunjuk hebat la tu kan hehe.

Hilang stress tengok perangai masing-masing haha. Tidur pula macam-macam gaya ada. Macam bermimpi sampai ke bulan dah. Ganggu Abby tidur ok lagi. Kalau Memey, garang sikit.. dapat gigitanlah jawabnya heee.

kucing comel
Memey

Pernah juga si Abby merajuk sebab Mai marah dia. Acah-acah je pun. Dia lari masuk kebun terus menyorok dalam raga basikal hahaha. Muka jangan cakaplah, muka tengah merajuk. Kucing pun pandai merajuk tau. Merajuk pun tetap comel. Memang gelak je tengok gelagatnya.

Kadang-kadang kalau Mai stress, bercakap dengan kucing lagi bagus. Mereka pendengar yang baik. Seperti memahami apa yang sedang kita alami. Siap buat muka sedih lagi tu. Tak sampai hati nak stress lama-lama bila tengok kucing 😄

kucing comel
Yoyen, kucing luar yang menetap di rumah. Macam model dah haha

Tak rugi sayang kucing. Amat rugi bagi mereka yang bertindak kejam dengan haiwan ini. Kalau tak suka, mudah.. jauhkan diri daripada mereka. Jangan sampai membunuh. Begitu juga dengan haiwan lainnya.


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. comey2 kucing dia.. mau x geram hehe.. suka gak kucing.. suka sangat2. stray cats pun rasa nak pegang selalu. tapi sebab cepat semput jadi xleh bela. main pun xleh nak peluk cium sangat. lepas tu xleh tahan sedih kalo cats hilang ke mati ke.. da penah rasa dlu. since tu mak xmau bela daa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takpe.. bagi makanan kat stray cats pun cukup dah kan. Dapat juga diorang rasa kasih sayang kita :)

      Padam
  2. Betul sangat benar ..sebab Sis pernah bela kucing dulu, memang jarang juga stress, bila kita marah, dia duk sibuk ajuk kita, terus gelak hahahaha...
    Ni rasa nak membela kucing juga ni ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hihi.. comel sangat kan. Salah satu penghilang stress yang berkesan ;)

      Padam
  3. ngada-ngadanya depaa kan.. betul tu mai bagi kak ana ni anak kucing penghibur hati sangat :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ngada-ngada yang comel deme ni haha.. betul tu

      Padam
  4. kalau ejulz semakin stress bila kene kejar kucing.. haha

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)