Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Sedapnya Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong!

Mee Kari Ketam Nipah Sedap di Perak


Hari minggu adalah hari terbaik untuk berkumpul satu keluarga kan. Yelah, semua ada di rumah sebab bercuti. Jadi, rancang punya rancang.. Warung Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong menjadi pilihan. Kami pergi awal bulan April yang lalu. 

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong ini abang Mai yang cadangkan sebab ramai yang kongsi di Facebook, sedap katanya. Tengok gambar-gambar mee ketam nipah yang mereka kongsi pun dah buatkan Mai terliur. Huissshh kena cuba juga ni.

Tak susah mana pun untuk mencari lokasinya. Taip saja Warung Jetty di aplikasi Waze atau Google Map, kemudian ikut saja penunjuk yang diberikan. InsyaAllah sampai.

Tibanya kami di warung itu, terus saja ke meja makan dan bertanya tentang menu di situ. Sudah pastil mee kari ketam nipah menjadi menu istemewa. Mee kari udang juga ada. Yang rare seperti laksa ketam nipah, laksa udang, mee kari kawen dan laksa kawen pun ada. Kawen ni maksudnya ketam campur udang... Nak rasa sup ketam nipah segar juga boleh. Pelbagai jenis minuman juga disediakan.

Kami sekeluarga memesan menu yang sama iaitu mee kari ketam dengan pilihan ketam bersaiz biasa. Kalau nak saiz lebih besar juga ada.

Masa pesanan sampai di meja kami, teruja melihatnya. Besar juga saiz ketamnya. Maka bermulah aktiviti mengetuk ketam untuk mengeluarkan isinya. Nyummmss sedapnya. Banyak isi haaa..

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong
Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong

Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong
Isi ketam nipah

Sedap ke Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong ini? Bagi Mai, sedap! Mee kari dimakan dengan ketam nipah, memang ngam. Ketamnya segar dan besar, isinya manis. Puas hati berjalan jauh sampai ke Kuala Trong nak merasa menu istimewa ni.

Masih terbayang kesedapan mee kari ketam sekarang ni. Kena pergi lagilah jawabnya hehe. Kalau anda bercuti di Perak dan nak merasa makan sedap-sedap negeri ini, jangan lupa masukkan warung Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong dalam senarai ya. Selamat mencuba 😉


20 ulasan for "Sedapnya Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong!"

  1. fuh isi ketam dia thorbaik!!

    BalasPadam
  2. terus rasa lapar tengok gambar makanan ni. sedapnya ketam tu.

    BalasPadam
  3. Aduh terus rasa lapar tengok isi ketam tu. Banyaknya! Mi kari tu yang buat rasa tak tahan tu. Harganya ok ke? Tak lama lagi nak ke Perak bolehlah singgah sini. Hehe.

    BalasPadam
  4. Nie balik raya kelak boleh la nak menyinggah jap ye. Pernah dengar tentang lokasi ini tapi tak pernah lagi nak sampai ke sana. Mi kari tu buat Rawlins rasa nak makan lagi haha

    BalasPadam
  5. wa I am hungry now. The food at Warung Mee Kari Ketam Nipah Kuala Trong nampak sedap giler! Where is the location? I wish to try it out

    BalasPadam
  6. BErapa yer harga semangkuk mee ketam ni. Nampak sedap sangat. First time juga dengar nama Kuala Trong. Kena simpan dalam list makanan sedap yang nak cuba ni.

    BalasPadam
  7. Mee kari ketam nipah ?Tengok gambar pun tak buka selera tau apa entah kalau dapat makan. Nasib baik juah kalau dekat dah terjah makan kat sini.

    BalasPadam
  8. Liez rs macam pernah makan dekat sini tapi igt2 lupa. Sbb that time pergi tahun 2013. Liez suka ketam dan makan mee ketam tu mmg temptating. Ada masa ketam byk isi memang seronok makan. Mee ketam kena pulak kuah dia cukup rasa.. mmg terbaikk

    BalasPadam
  9. Biasanya makanan yang ada isi ketam ni mahal kan. Saya masa first time makam maggi ketam dekat kelantan, harga satu mangkuk dalam belas belas ringgit. tu pun sebab ketam kecik. Kalau ketam besar tak tau berape huhuh

    BalasPadam
  10. Yessszaaaahhhh ketam nipah the best byk isi manis manis isi ketam gitu. Sodapppp nya kalau ada kat Shah Alam now. Terlioq. Konon nak puasa today. HAHAHAHA

    BalasPadam
  11. Sedapnya tengok Mee Kari Ketam Nipah ni.. isi ketam tu fuh.. buat rasa terliur je tengok.. alahai.. nak ke Kuala Trong nanti boleh lah singgah

    BalasPadam
  12. Aduii mengiurkan betul tengok ketam sebijik atas tu. Teringin nak rasa. Mesti sedap kan. Nk try lah nnti. hehehe

    BalasPadam
  13. Pernah dengar pasal makan kat sini. Orang kata sedap, so memang betul sedap la ni. Teringin betul nak singgah. Tapi tiap kali balik perak mesti tak sempat singgah. Huhuhu

    BalasPadam
  14. Ya Alllah Mee Kari Ketam dia tu memang mengundang ye wak. Dah kenapa sedap sangat kita tengok. Last makan dekat penang beberapa tahun lepas dan dekat selangor ni payah nau nak dapat. Sudahnya kita jadi ngidam ni wak :D

    BalasPadam
  15. Asalamualaikum semua..skrg mee kari ketam nipah Kuala Trong dah berpindah tempat yg lebih selesa UTK cstmer..2 minit jer dari Tol Changkat Jering..boleh Waze,follow FB dan IG..Mee kari ketam nipah Kuala Trong..tq..

    BalasPadam
  16. I am not a seafood fan but my sister loves it - so I will definitely give this a try

    BalasPadam