Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ramadhan Karim! Bulan Mulia yang Dinanti Kini Tiba

Kembalinya Ramadhan



Ramadhan karim! Allahu akram.
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah.. masih diberi kesempatan oleh Allah kepada kita untuk merasai kemuliaan bulan Ramadhan. Ramadhan sudah mula, yang dicari semestinya pahala. Ayuh berpuasa dengan niat kerana-Nya. InsyaAllah banyak manfaat yang kita dapat.

ramadhan karim

Rindu pada Ramadhan kini terubat sudah. Bulan yang paling dinanti-nantikan seluruh umat Islam kerana terdapat pelbagai fadhilat dalamnya. Pahala amalan digandakan, pintu syurga dibuka, syaitan dibelenggu, malam al-qadar dan macam-macam lagi.

Masa puasa Ramadhan jugalah keluar pelbagai jenis makanan. Ada yang kita tak pernah tahu pun kan. Makanan memang banyak tapi kita sendiri kena kawal nafsu makan. Jangan salahkan syaitan pula kalau terjadi pembaziran atau berat badan bertambah hehehe.


Bulan ini juga sangat bagusvuntuk mengurangkan berat badan. Kawal nafsu makan, masak juadah berbuka sendiri, pilih makanan berkhasiat dan mengenyangkan dan kawal portion makanan.. InsyaAllah dapat capai berat badan badan yang diidamkan.

Macam-macam manfaat kita dapat daripada bulan Ramadhan ini kan.  Maka, gunalah setiap detik dalam bulan Ramadhan ini sebaiknya. Jangan sia-siakannya dengan perkara yang tak mendatangkan faedah.

Akhir kalam, selamat menjalani ibadah puasa dan istiqamah dengan ibadat serta amalan kebaikan.


5 ulasan for "Ramadhan Karim! Bulan Mulia yang Dinanti Kini Tiba"

  1. selamat berpuasa. have a blessed ramadhan sis

    BalasPadam
  2. salam Ramadhan maisarah! selamat beribadah dalam bulan yang mulia.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan Ramadhan yang mulia. sangat2 bersyukur kan ^_^

    BalasPadam
  4. Asssalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sukacita dimaklumkan bahawa anda telah dipilih sebagai salah seorang pemenang Abam Kie's Birthday Giveway. Untuk maklumat lanjut dan cara menuntut hadiah, sila layari pautan di bawah ini. Tahniah dan terima kasih!

    http://www.zukidin.com/2019/05/keputusan-abam-kies-birthday-giveaway.html

    P.S. Sila bagi details sebelum 1 pm, 10 Mei 2019 sbb sy nak pos hadiah pd pagi Sabtu. TQ.

    BalasPadam