Resepi Biskut Red Velvet Rangup
Red Velvet Cookies Sedap
Biskut Red Velvet yang berwarna merah ini sering menjadi perhatian tetamu. Penuh dengan badam cincang dan cip coklat, memang sedap. Rangup je mengunyah.
Cara untuk menyediakan biskut red velvet ini tidaklah rumit. Sebenarnya banyak versi resepi biskut ini yang ada tapi Mai memilih untuk mengikut resepi ini. Tak ingat pula dari mana sumbernya. Sudah 4 tahun Mai gunakan resepi ini. Terima kasih kepada yang berkongi resepi ini.
Jom kita buat biskut sedap dan rangup dengan badam cincang ini.
Biskut Red Velvet Rangup
Bahan-bahan yang diperlukan:
200 gram mentega
100 gram gula perang
50 gram gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanila
250 gram tepung gandum (diayak)
20 gram serbuk koko (diayak)
Secubit garam
200 gram cip coklat
200 gram badam cincang
1 sudu teh pewarna merah
Cara membuatnya:
- Pukul mentega, gula perang, gula kastor dan garam sehingga kembang dan putih.
- Dalam satu bekas, campurkan pewarna merah dan esen vanila dengan telur. Kacau rata. Kemudian masukkan dalam adunan mentega tadi dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan cip coklat dan badam cincang, kacau rata.
- Masukkan campuran tepung yang telah diayak (tepung gandum dan serbuk koko diayak bersama) sedikit demi sedikit sehingga dapat adunan yang lembut.
- Sudukan adunan mengikut saiz yang dikehendaki dan susun atas dulang pembakar.
- Bakar dengan suhu 170 ⁰C selama 15-20 minit mengikut oven masing-masing.
- Setelah siap dibakar, biarkan biskut sejuk dahulu kemudian simpan di dalam balang.
* Satu adunan ini boleh dapat lebih 100 keping biskut (mengikut saiz yang anda bentukkan).
* Biskut akan terasa lembut selepas dikeluarkan daripada oven. Biarkan sejuk nanti biskut akan mengeras. Kalau biskut masih lembut (tidak rangup) setelah sejuk, masukkan semula ke dalam oven beberapa minit supaya masak sepenuhnya.
Umpphh.. Sedapnya mengunyah biskut red velvet rangup ini. Selamat mencuba ya.
Wow .. merahnya mak ngah .. ni anak-anak mesti suka warna biskut garang macam ni ..
BalasPadamIngat rasa pedas .. tapi manis .. :)
biskut yang selalu dapat perhatian tetamu ni hehehe
PadamFuhhh dapnyeee yum yum yumm!
BalasPadamSedappp.. hehe. Jom cuba resepi ni
Padam