Resepi Kuih Bangkit Sedap





Resepi Kuih Bangkit Pasti Jadi


Kuih bangkit atau kuih bakar adalah salah satu kuih tradisional. Dari zaman atok nenek buat secara manual keseluruhannya sampailah kini kita menyediakannya dengan pelbagai bantuan alat-alat yang memudahkan memasaknya.

resepi kuih bangkit mudah


Untuk raya kali ini, pertama kali Mai buat kuih bangkit ini. Permintaan mak nak anaknya sendiri yang buat. Risau juga kalau tak jadi heee. Jenuh juga cari resepi di internet. Mai buka YouTube, tengok satu resepi ini macam mudah je nak ikut, Mai pun ikut je terus resepi ini. Alhamdulillah menjadi!

Mai ikut resepi kuih bangkit di YouTube iCookAsia 100% sama dari segi bahan dan cara membuatnya.

Kuih Bangkit / Kuih Bakar


Bahan-bahan:

450 gm tepung ubi kayu
50 gm tepung gandum (digoreng bersama daun pandan sehingga garing)
200 gm gula aising
250 ml santan
3 biji kuning telur
2 helai daun pandan

Cara membuat:

1. Mula-mula goreng tepung gandum, tepung ubi kayu dan daun pandan di dalam kuali hingga terasa ringan. Kemudian sejukkan sebentar dan ayak. Ketepikan sebentar

2. Sementara itu, pukul kuning telur bersama gula aising sehingga kembang. Masukkan santan dan pukul lagi sehingga rata

3. Seterusnya masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga pekat. Jika adunan lembut tambahkan sedikit gandum atau jika adunan kering tambahkan sedikit santan. Dapatkan doh yang tidak lekat di tangan.

4. Canai dan terapkan dgn acuan. Setelah itu, bakar dgn suhu 170 darjah celcius lebih kurang 30 minit 

5. Kuih bangkit yang sedap akan larut di dalam mulut dan mempunyai rasa yang rangup sekiranya dikunyah. 


Rasa kuih bangkit ini sedap, manisnya sedang-sedang saja. Satu adunan ini boleh dapat lebih 60 biji, mengikut acuan dan ketebalan terapan yang dibuat.

* Untuk memudahkan doh yang diterap dialihkan, lapik dengan parchment paper.

Di bawah ini adalah video YouTube yang Mai rujuk resepinya...



Selamat mencuba ya!



Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. ohh x pernah nak buat kuih bangkit ni.. mudah sangat hii. sedap tu cair di mulut

    BalasPadam
    Balasan
    1. sekali sekala buat sendiri kan hehehe

      Padam
  2. Tak pernah buat kuih bangkit lagi. Takut tak jadi :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh cuba resepi ni nanti. Saya pun baru pertama kali buat. Alhamdulillah jadi, tak keras dan cair di mulut :)

      Padam
  3. Saya akan cuba nanti. Terima kasih atas resepi pernah cuba dulu resepi dari google, tapi tak menjadi

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)