Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Siri A'bloom, Produk untuk Kulit Wajah Terbaru Althea

Produk Terbaru Althea Korea yang Best


Siapa penggemar produk kecantikan daripada Korea? Mai suka! hehe. Lebih-lebih lagi produk di Althea. Macam-macam ada. Kini, mereka telah mengeluarkan produk terbaru iaitu siri A'bloom.

A'bloom Althea

Comel-comel je bungkusan produk terbaru Althea kali ini tau. Ada stick hitam untuk membuang bintik hitam, bintik putih dan kulit mati, ada mask muka best dengan fungsi yang berbeza setiap satunya dan ada juga puff comel bentuk meringue yang sangat membantu memudahkan aktiviti solekan.

Ok, jom Mai ceritakan lebih lanjut tentang semua produk tersebut. Siri A'bloom didatangkan dengan 7 produk dengan pelbagai fungsi iaitu:
  • A'bloom BHA Blackhead Blaster - MYR16
  • A'bloom Giant Meringue Puff - MYR8
  • A'bloom Baby Meringue Puffs - MYR11
  • A'bloom Moisturizing Watermelon Mask Sheet - MYR2
  • A'bloom Nourishing Avocado Mask Sheet - MYR2
  • A'bloom Brightening Lemon Lime Mask Sheet - MYR2
  • A'bloom Anti-Blemish Peach Mask Sheet - MYR2

A'bloom BHA Blackhead Blaster


Kesemua produk ini best tau. Yang paling Mai suka, A'bloom BHA Blackhead Blaster. Bahan utama dalamnya adalah White Willow, arang, biji aprikot dan minyak daun teh.

blackhead remover

Kalau sebelum ini Mai pernah cuba penanggal bintik hitam jenis strip, bila nak cabut dari hidung.. kena tahan sakit sebab melekat kuat. Tapi dengan BHA Blackhead Blaster ini, tak lagi rasa sakit. Berkesan membuang bintik hitam pada hidung Mai. Cara nak guna pun mudah sangat. Hanya sapu pada bahagian kulit yang bermasalah, gosok secara membulat kemudian bilas dengan air suam. 

BHA Blackhead Blaster ini bukan saja boleh menanggalkan bintik hitam dan putih, ia juga berkesan untuk pengelupasan. Kulit-kulit mati disingkirkan supaya kulit muka bersih dan lembut sekaligus dapat mengelak pembentukan bintik hitam dan putih. 


A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs


Seterusnya, A'bloom Giant Meringue Puff dan A'bloom Baby Meringue Puffs. Rasa nak telan je sebab sama macam biskut meringue betul je hihi.

makeup puff

Ok, kedua-dua Giant dan Baby Meringue Puff dibuat daripada bahan non toxic. Ia lembut dan fleksibel. Pendekkan cerita, senang nak guna. Bentuk meringue ini membantu untuk blend dengan cepat, tepat, menyeluruh dan beri kemasan sempurna . Kedua-dua puff ini boleh digunakan untuk kemasan matte atau glow. Kalau nak matte, guna puff dalam keadaan kering. Untuk glow, rendamkan dalam air sebelum digunakan.


A'bloom Mask Sheet


Akhir sekali, A'bloom mask sheet. Terdapat 4 jenis mask yang berlainan fungsi iaitu Moisturizing Watermelon Mask Sheet, Nourishing Avocado Mask Sheet, Brightening Lemon Lime Mask Sheet dan Anti-Blemish Peach Mask Sheet. Syok tau guna mask ini. Esen dalam mask jua banyak, ada 25 gram. Memang best, lembab dan segar je muka selepas menggunakannya.

mask sheet

Memang best semua produk ini tau. Kalau anda nak cuba ketiga-tiga produk ini, bolehlah ke laman web Althea. Kalau beli 2 barang dan ke atas, percuma shipping tau. Best kan 😉

Cuba jangan tak cuba...


6 ulasan for "Siri A'bloom, Produk untuk Kulit Wajah Terbaru Althea"

  1. geram tengok sbb comel sgt !

    BalasPadam
  2. i want that little meringue puff. no, i want all. sbb csemua comel2

    BalasPadam
  3. set mask sheet tu da out of stock...hahaha..adoii..melepasss..kena tunggu dia restock dulu lah!

    BalasPadam
  4. ala comelnya...produk ini

    salam kenalan dari blog oohsenyum.com

    nak tanya ini, sudi ke tukar link dengan blog oohsenyum? (bloglist) tingkatkan lagi views blog ini insy Allah. Kalau sudi beritahu ye di comment www.oohsenyum.com saya tunggu.terima kasih

    BalasPadam
  5. assalamualaikum haii datang sini blogwalking ^^

    BalasPadam
  6. mask dan sponge tu nampak menarik ^^

    https://www.nurulsyahirah.com/2019/05/trip-family-ke-hatyai-thailand-part-1.html

    BalasPadam