Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Design Doodle dan Template Responsive Blog Shaklee Teacher Bonda

Design blog Shaklee


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Macam mana raya anda kali ini, seronok? 😁 Ok lah, kali ini Mai nak berkongsi dengan anda tentang artwork design blog terbaru, iaitu blog Shaklee Teacher Bonda. Siap ada doodle comel lagi di blog ini tau.

design blog shaklee

Blog Shaklee Teacher Bonda ini bertemakan kesihatan dan gaya hidup. Pemilik blog ini memilih warna pastel peach dan turquoise sebagai warna tema blog. Lembut saja warnanya, sedap mata memandang bukan?

Pada header blog ini kelihatan doodle comel seorang guru dan botol-botol produk Shaklee di sekeliling papan putih. Doodle tersebut hasil lukisan Mai sendiri. Banner blog dan watermark juga diletakkan doodle comel ini.

Blog custom made design ini dilengkapi dengan responsive dropdown menu tab serta ruangan kecil untuk carian di blog. Ruangan komen bebenang juga dipasang pada blog ini.

Untuk melihat paparan penuh template, boleh terus ke blog Teacher Bonda.

Blog Teacher Bonda (asheeqmazmi.blogspot.com), Pakej 4

design blog kesihatan
Tempate blog

Template blog ini direka supaya responsive dan mobile friendly. Di bawah ini adalah rupa paparan blog pada telefon pintar. Anda juga boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat pelbagai paparan responsive.

design blog comel
Banner blog

design blog shaklee
Watermark

Jika anda berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan, boleh PM Mai segera melalui Facebook, emel atau lebih cepat melalui Whatsapp. 

Macam-macam jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi mengikut niche blog, Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi.

Selain blog custom design, Mai juga mengambil tempahan untuk edit template readymade dengan mengikut warna tema, rekaan header baru dan lain-lain lagi. Harga dijamin berpatutan dan puas hati. Kalau nak tempah doodle comel saja pun boleh.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)

Catat Ulasan for "Design Doodle dan Template Responsive Blog Shaklee Teacher Bonda"