Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Lip Matte Argania x Nuex Rosli dengan Khasiat Minyak Argan

Lip Matte Argania x Nuex Rosli


Siapa pengguna setia lip matte, angkat tangan sikit? 😉 Mai nak berkongsi dengan anda tentang satu jenama lip matte yang best bagi Mai iaitu Lip Matte Argania x Nuex Rosli.

Lip Matte Argania

Lip Matte Argania ini berkolaborasi dengan makeup artist terkenal iaitu Nuex Rosli. Siapa yang tak kenal Nuex Rosli kan? Sampai je lip matte di rumah, terus Mai cuba. Kod yang Mai guna, Luna. Pertama kali oles lip matte ini pada bibir, terus jatuh cinta!

Lip Matte Argania
Kod warna Luna

Suka sangat dengan tekstur lip matte ini. Senang nak apply pada bibir. Bau pun wangi. Yang menariknya, ia tidak mengeringkan bibir kerana mengandungi minyak Argan yang memiliki pelbagai kelebihan. Lagi yang Mai suka tentang lip matte ini, bibir rasa ringan je ketika menggunakannya.

Kalau bibir anda mudah kering, apa kata anda cuba lip matte dengan kebaikan minyak argan ini. InsyaAllah cantik hasilnya.

Untuk pengetahuan anda, terdapat enam warna Lip Matte Argania x Nuex Rosli yang disediakan untuk anda. Antaranya, Ruby, Samantha, Naomi, Luna,Chloe dan Victoria.


Lip Matte Argania X Nuex Rosli

Cantik-cantik semua warnanya!

Kepada anda yang nak tahu lebih lanjut tentang lip matte ini atau ingin membeli, boleh ke laman web dan Instagram seperti di bawah ini

Laman web: https://argania.my/products/argania-x-nuex-rosli-ruby
Instagram: @arganiahq


2 ulasan for "Lip Matte Argania x Nuex Rosli dengan Khasiat Minyak Argan"

  1. suka yang warna luna, samantha & ruby tu. lawaaaa hehehe.


    jemput join segmen blog kc kak mai :D
    http://www.sayidahnapisah.com/2019/06/segmen-9-juta-special-bloglist.html

    BalasPadam