Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Rangkaian Produk Argania Menyihatkan Kulit Wajah

Produk kecantikan Argania berasaskan minyak argan


Seronoknya apabila bungkusan produk Argania tiba di rumah! Apa lagi, Mai terus buka bungkusan dan terdapat satu kotak yang berisi produk, cantik rekaannya. Hari yang sama juga Mai terus guna produk tersebut. Tak sabar sangat hehe



Ada 4 jenis produk Argania yang Mai terima di dalam satu kotak tersebut, iaitu Argania Facial Wash, Argania Facial Mist, Argania Light dan Argania Wonder Oil. Semua produk ini berasaskan minyak argan ya. Kesemua produk ini serasi dengan kulit dan berikan kesan positif pada kulit Mai.

Argania Facial Wash

Mai suka sangat dengan Argania Facial Wash. Bagi yang tidak gemar banyak buih ketika mencuci muka, pencuci muka ini sangat sesuai kerana ia tidak menghasilkan buih yang banyak. Gosok pada kulit muka pun lembut je. Apa yang membuatkan Mai suka pencuci muka ini adalah kulit terasa lembap selepas dicuci dengannya, rasa segar je.

Argania Facial Wash
Argania Facial Wash

Argania Facial Mist

Argania Facial Mist juga menjadi produk kegemaran Mai. Sembur selepas siap mekap, buatkan mekap tahan lebih lama. Kadang-kadang kalau muka rasa panas atau rasa letih, Mai sembur juga pada muka. Memang menyegarkan kulit muka.

Argania Facial Mist
Argania Facial Mist

Argania Wonder Oil

Untuk menyihatkan rambut dan kulit kering pada badan pula, Mai gunakan Argania Wonder Oil. Minyak ini adalah 100% minyak argan tanpa sebarang campuran dan tanpa bauan. Minyak ini juga sesuai disapu pada muka, untuk kulit kering, kusam dan sensitif.

Argania Wonder Oil
Argania Wonder Oil


Argania Light

Argania Light pula adalah minyak argan dengan campuran minyak zaitun dan bergamot dengan bauan Lavender. Mai selalu gunakannya pada waktu malam sebelum tidur, selepas mencuci muka. Mai akan sapu pada keseluruhan kulit wajah dan bibir, selang sehari. Pagi baru cuci muka dengan Argania Facial Wash. Memang terasa kesannya, kulit muka jadi lembap dan lebih bersinar.

Argania Light
Argania Light

Kulit muka Mai jenis normal tapi ada satu bahagian kecil pada dahi, ada setompok kulit kering dan menghitam. Lepas guna Argania Light ini, boleh nampak kesannya.. kulit yang kering dan menghitam itu semakin menghilang dan kini tona kulit menjadi sekata. Bahagian kulit normal yang disapu pula semakin lembut dan sihat.

Mula-mula risau juga nak sapu minyak pada kulit muka. Risau kulit akan kekal berminyak je hehe. Bila teringatkan ada satu bahagian kulit kering pada muka, Mai cuba juga. Alhamdulillah, usaha ini berhasil dengan Argania Light. Kalau kulit muka anda berjerawat, berjeragat, pori besar, ada kedutan dan garis halus.. boleh cuba sapu minyak ini pada kulit muka ya. Sebelum mekap juga bagus untuk sapu minyak ini juga atau campurkan dengan foundation. Pelembap yang bagus ini bukan saja sesuai untuk muka tapi untuk keseluruhan kulit badan. Jimat kan?

Minyak argan ini memang banyak kebaikannya pada kulit. Sekarang ini jadi mudah bila ada rangkain produk Argania yang mengandungi minyak argan padanya. Gembira bila kulit muka semakin sihat disamping pengambilan makanan berkhasiat dan air yang cukup ;)

Kalau anda ingin mencuba rangkaian produk Argania ini atau mendapatkan maklumat lanjut tentang pelbagai produk, boleh ke laman web, Instagram atau Facebook mereka seperti di bawah ini:

Laman web: https://argania.my/
Instagram: @arganiahq
Facebook: Argania HQ (https://www.facebook.com/ArganiaHQ/)


Catat Ulasan for "Rangkaian Produk Argania Menyihatkan Kulit Wajah"