Resepi Brownies in Cup Sedap





Resepi Brownies Sedap


Sedapnya brownies! Brownies menjadi salah satu kegemaran Mai sebab rasanya yang sedap. Brownies pula ada pelbagai jenis dan resepi. Resepinya tidaklah jauh beza pun dengan jenis yang lain.

Brownies in cup ini pada asalnya adalah resepi biskut brownies dari Seminit Resepi. Memang rangup dan sedap biskut brownies yang dah siap. Lebihan adunan pula, saja je Mai letak dalam bekas kecil. Bila dah siap, sedap dan jadi juga kedutnya. 

resepi brownies sedap
Brownies in Cup

Mai lebih suka resepi brownies yang ini. Kena dengan tekak. Jom cuba resepi ini!

Brownies in Cup

Resepi asal: Seminit Resepi

Bahan-bahan: 

Bahan A

240 gram choc coin
80 gram unsalted butter (Mai guna Buttercup je)

Bahan B

2 biji telur
100 gram tepung kek (Mai guna tepung gandum yang diayak)
140 gram gula aising

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler.

2. Dalam bekas lain, kacau telur dan juga gula aising hingga sebati. Kemudian masukkan tepung kek.

3. Apabila sudah rata, masukkan coklat yg telah dicairkan tadi. Kacau rata.

4. Paipkan adunan ke dalam cup dan taburkan kacang jika suka.

5. Bakar pada suhu 150⁰C selama 30 minit. Setelah siap dibakar, biarkan sejuk seketika. Sedia untuk dihidangkan.


Mai lebih suka makan brownies panas-panas. Lebih sedap rasanya ummpphh! Sedapnya.. Biskut brownies pun sedap juga. Sekali rasa, tak berhenti mengunyah dibuatnya.

Kalau nak buat biskut, gunakan mat silicon sebagai acuan. Paipkan saja adunan ke atas mat silicon dan bakar seperti suhu dan masa yang sama seperti di atas.

brownies cookies sedap
Ini adalah biskut brownies.
Hari tu buat tak guna mat silikon. Acuannya guna cup je haha
Alhamdulillah jadi juga hihihi


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Wah senang rupanya yea brownies cup ni. Belum pernah try lagi buat. xD Thanks share resepi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. InsyaAllah senang je kalau ikut resepinya ;) sama-sama

      Padam
  2. YA ALLAHHH YA TUHANKUUUUUU sedapnyaa nampak tuuuuu! hahahahaha. pos ke seremban sikit kak mai hikhik

    BalasPadam
  3. alahai sedapnya bolehlah cuba nanti

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)