Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Disleksia, Masalah Pembelajaran yang Tidak Patut Diabaikan

Disleksia bukan masalah biasa


Disleksia (Dyslexia), kebanyakan orang tahu apa yang dimaksudkan dengannya. Ada yang faham sedikit saja.. penghidapnya hanya nampak huruf atau nombor seperti terbalik. Benarkah itu saja?

Disleksia, Dyslexia


Baru-baru ini, telefilem Silang ditayangkan dalam slot Cerekarama TV3 berkisarkan tentang individu Disleksia. Selepas menonton telefilem tersebut, ada penonton yang memberi komen.. sama dengan apa yang anak mereka alami. Ada juga komen negatif terhadap telefilem tersebut di akaun Instagram Sheila Rusly sampai terasa hati dia.

Mai bacalah juga komen mereka. Ada yang kata, Disleksia hanya keliru dengan huruf atau nombor yang terbalik saja dan tidak mempengaruhi kehidupan sehariannya. Ada yang kata, itu Autisme tidak kena langsung dengan Disleksia. Ada yang menuduh, kajian terhadap Disleksia tidak dibuat untuk telefilem itu. Haiihhh macam-macam betul netizen ni.

Mai percaya, team JS Picture telah pun membuat kajian tentang Disleksia. Jangan pandai-pandai menuduh yang tak baik pula. Mai sendiri pun tertanya-tanya, betul ke penghidapnya boleh jadi seperti dalam telefilem tu? Apa lagi, Mai google cari info Disleksia sebab nak tahu lebih dalam. Maka, jumpalah info tentang Disleksia di laman web yang dipercayai iaitu Portal MyHEALTH Kementerian Kesihatan Malaysia (http://www.myhealth.gov.my/disleksia/).

Nah.. info tentangnya...

Apa itu Disleksia?

- Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
- Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
  • Mempunyai keupayaan intelek yang normal
  • Telah mendapat rangsangan dan pembelajaran yang mencukupi
-Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
-Mereka mungkin mengalami kesukaran
  • Membaca
  • Menulis
  • Memahami
  • Mengeja
  • Mengira
- Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
- Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?

1. Di peringkat pra sekolah mereka mungkin :
  • Lambat bertutur
  • Mengalami kesukaran sebutan atau rima
  • Sukar menulis nama sendiri
  • Payah mengenal bentuk atau warna
  • Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya
2. Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :

  • Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
  • Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
3. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) : 
  • 15 dengan 51
  • “was” menjadi “saw”
  • ‘b’ dengan ‘d’‘

4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
5. Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
7. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?

  • Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
  • Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
  • Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialami penghidap Disleksia

- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Jika tidak dikenal pasti dan dibantu di peringkat awal boleh menyebabkan:
  • Gangguan emosi (seperti kemurungan)
  • Masalah tingkah laku (seperti melawan, kecelaruan tingkah laku)
  • Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia


Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
1. Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
2. Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya Tumpuan
3. Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
  1. Terapi pertuturan
  2. Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
  3. Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
    1. Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
    2. Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
    3. Merasa pergerakan bibir
    4. Menulis huruf atau perkataan
4. Langkah-langkah pemulihan :
  • Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
  • Pengulangan semasa mengajar (konsep ajar berlebihan)
  • Gunakan video atau kaset untuk belajar
5. Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia


Menurut laman web Nessy (https://www.nessy.com/us/product/professional-development/) pula, terdapat beberapa jenis Disleksia. Antaranya:
  • Phonological Dyslexia
  • Working Memory and Dyslexia
  • Visual Process Dyslexia
  • Auditory Processing Dyslexia
Barulah faham lagi percaya setelah dapat maklumat yang sahih dari laman web yang sahih kan. Kepada netizen, jangan terjah dan komen sesuka hati yang buruk-buruk kalau ilmu tentang sesuatu tak banyak mana. Bikin kena gelak balik je nanti. Google kan ada. Cari je lah maklumat yang benar kat situ.

Selain telefilem Silang ini, anda boleh tonton filem Hindi Taare Zameen ParMemang best ceritanya, siap tunjuk cara untuk mengajar kanak-kanak Disleksia.

Taare Zameen Par

Disleksia ini bukanlah perkara ringan yang boleh diabaikan. Kesannya boleh melarat sampai ke alam dewasa jika tiada langkah pemulihan diberikan kepada penghidap. Contohnya macam dalam telefilem Silang ni lah. Kalau perasan anak-anak ada ciri-ciri Disleksia, bantu dia hadapinya dan bukan abaikannya. 

Tetapi percayalah, setiap masalah yang berlaku ada cara untuk menanganinya. InsyaAllah dia juga boleh jadi seperti manusia normal yang lain.


2 ulasan for "Disleksia, Masalah Pembelajaran yang Tidak Patut Diabaikan"

  1. Allahu..terlepas pulak kita nak nengok cerita tu!

    BalasPadam
  2. Nice sharing dik Mai. Akak ada tengok juga cite tu. Siap kami anak beranak gelak-gelak kat adik dia tu. Tak tahu pula tu 1 penyakit rupanya.

    Arahan Sheila Rusly selalunya ada maksud tersendiri. Netizen tak patut nk kutuk. Ermmm

    Disleksia lebih kepada lelaki rupanya ya.

    Tq sharing :)

    BalasPadam