Popia Goreng Inti Daging dan Sayur yang Menyelerakan
Resepi Popia Goreng Sedap
Popia goreng inti penuh memang menjadi kegemaran. Bila membeli di luar, kadang-kadang kecewa dengan intinya yang sikit. Ada pula yang kulitnya keras sangat. Hilang mood nak makan. Daripada selalu kecewa dengan masalah ni, lebih baik buat sendiri kan. Nak letak macam-macam jenis inti, banyak mana pun boleh. Kali ini Mai buat Popia Goreng Inti Daging dan Sayur.
Popia Goreng Inti Daging dan Sayur |
Dagingnya Mai guna daging burger je. Lebihan yang ada dalam peti ais. Nak guna daging segar pun boleh. Lagi sedap jadinya. Resepi ini mudah disediakan dan hanya mengambil masa yang singkat untuk disiapkan. Sesuai dimakan untuk sarapan pagi, minum petang, berbuka puasa, bersahur atau bila-bila sahaja yang anda suka.
Popia Goreng Inti Daging dan Sayur
Bahan-bahan inti:
1 cawan kubis bulat yang dihiris halus
1 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 atau 3 keping daging burger dihiris halus
Garam secukup rasa
Bahan-bahan lain:
Kulit popia (beli je satu plastik tu)
Tepung gandum dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat (boleh gantikan tepung dengan sebiji telur dipukul manja)
Sos cili untuk cicah dengan popia yang dah siap digoreng
Cara membuatnya:
1. Inti popia
1 cawan kubis bulat yang dihiris halus
1 batang lobak merah dihiris halus
1 biji bawang besar didadu
2 ulas bawang putih dicincang halus
2 atau 3 keping daging burger dihiris halus
Garam secukup rasa
Bahan-bahan lain:
Kulit popia (beli je satu plastik tu)
Tepung gandum dicampur dengan sedikit air untuk dijadikan pelekat (boleh gantikan tepung dengan sebiji telur dipukul manja)
Sos cili untuk cicah dengan popia yang dah siap digoreng
Cara membuatnya:
1. Inti popia
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, goreng daging burger seketika dan ketepikan.
Kemudian tumis bawang besar dan bawang putih sehingga harum dan layu. Masukkan daging burger yang telah digoreng tadi, hirisan lobak merah dan kobis. Kacau dan masak hingga layu, tambahkan sedikit garam, gaul rata dan matikan api. Biarkan inti sejuk seketika.
2. Cara gulung popia goreng
2. Cara gulung popia goreng
Sapu bancuhan telur pada lipatan kiri dan kanan kulit popia yang terbuka. Kemudian gulung sampai habis dan kemaskan. Sapu bancuhan telur pada hujung kulit popia. Ulangi langkah yang sama untuk baki kulit popia dan inti.
Apabila sudah siap gulung semuanya, bolehlah digoreng. Goreng dalam minyak penuh supaya dapat masuk lebih kurang 5-6 biji popia dalam kuali besar.
Dah siap goreng? Bolehlah cicah popia goreng ini dengan sos cili atau dimakan begitu saja.
Apabila sudah siap gulung semuanya, bolehlah digoreng. Goreng dalam minyak penuh supaya dapat masuk lebih kurang 5-6 biji popia dalam kuali besar.
Dah siap goreng? Bolehlah cicah popia goreng ini dengan sos cili atau dimakan begitu saja.
*Tips:
- Kulit popia senang mengeras apabila terdedah. Ambil kain bersih, basahkan kain tu dan letak di atas lapisan-lapisan kulit popia.
- Boleh letak hirisan keju cheddar dalam popia sebelum digulung, lagi sedap nanti.
- Daging burger boleh digantikan dengan apa saja yang dirasakan sesuai mengikut selera anda.
- Kalau dapat banyak popia dengan kuantiti resepi ini, simpan je dalam peti sejuk. Boleh goreng bila-bila masa anda suka nanti.
Senang je kan? Jom cuba resepi mudah ni.
Anda boleh join Channel Telegram "Resepi Viral (👈klik) untuk mencuba pelbagai resepi ya.
Untuk pelbagai info menarik yang lain, anda boleh join channel di bawah ini...
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
Fav dania ni..apa jenis popia pun la...lagi dia suka kalau akak buat popia sardin...hehehehe
BalasPadampopia sardin! sedap tuuuu
PadamTeringat saya pernah jual popia inti daging dulu..
BalasPadammengimbau kenangan ;)
PadamBestnye popia. Hai sis, Sy follower br, jmput follow my blog. :)
BalasPadamsedap ;) terima kasih follow
PadamSedap tu popia dik. Inti daging. Buat sendiri puas hati lagi kan. Buh inti lebih. Hehe. Nom nom nom :)
BalasPadambetul.. buat sendiri lagi jimat dan boleh letak inti banyak hehe
PadamWahhh, best ni boleh try buat nanti :)
BalasPadambesttt.. cuba jangan tak cuba ;)
Padamfuhhh mereciksss kak maiiii! hehehe
BalasPadam