Antena Sesuai untuk Dekoder MYTV
Antena MYTV Terbaik
Dekoder MYTV sudah dibeli, tapi antena sesuai untuk dekoder MYTV pula jenis yang macam mana? Antena yang paling sesuai adalah antena UHF.
Nak dapat siaran dengan baik, memang kena guna antena UHF. Mai pernah bertanya tentang perkara ini melalui Facebook MYTV kerana kadangkala masalah siaran hilang berlaku. Jadi, mereka meminta gambar antena yang digunakan di rumah Mai.
Jawapan pihak MYTV, antena rumah Mai adalah antena gabungan UHF dan VHF. Penggunaan antena gabungan UHF dan VHF, Booster dan Remote perlu dielakkan kerana ia akan mengganggu signal dari menara pemancar setelah siaran analog ditutup sepenuhnya nanti. Gabungan jenis antena akan mengakibatkan gangguan-gangguan seperti siaran susah dapat berlaku.
Berikut adalah jenis antena yang boleh dan tidak boleh digunakan seperti yang diberitahu oleh pihak MYTV.
Boleh digunakan
Antena UHF tulang ikan |
Tidak boleh digunakan
Kalau anda ingin membuat pemasangan antena sendiri, sebelum membeli antena, lebih baik bertanya dahulu kepada pihak MYTV atau wakil penjual dekoder MYTV. Anda juga yang tak rugi nanti ;)
Mai kena tukar antena lah jawabnya... huhuhu
saya menjangkakan set TV tidak diperlukan lagi pada masa yang akan datang..
BalasPadamsemua orang akan beralih ke Smartphone atau Ipad
mungkin dalam 50 tahun akan datang hehehe
hehehe itu mungkin boleh juga
Padamdulu beli mytv, datang sekali dengan antena nya...tapi jenis antena vhf tulang ikan tu haa..kadang2 terganggu jugak siaran, rupanya sebab tu...
BalasPadamiye sebab tu huhu
Padaminfo yg bagus...sbb pasni nk kna beli dekoder ni
BalasPadamsemoga bermanfaat ;)
Padamblogwalking
BalasPadamterima kasih ;)
PadamAriel tulang ikan UHF tu nak kena pasang sendiri ke? Kalau senang, macam nak tukar ke mytv jugak ni.
BalasPadamIye.. tapi kalau tak mahir, boleh minta ejen pemasangan mytv yang pasangkan. Guna antena dalam rumah pun boleh, cuma kena pastikan kawasan rumah tak banyak halangan dengan pencawang.
PadamKlo da smua pangkah antena dlm rmh,mna yg bleh guna?? Yg outdoor tu klo flat bley la than smggu lpas tu lesap..
BalasPadamSetakat ni, rumah saya guna antena luar. BETA 37E DIGITAL HI RANGE ANTENNA (FREE HI QUALITY 20MTR RG6 CABLE) . Ini antena yang pemasang antena mytv yang sarankan sebab kawasan rumah jauh dari menara pemancar. Kalau indoor punya saya tak pasti.
PadamMcm saya diam dekat flat antena apa bagus..siaran asyik terganggu..
BalasPadamAwak boleh call pihak MYTV atau tukang pasang antena MYTV kawasan berdekatan ya sebab mereka tahu mana yang sesuai.
Padam