Brownies Kedut Mudah dan Sedap





Resepi Brownies Sedap


Brownies kedut sedap | Siapa suka brownies... angkat tangan! hehe. Mai memang suka brownies sebab rasanya yang sedap, kaya dengan coklat. Lagi suka apabila brownies yang dibuat sendiri, keluar kedutnya. Cantik je rupanya.

brownies kedut sedap


Kalau buat brownies, Mai suka guna coklat gelap. Baru lagi rasa coklatnya. Resepi yang Mai gunakan ini sesuai juga untuk dibuat biskut brownies. Bezanya cuma, paipkan adunan ke atas acuan. Jadi nipis seperti saiz duit syiling. Rangup lagi tu.

Resepi yang sama ini juga Mai pernah buat brownies dalam cawan. Comel jadinya dengan kedut merekah yang terhasil bersama. 

brownies kedut sedap


Dah dah.. jom cepat buat brownies kedut super senang ni.

Resepi Brownies Kedut 


Bahan-bahan:

Bahan A

240 gram choc coin coklat gelap
80 gram unsalted butter (Mai guna Buttercup je)

Bahan B

2 biji telur
100 gram tepung kek (Mai guna tepung gandum yang diayak)
140 gram gula aising (Mai kurangkan)

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150⁰C.

2. Kacau telur dan gula aising hingga sebati guna whisk saja. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata.

3. Dalam bekas lain, cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler.

4. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau rata.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan parchment paper.

6. Boleh tabur hirisan badam atau choc coin di permukaannya jika suka.

7. Bakar pada suhu 150⁰C selama 30 minit. Setelah siap dibakar, biarkan sejuk seketika kemudian barulah dipotong.


Kalau Mai, lebih suka makan brownies panas-panas. Lebih sedap rasanya. Untuk penyimpanan, boleh masukkan brownies dalam bekas kering bertutup. Tak perlu masukkan dalam peti sejuk sebab nanti brownies akan jadi keras.

Alaaa.. rasa nak buat lagi laa pulak


Catat Ulasan

13 Ulasan

  1. Lama dah tak buat Brownies kedut nie.. dulu Kak Sue siap buat berniagaagi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti buatlah kak sue.. sedappp heeee

      Padam
  2. Nampak sedap la...nak buat akak x pandai....oven semua ada..hahahaa...

    BalasPadam
  3. saya pun penggemar brownies kedut ni sebab rasa coklatnya yang kuat, kalau dapat buat yang chewy pun sedap..thanks kongsi resepi sis:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. sedap juga yang chewy, pernah buat tapi tak sempat nak ambil gambar dah habis hihi

      Padam
  4. Wah. Yg dlm cawan tu, menarik.
    Mudah utk anak2 makan ekk.
    Ohsem idea!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya.. mudah bawa ke mana-mana juga ;)

      Padam
  5. brownies dengan aiskrim vanilla memang umphh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. perghhh gabungan yang sedap tu.. tapi jangan selalu pula sebab manis kan heee

      Padam
  6. Tak pernah buat lagi.. Tak ingat rasa brownies macam mana. Lama sangat tak makan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasa macam kek coklat tapi lebih mampat. kaya rasa coklat umphhhhh

      Padam
  7. Sedapnya brownies cikedut ni 😋

    Makan akak pandai. Buat sendiri tak pernah.

    Tengok step Mai buat. Nampak mudah je

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye.. memang sedap brownies ni ;) Senang je nak buatnya. Bahan pun tak banyak guna

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)