Resepi Brownies Sedap


Brownies kedut sedap | Siapa suka brownies... angkat tangan! hehe. Mai memang suka brownies sebab rasanya yang sedap, kaya dengan coklat. Lagi suka apabila brownies yang dibuat sendiri, keluar kedutnya. Cantik je rupanya.

brownies kedut sedap


Kalau buat brownies, Mai suka guna coklat gelap. Baru lagi rasa coklatnya. Resepi yang Mai gunakan ini sesuai juga untuk dibuat biskut brownies. Bezanya cuma, paipkan adunan ke atas acuan. Jadi nipis seperti saiz duit syiling. Rangup lagi tu.

Resepi yang sama ini juga Mai pernah buat brownies dalam cawan. Comel jadinya dengan kedut merekah yang terhasil bersama. 

brownies kedut sedap


Dah dah.. jom cepat buat brownies kedut super senang ni.

Resepi Brownies Kedut 


Bahan-bahan:

Bahan A

240 gram choc coin coklat gelap
80 gram unsalted butter (Mai guna Buttercup je)

Bahan B

2 biji telur
100 gram tepung kek (Mai guna tepung gandum yang diayak)
140 gram gula aising (Mai kurangkan)

Cara-cara membuatnya:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 150⁰C.

2. Kacau telur dan gula aising hingga sebati guna whisk saja. Kemudian masukkan tepung kek. Kacau rata.

3. Dalam bekas lain, cairkan bahan A menggunakan kaedah double boiler.

4. Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam campuran tepung tadi. Kacau rata.

5. Masukkan adunan ke dalam loyang yang dilapik dengan parchment paper.

6. Boleh tabur hirisan badam atau choc coin di permukaannya jika suka.

7. Bakar pada suhu 150⁰C selama 30 minit. Setelah siap dibakar, biarkan sejuk seketika kemudian barulah dipotong.


Kalau Mai, lebih suka makan brownies panas-panas. Lebih sedap rasanya. Untuk penyimpanan, boleh masukkan brownies dalam bekas kering bertutup. Tak perlu masukkan dalam peti sejuk sebab nanti brownies akan jadi keras.

Alaaa.. rasa nak buat lagi laa pulak