Cara Beli Dekoder MYTV dengan Mudah

Beli dekoder MYTV sebelum siaran analog ditutup


Diam tak diam, siaran TV analog di Malaysia akan ditamatkan pada 30 September 2019 nanti. Bagaimana dengan persediaan anda, sudah membeli dekoder MYTV atau IDTV?

Cara Beli Dekoder MYTV


Kalau masih belum memilikinya, anda boleh membuat pembelian dekoder MYTV secepat mungkin. Nak lagi mudah, beli terus IDTV. Dengan IDTV, siaran MyFreeview dapat diperolehi tanpa menggunakan dekoder. Di rumah Mai guna dekoder yang abah dapat percuma 2 tahun lepas je. Abah Mai penerima BR1M masa tu.

Macam mana dan di mana nak beli dekoder MYTV? Terdapat dua cara untuk mendapatkan dekoder MYTV iaitu melalui e-kedai (beli secara online) atau terus membeli dengan wakil penjual berdekatan anda.

  • Untuk membeli dekoder MYTV secara online anda boleh klik > BELI SINI. Harganya cuma RM187.
  • Untuk membeli dengan wakil penjual berdekatan, anda boleh semak sini > SENARAI WAKIL PENJUAL yang sah mengikut negeri seterusnya tempat tinggal anda.

Tambahan yang perlu ada adalah antena UHF. Boleh gunakan antena luar atau dalam.

antena UHF

Jika tempat tinggal dengan jauh dengan pencawang, gunakan antena luar. Pasang dengan kukuh supaya tidak mudah bergoyang. Kalau bergoyang, lagi hebat apabila ditiup angin.. mungkin akan mengakibatkan masalah seperti skrin jadi hitam, siaran hilang seketika (no signal E025).


Cara pasang dekoder MYTV sendiri

Mudah saja cara pemasangannya. Anda boleh rujuk video yang dikongsikan di YouTube myFreeview ini.


Tak rugi pasang dekoder MYTV. Percuma, tiada bil bulanan yang perlu dibayar. Jelas dan cantik paparan TV dengan siaran digital MyFreeview. Memang puas hati menonton. Kalau anda ada sebarang pertanyaan atau untuk membuat aduan, hubungi terus pihak MYTV di talian 1300 80 6988. Mereka pasti akan layan anda sebaiknya.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Terima kasih share info ni, memang ramai yang masih tak tahu mana nak dapatkan decoder MyTV ni sebab mereka ingat percuma sahaja untuk semua orang :)

    ...

    BalasPadam
  2. dulu da pasang da, lepas tu rosak lak...kena beli yang baru la nampaknya...atau beli IDTV teruss

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli IDTV teruslah. tak payah guna dekoder mytv dah hehehe

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)