Resepi Sup Sayur Campur Sihat dan Mudah





Resepi Diet Sihat, Sup Sayur


Makanan sihat tidak semestinya tawar. Ramai yang menganggap bahawa kalau nak makan secara sihat, rasa makanan kena tawar. Tiada sebarang perisa tambahan yang perlu diletakkan. Yelah nak sihat kan.. garam gula kena jaga pengambilannya.

Tapi bagi Mai, makanan tawar ni memang tak lalu nak telan. Tak sedaplah kalau tawar kan hehe. Sebenarnya kita boleh je pelbagaikan cara masakan. Salah satu resepi sihat yang mudah adalah sup. Sup yang Mai buat, tiada tambahan penyedap makanan atau rempah ratus pek sedia. Senang dan sihat.

sup sayur campur sihat
Sup sayur campur

Tumis pun menggunakan air saja. Tidak menggunakan minyak. Kata nak sihat kan.. kenalah kurangkan penggunaan minyak juga 😊

Kali ini Mai nak berkongsi resepi sihat yang mudah iaitu sup sayur. Ada orang, dia tak lalu makan sayur mentah begitu saja. Kena masak dulu baru boleh makan. Maka masaklah sup.

Resepi Sup Sayur Campur Sihat


Bahan-bahan:

Lobak merah
Cendawan tiram
Kobis bunga
Sebiji bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
Halia sedikit (ditumbuk)
Daun kunyit setengah helai
Garam (kurangkan penggunaannya ok)
Air secukupnya

Cara-cara membuatnya:

1. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia dengan sedikit air. Mai tumis sampai bawang jadi sedikit hitam melekat pada kuali (ini yang buat sup jadi sedap).
2. Masukkan daun kunyit, lobak merah dan kobis bunga, gaulkan dengan bahan tumisan tadi.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Masukkan cendawan tiram. Perasakan dengan sedikit garam saja.
5. Siap! Sedia untuk dihidang.

* Boleh tambah isi ayam atau telur jika suka.
* Sayur, mengikut pilihan masing-masing.

Mudah je kan? Siapa kata nak makan sedap kena tawar macam makan kertas? Bagi ada sedikit rasa, itu sudah memadai. Aroma daun kunyit yang ditambah memang membangkitkan deria rasa.

Nak makan nanti, cuba amalkan kaedah suku suku separuh. InsyaAllah seimbang diet harian kita. Cukup karbohidrat, lauk, sayur dan buah.

Jom sihat bersama!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. kita suka yang sihat-sihat camni....sedappp hirup kuahnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. nak hirup kuah pun takde rasa bersalah kan ;)

      Padam
  2. Dpt sup sayur ni mmg sedap utk dihirup. Lg2 kalau tgh diet.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)