Cara membeli-belah dalam talian dengan berkesan
Apabila sebut saja jualan murah, mata terus terbuka luas. Peluang keemasan yang sentiasa dinanti. Masa inilah sesuai nak cari pelbagai barangan keperluan dengan harga yang berpatutan kan. Boleh jimat berganda lagi tu. Ramailah yang akan buka laman web kedai dalam talian seperti Shopee, Lazada, Watson dan sebagainya nanti. Mungkin Malaysia Airlines juga akan menawarkan tiket penerbangan dengan harga berpatutan pada bulan kemerdekaan ini. Siapa tau kan ;)
Jualan murah sememangnya menjimatkan. Tapi jangan pula terlebih berbelanja sehingga ‘kering’ duit dalam akaun bank. Tiada langsung yang tinggal untuk perbelanjaan harian yang lain. Ini tidak bagus ya.
Nak membeli-belah dalam talian bukan main klik ‘add to cart’ kemudian terus bayar. Kena ada ilmu. Macam mana caranya?
Tips membeli-belah secara online
1. Utamakan membeli barangan keperluan
Ini adalah perkara yang paling penting untuk membeli-belah. Tujuannya supaya kita fokus dengan misi untuk mencari barangan keperluan. Kalau nak membeli barangan bukan keperluan, boleh saja tapi jangan sampai berlaku pembaziran.. beli tapi akhirnya tidak digunakan. Membazir bukan?
2. Buat senarai barangan keperluan beserta harga
Mai suka buat yang ini. Membuat kira-kira tentang perbelanjaan secara kasar yang perlu dikeluarkan agar tidak membazir wang. Selain itu, dengan membuat senarai ini dapat menjimatkan masa ketika membeli belah. Sebabnya kita dah tahu nak beli apa. Walaupun membeli belah secara online, ia dapat mengelakkan kita daripada asyik meninjau kedai online sehingga mengabaikan kerja harian kita.
3. Kaji selidik harga di pelbagai kedai dalam talian
Dengan melakukan kaji selidik harga, kita akan nampak perbezaan harga di setiap kedai talian untuk sesuatu barangan yang hendak dibeli. Pilih harga yang lebih murah untuk penjimatan berganda.
4. Pilih kedai online serta peniaga yang dipercayai
Ini amat penting supaya dapat mengelakkan penipuan berlaku. Cara untuk mengetahuinya.. kalau di laman Lazada atau Shopee, boleh tanya pada peniaga sendiri serta lihat pada komen-komen pembeli. Jika banyak yang memberikan komen positif maka bolehlah membeli dengan peniaga tersebut. Sama juga jika ingin membuat pembelian dengan peniaga di Instagram atau Facebook, tanya peniaga sehingga puas hati atau minta saja testimoni pembelian.
Banyak yang telah menjadi mangsa penipuan peniaga online. Di laman web yang dikenali ramai juga tidak kurang hebatnya. Lain yang dibeli, lain pula barang yang diterima. Dapat barang yang tidak masuk akal pula tu. Teringat kisah benar dalam akhbar tempatan… seorang pembeli yang sudah membayar untuk sebuah telefon pintar, menerima sebiji lesung batu. Sedih dan menyesal tak sudah jawabnya…
Sebab itulah perlu lebih berhati-hati ketika membeli-belah secara online supaya dapat elak sesuatu yang tidak diingini berlaku.
5. Selidik kualiti sesebuah produk
Bagi Mai, penting untuk kita mengetahui kualiti sesebuah produk yang hendak dibeli. Sesuatu harga yang ditawarkan biarlah setanding dengan kualitinya. Kalau tak, kita juga yang menyesal setelah menerima barangan yang dipesan kerana dapat kualiti rendah.
Caranya, baca penerangan produk yang disediakan dan baca komen pembeli.
6. Guna kupon dengan membeli melalui laman web yang menawarkan diskaun berganda
Ini satu bonus untuk pembeli seperti kita. Siapa yang tidak suka harga diskaun kan? Memang dapat berjimat sungguh. Contohnya membeli barangan keperluan dengan menggunakan Shopee promo code atau dengan Watson Promotion untuk membeli produk penjagaan diri. Jadi, rajin-rajinlah menjengah ke pelbagai laman web yang menyediakan servis sebegini, seperti ShopCoupons.
Inilah antara beberapa tips yang dapat dikongsikan. Nampak macam remeh je kan tapi inilah perkara yang perlu dibuat sebelum membeli belah secara online untuk mengelakkan kerugian.
Anda pula macam mana? Ada tips selain yang disebutkan di atas ini? Jom sama-sama kongsi di ruangan komen di bawah ye.
Business vector created by pikisuperstar - www.freepik.com
Infographic vector created by freepik - www.freepik.com
37 Ulasan
PERGH. Terbaiklah Maisarah. Tips ni memang sesuai untuk di apply sekarang 🥰
BalasPadamYa.. boleh juga elak perkara tak diingini berlaku kan ;)
PadamBagusnya entri ni. Saya pun tak terfikir. Tips yang baik buat yang sesiapa yang suka shopping online. Apa pun, kena buat banyak buat research dulu sebelum membeli di mana-mana website.
BalasPadamBetul.. sangat penting tu supaya tidak menyesal bila dapat produk di tangan
Padamantara tips abam nak share, pastikan kualiti barang ikut keperluan anda. Macam abam beli di lazada sofa. sampai2 tak muat utk dewasa. kanak2 sahaja. Jadi semak betul2 spec sebelum beli. jangan tertipu dengan gambar
BalasPadamYang tu betul juga. Kena rajin baca description sesuatu produk
Padammerdeka ni mesti banyak gak sales kan. best tuh, tapi kena simpan duit sebab nak travel. huhuhuhu.
BalasPadamYe.. banyak yang buat jualan murah gila. kalau betul-betul perlu, baru beli.
Padamselamat dah semlm aida shopping di shopee, maisarah.
BalasPadam9.9 kan.
seharian lah membelek.
memang dah ada senarai pe keperluan nak beli.
tak la keperluan sgt :) hi hi hi hi... kehendak la jugak.
memang kena check penjual. tgk review. survey harga. tgk ada free delivery ke tak.
perlu amik masa utk membeli online.
Ya.. ambil masa sedikit untuk buat research sebelum membeli sampai puas hati
PadamPart Memilih kedai online serta peniaga yang dipercayai tu mmemang penting. Takut nak beli online sebab pernah dapat barang tak sama. Paling parah order lain dapat tasbih semayang Cina. Sadis. Kalau berkeperluan baru sis akan beli online.
BalasPadamRisau tu juga, order lain terima barang lain. Menangis juga bila dah jadi begitu. Takpe, lepas ni ambil langkah berjaga-jaga.
PadamKita kalau dah mengadap pembelian secara online ni memang jadi hantu lah bila tengok harga yang ditawarkan murah giler sekarang ni lagi semua bersaing dalam nak jual barang paling murah dan berkualiti... Takut kita tau..
BalasPadamTakpe, yang penting kita sebagai pengguna kena buat pilihan bijak ;)
PadamSkrg nie mmg tgh musim shopping online buat sale gila2..so pandai2 kite la nk bli..nasib nad xtrjebak lagi nak beli..trima kasih tips yg sangt berguna..
BalasPadamYa.. dasyat betul harga selepas diskaun kan heee.
PadamRawlins memang amalkan semua yang disebut di atas - kadang-kadang sampai tak jadi beli sebab terlalu memikirkan perlu atau tak membeli hahaha
BalasPadamSamalah.. sampai biar begitu saja dalam cart hihihi
Padamkalau shopping online mmg tunggu sale, atau guna voucher..pasti nak dapatkan barg tu dengan murah..hehe..bulan merdeka ni lagila banyak offer
BalasPadamtau takpe. rambang mata dah ni hihi
Padamsuka shoopping online.. Setiap hari ada je benda nak survey, masuk dalam bakul tapi belum payout lagi.hahaha..anyway nice sharing tip, memang kena survey feeedback customer lain
BalasPadamGuna kupon tu ya. Sy biasanya akan cari kupon2 yg boleh guna utk lebih diskaun. Plg oenting berbelanjalah dengan berhemah
BalasPadamYe belanja dengan cermat
Padammemang banyak promosi masa shopping online especially year end ni...best giler offer offer nya
BalasPadamyup memang banyak.. masa inilah kita nak membeli sambil berjimat kan
PadamTak tunggu bulan merdeka pun memang shopping online tak ingat... klau time gini memang meriah offer memang layan la shopping online.. tahan ju tangan dari bukak website shopping
BalasPadamhehe nak membeli takpe, tapi belilah yang perlu saja
PadamTerima kasih untuk tips ni. tak kisah bulan bila sekali pun kena shopping time sale kan? dan beli yang perlu je. Terima kasih untuk reminder
BalasPadamya betul tu. sepanjang masa
PadamBukan sahaja bulan mereka sahaja, tapi rasanya untuk sepanjang masa. Mmg perlu berhati2 dalam membuat pembelian secara online.
BalasPadamYe itu yang sebetulnya
PadamBulan ni banyak sungguh e commerce atau platform yang tawarkan sale kaw kaw. Fuhh.
BalasPadamTips yang Mai share ni penting sangat untuk mereka yang suka shopping. Nak nak tips 1 dan 2 ☺
Almaklumlah, bila tau je sales. Semua suka sebab boleh jimat. Kadang² duk add chart benda yang tak perlu pun ada. Nafsuu shopping pompuan 😆
hehe tu la nafsu je lebih kadang tu. apa pun kena bijak membeli kan
PadamThanks for the useful tips… I really enjoy online shopping, but agree with you that we need to be more smart in spending
BalasPadamMy pleasure ;)
Padamwah terbaik perkongsian ni tau. Saya memang ada spectacle sikit bila nak beli secara online ni. Memang akan selidik sungguh2 tau sebelum beli. Kadang akan baca semua review dulu. haha...apa pun saya sangat setuju dengan 6 tips yang diberi,
BalasPadamWawa pun selalu berhati2 nak shopping lagi2 bila tiba musim public day dan perayaan... Sebab mcm2 dugaan ada.. Hihi..
BalasPadamTerima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)