Embah Jid Mahu Naikkan Semula Irama Malaysia
Usaha Menaikkan Semula Irama Malaysia oleh Embah Jid
Apabila bercakap tentang irama Malaysia atau etnik kreatif, teringat dengan dua penyanyi terkenal iaitu Noraniza Idris dan Dato' Sri Siti Nurhaliza yang gemar mengalunkan lagu bergenre begini. Tarian dengan lagu Cindai, Dikir Puteri dan pelbagai lagu yang lain sering menjadi pilihan dalam pelbagai acara.
![]() |
Embah Jid dan pasukan tariannya |
Pada zaman yang semakin ke hadapan ini, pelbagai genre lagu wujud. Pop, balada, blues, rapper dan lain-lain lagi mula menjadi pilihan pendengar generasi kini. Ya, tidak salah untuk menyukai lagu-lagu sebegitu tetapi bagaimana dengan irama Malaysia yang kian pudar pada masa kini? Masih adakah penyambung legasi irama Malaysia?
Embah Jid dan Seni Muzik
Maka, disebabkan itulah Encik Majid bin Rawino atau lebih dikenali sebagai Embah Jid mahu meneruskan dan menaikkan irama Malaysia.
![]() |
Embah Jid |
Beliau merupakan anak jati Muar yang berumur 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Beliau dikenali dengan panggilan mesra TOK JID oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar Embah Jid.
![]() |
Embah Jid bersama keluarga |
Gelaran Embah Jid
**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang
**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu "EMBAH" (TOK) "JID" (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah Melayu 'Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru'.
Profil Embah Jid
Jom kenali serba sedikit tentang Embah Jid. Beliau adalah...
- Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga
- Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai
- Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, Kuala Lumpur
- Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga
- Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014
Kagum dengan semangat beliau yang masih aktif dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu iaitu Joget Kuasa Cinta.
![]() |
Ketika bengkel Zapin Lenga dan Ceracap Inai |
Lagu Joget Kuasa Cinta Taruhan Embah Jid dalam Irama Malaysia
Lagu Joget Kuasa Cinta ciptaan Brojam ini merujuk kepada "bercinta dalam tarian" di mana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau mempertaruhkan lagu berunsurkan joget kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperti tawaf mengelilingi Kaabah.
Seronok apabila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya lebih menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.
Untuk mengenali Embah Jid dengan lebih dekat, anda boleh ke Facebook dan juga Instagram beliau.
Facebook: https://www.facebook.com/dijame.emajid
Instagram: https://www.instagram.com/dijameemajid/
Supaya tak hilang ditelan zaman. syabas embah jid
BalasPadamMoga muzik irama malaysia terus di minati oleh anak-anak muda. Dan juga artis BBNu juga nak menyanyikannya sebagai memanggil anak generasi muda menyanyikan bersama kann...
BalasPadamTeringat zaman dulu suka dengar lagu irama malaysia. Siap menang AJL kan
BalasPadamKalau dulu arwah Tok Ngah, sekarang Embah Jid pulak.
BalasPadam