Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Jerebu? Jom Semak Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)

Jerebu... jangan dibuat main ya. Kita kena peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat mengelakkan sesuatu yang tak diingini berlaku seperti mendapat sakit atau sebagainya. Ketika ini Indeks Pencemaran Udara (IPU) penting untuk kita ambil tahu. Jadi laman web Air Pollutant Index of Malaysia atau singkatannya APIMS menjadi rujukan utama.

cara semak bacaan IPU


Di laman web APIMS, kita boleh mengetahui bacaan IPU kawasan masing-masing. Jika ada tersenarai, mungkin IPU agak tinggi daripada kebiasaannya. Maka ia sedang dipantau oleh pihak sepatutnya.

Terdapat beberapa warna yang menjadi penunjuk IPU seperti yang ada di laman tersebut, bacaan normal kepada bahaya. Daripada bacaan IPU tersebut kita boleh amalkan langkah berjaga-jaga ketika jerebu.

Untuk mengetahui bacaan IPU dengan lebih lanjut, boleh klik API Table [Hourly]. Bacaan yang dipaparkan adalah setiap jam.

cara semak bacaan IPU


API Table

cara semak bacaan IPU


Nasihat Semasa Jerebu


Antara nasihat semasa jerebu daripada APIMS yang boleh kita amalkan:

  1. Dilarang melakukan pembakaran terbuka.
  2. Padamkan kebakaran kecil atau laporkan ke talian 999.
  3. Dapatkan rawatan di hospital/klinik (pesakit asthma, sakit mata, batuk, selesema dan sakit jantung? jika bertambah buruk.
  4. Gunakan penutup hidung dan mulut apabila berada di luar sepanjang masa.
  5. Sejauh yang boleh, tinggal di dalam rumah/bangunan dan elakkan berada di luar.
  6. Kurangkan aktiviti luar/riadah/bersukan yang agresif.
  7. Minum banyak air.
  8. Nyalakan lampu kenderaan apabila jarak penglihatan bekurangan.


Apa pun ketika jerebu, amalkan langkah berjaga-jaga. Kesihatan dan keselamatan perlu diutamakan.


6 ulasan for "Jerebu? Jom Semak Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)"

  1. Terima kasih Maisarah atas info ini. Sekarang ni musim jerebu, kena banyak duduk dalam rumah je. 😊

    BalasPadam
  2. alhamdulillah sekitar taiping hujan tiap2 pagi. Stay safe everyone around malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah.. Kuala Kangsar pun hujan turun dah. Iye betul tu

      Padam
  3. Tadi lunch keluar jalan kaki je ke Aeon S2 hurm... bau asap terbakar memang kuat mata pun pedih

    BalasPadam