Lirik Lagu Fighter OST Sangkar





OST Sangkar, Fighter 



Ok, Mai dah tonton filem Sangkar pada hari ketiga tayangan. Fuhh.. memang terbaiklah filem ini. Bukan cerita aksi semata-mata, pendek kata memang best lah. Lagu Fighter yang menjadi OST Sangkar nyanyian Aman Ra pula memang 'kena' dengan ceritanya. 

Lirik Lagu Fighter OST Sangkar


Jom layan...



Buku lima simpan dendam
Bersukat darah bertimbang daging
Akan secubit jadi segenggam
Seperti helang menyongsong angin

Bila tumbuh bahaya sengketa habis licin
Kalau kena tampar biar tangan yang bercincin
Lawan yang beralamat tujuan yang bermaksud
Kalau kena pijak biar kaki berkasut

KO…Hutang budi dibayar budi
KO…Hutang darah dibayar darah
KO…Hutang budi dibayar budi
KO…Hutang darah dibayar darah

Dalam hati rasa macam aku hang tuah punya moyang
Bukan cari musuh tapi kalau terserempak tak goyang
Bukak tapak menanti macam tempat bapak aku
Masuk saka tegak macam balak
Tak akan kayu

Buka kulit terus ambil isi
Kau berkelahi dalam mimpi
Kau nampaknya macam berbin
Tapi perangai macam binti

Mintak sejengkal aku
Boleh bagi kau
Minta sehasta aku
Boleh bagi kau

Buku lima simpan dendam
Bersukat darah bertimbang daging
Akan secubit jadi segenggam
Seperti helang menyongsong angin

Bila tumbuh bahaya sengketa habis licin
Kalau kena tampar biar tangan yang bercincin
Lawan yang beralamat tujuan yang bermaksud
Kalau kena pijak biar kaki berkasut

KO…Hutang budi dibayar budi
KO…Hutang darah dibayar darah
KO…Hutang budi dibayar budi
KO…Hutang darah dibayar darah

Bila sekampung perangai taik
Bila seorang kau terkencing
Acah-acah macam hati kering
Kena lutut nanti kau pening

Tengok macam kau nak cuba sangat
Tapi tak terdaya
Sembang kencang dengar boleh
Tapi aku tak percaya

Kalau barang yang disadur
Tolong jangan masuk campur
Berterabur gigi kau nanti
Bila kau kena tabur

Minta sehasta aku
Boleh bagi kau
Minta sedepa aku
Boleh bagi kau

Buku lima simpan dendam
Bersukat darah bertimbang daging
Akan secubit jadi segenggam
Seperti helang menyongsong angin

Bila tumbuh bahaya sengketa habis licin
Kalau kena tampar biar tangan yang bercincin
Lawan yang beralamat tujuan yang bermaksud
Kalau kena pijak biar kaki berkasut

KO…Hutang budi dibayar budi
KO…Hutang darah dibayar darah
KO…Hutang budi dibayar budi
KO…Hutang darah dibayar darah

KO…
KO…
KO…
KO…
RA…


Catat Ulasan

0 Ulasan