Makan Petang di Warung Telaga Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar

Warung Telaga Tempat Makan Sedap di Kuala Kangsar


Orang kata kalau nak berjimat terutamanya dari segi makanan, masak sendiri lagi bagus kan. Tapi sekali sekala nak juga merasa makan di tempat sedap dan viral. Baru-baru ini, Mai sekeluarga makan petang di Warung Telaga Kota Lama Kiri. Salah satu kedai makan viral di Kuala Kangsar, Perak.

Warung Telaga


Jika anda ke Warung Telaga, pasti teruja dengan hiasan unik kedainya. Pelbagai koleksi barangan antik menghiasi ruang dalam kedainya. Antaranya seperti basikal tua, botol minuman lama, almari lama, papan tanda lama, telefon lama, tempayan dan lain-lain lagi. Lampu isyarat yang sudah tidak digunakan lagi turut menjadi penghias kedai. Lupa pula nak ambil gambar heee

Warung Telaga

Warung Telaga


Masa Mai ke Warung Telaga hari tu, ramai juga pelanggan yang datang. Tapi jangan risau, meja makan mencukupi. Boleh makan dalam kedai atau diluar. Beberapa meja berpayung dan gazebo disediakan untuk pelanggan yang ingin menjamu selera dengan udara sepoi-sepoi bahasa yang datang dari bendang.



Macam-macam menu makan petang disediakan di sini seperti laksa dengan pelbagai tambahan rencahnya, mi, kuey teow, keropok lekor dan cucur klasik. Minuman juga terdapat pelbagai pilihan seperti air minuman biasa, ais kepal, ice blended, jus buah dan minuman paket. Harganya pula amat berpatutan.

Warung Telaga


Pada hari Mai kesitu, beberapa makanan dan minuman telah dipesan. Mai memilih keropok lekor cheese dan ais kepal Milo. Comel je bentuk ais kepal tu. Macam cendawan je hihi.

Warung Telaga

Warung Telaga


Abah memesan laksa telur mata dan jus epal panas, emak dan adik memilih laksa telur rebus, masing-masing dengan minuman teh O suam tanpa gula dan Milo ais.

Warung Telaga

Warung Telaga


Boleh tahanlah rasa kuah laksanya. Menu lain-lain yang dipesan juga puas hati rasanya. Bagi Mai, cuma ais kepal Milo tu kecewa sikit dengan rasanya. Manisnya lebih kepada rasa susu pekat. Rasa Milo nya kurang. Mungkin pihak Warung Telaga boleh menambahbaik resepi ais kepal mereka lagi.

HOT: Makan-makan di Jim at Lubok, Restoran Cantik Makanan Sedap

Kalau anda ingin ke Warung Telaga, ia dibuka bermula dari jam 2:15 petang hingga 8:00 malam dan tutup pada Khamis dan Jumaat.

Warung Telaga


Senang saja nak cari lokasinya. Jika dan nampak Rumah Kanak-kanak Sultan Abdul Aziz, maknanya betullah tu. Dari Kuala Kangsar, lorong ke kedai tersebut berada di sebelah kiri. Tengok je papan tanda bertulis Warung Telaga, masuk terus ke lorong tersebut.


Apa pun, seronok menjamu selera di Warung Telaga dalam suasana kampung yang berdekatan dengan bendang. Rasa nyaman je. Kalau anda ke Kuala Kangsar, jangan lupa singgah di situ untuk menikmati makan petang ya.


Catat Ulasan

25 Ulasan

  1. Menariknyaaaa. bru tau even org perak hehhe. Eh kawan ain pun ada bukak kedai makn area2 situ jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yeke.. kawan ain jual apa tu? Nanti kongsilah dengan Mai. Boleh cuba makan kat situ ;)

      Padam
    2. Terima kasih banyak cik mai bagitau tempat ni, saya yang duk berpuluh tahun kat kuale, boleh idak perasaan tempat ni.

      Padam
  2. wah cantik nya warung.. makanan pon nmpak sedap2 je semua, done follow sini.. tak nampak nombo ke berapa followers..

    BalasPadam
  3. Cantik dan vintage warungnya.. sangat menarik..

    BalasPadam
  4. Cantik kedai makan nya, ala-ala klasik daat mengimbau kembali ke zaman dahulu sambil menikmati semua juadah hidangan yang ada oleh para pengunjung di sini. Kalau balik Utara dengan kereta bolehlah kot singgah one fine day nanti or if ada kerja sekitar sana. Thank you for the sharing sis.

    BalasPadam
  5. Menarik tmpat makan dekat snie sbb ada koleksi brg2 lama..insyallah kalu nd ke sana, nd singgah kdai nie..btw thanks for sharing

    BalasPadam
  6. selalunya g KK tu singgah sebab nak makan laksa yg sedap je. maklumlah, org luar, tahu yang 1 tu je la.hehe.ni dh tahu ada tmpt makanmenarik yg lain, boleh la cuba..

    BalasPadam
  7. Alamak dekat jugak ni. Bila2 bolehla gi kuale makan kat sini

    BalasPadam
  8. Ya allah mai..lamanya akak tak makan laksa..dah la fav akak laksa...eskrem2 ke apa akak x kisah sebab akak cut sugar...terus terbayang-bayang laksa dah ni...bestnya kalau dapat...

    BalasPadam
  9. sedap nampak laksa tu, decoration pun saya suka ala-ala vintage gitu. klasik. kalau ke kuala kangsar boleh singgah la ni insyaAllah sedap dan kena dengan taste

    BalasPadam
  10. Wah. Laksa sedap ni yeop. Haha. Jauh la pulak kuala kangsar dgn kl. Kedai ni ala2 antik gitu. Memang jual laksa je atau ada menu goreng2 lain sekali?

    BalasPadam
  11. Uwahhhhh restoren dah mcm muzium barang antik laaa. Cantik tempat dia utk amek gambar. Menu pun best juga tuuu. Kalau ke perak boleh laaa datang sini

    BalasPadam
  12. Kak ana pernah sekali je ke kuala kangsar. Nanti ada rezeki boleh lah singgah ke sini pula. Menu pun nampak best. Warung pulak klasik sangat.

    BalasPadam
  13. Semua menu yang ada kat warung ni nampak sedap dan menyelerakan. Dekorasi di warung pun nampak unik dan nostalgia sangat kan. Tak oernah lagi sampai sini.nanti sampai sini bolehlah singgah

    BalasPadam
  14. auch ipoh ! satu destinasi yang belum mek letak tarikh untuk pergi. kalau plan boleh ke sini juga.

    BalasPadam
  15. wuuuu kampung saya dekat perak ni, tapi tak pernah singgah pulak kedai ni, nnti lepas ni boleh la singgah thank youu

    BalasPadam
  16. Ais kepal!!! Lejen tuh... zaman sekolah dok beli ais kepal, letak sirap ros... kadang-kadang tu letak gula melaka... ya Allah hai, sedapnye laaaaa... teringat memori zaman kecik-kecik bila came across makanan dan minuman yang ada kat warung ni... hiasan pun nampak antik... thums up... nanti pergi ke Perak insyaAllah singgah...

    BalasPadam
  17. Unik betul Warung Telaga ni. Jarang kita dapat lihat barangan antik dipamerkan di kedai makan. Mesti best dan teruja kan.. Next time ke Kuala Kangsar boleh try singgah ni. Thanks for sharing!

    BalasPadam
  18. Menarik. Warung ni penuh dgn barang antik. In shaa Allah kalau ada urusan ke Kuala Kangsar akan singgah di warung ini. Teringat pulak masa tinggal dkt Kuala Kangsar dulu. Hehe

    BalasPadam
  19. Nampak warung ni santai je best ni kalau pergi petang dengan family sambil makan-makan kan. Sedap betul menu laksa, lekor cheese dgn milo kepal. terliur dah ni

    BalasPadam
  20. menariknya warung ni. nampak memoriable sangat. mesti menarik kalau nak ambik2 gmbar kt sini. maknan dia pon nampak not bad.

    BalasPadam
  21. Thanks for sharing this, I will definately stop by when I'm on my way to Kuala Kangsar because I am a big fan of laksa.

    BalasPadam
  22. unik betul susun atur warung ni...mmg menarik perhatian pengunjung utk singgah makan disini...nnti boleh ajak en suami singgah bila ke utara..thanks for infor

    BalasPadam
  23. macam menarik je untuk cuba..okey..nnti boleh singgah...

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)