Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Makan Sedap di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar Saji Menu Ala Carte dan Western


Baru-baru ini, Mai bersama keluarga makan malam di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar. Asalnya adik Mai, si ibu buyung mengidam nak makan Nasi Goreng Chicken Chop. Cari punya cari, maka jumpa restoran ini yang menyediakan menu tersebut.

Nasi goreng chicken chop


Pak Yop Cafe terletak di Chandan Puteri dan di tengah bandar Kuala Kangsar berdekatan dengan gerai murtabak cheese. Senang nak kenal restorannya, hitam dan merah menjadi warna tema restoran ini. Kedua-dua restoran tersebut berada di lot tepi bangunan. Terlupa pula nak ambil gambar depan restoran 😆

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar
Pak Yop Cafe Chandan Puteri

Kami memilih untuk makan di Chandan Puteri. Tempahan telah dibuat terlebih dahulu melalui Whatsapp sebelum kami ke restoran tersebut. Buat pesanan awal ni senang.. datang restoran nanti terus dihidang dengan makanan. Jimat masa kan hehe. Kalau nak pesan makanan di restoran pun boleh saja.

Ini antara menu yang ada di Pak Yop Cafe. ...

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar


Pak Yop Cafe Kuala Kangsar


Nak pesan apa ye? Pening juga tengok senarai menu ni. Bukan apa, banyak menu yang menarik sampai susah nak buat pilihan.

Akhirnya, Mai memilih Royal Burger. Daripada gambarnya nampak macam sedap je. Nak tahu juga bagaimana dengan rasanya. Kalori sah tinggi ni. Tapi sesekali nak juga merasa, tak salah kan hehe.

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar
Royal Burger

Mai sangat berpuas hati dengan Royal Burger. Apabila hidangan tiba di meja makan, fuhhhh... terus telan air liur tengok burger tinggi ini. Mujur tak ternganga je hihi. Meleleh-leleh keju dan mayonis. Mulanya Mai ingat burger ini biasa-biasa saja, rupanya tidak. Dua keping daging tebal dan dua keping telur goreng dengan sos cili, keju dan mayonis secukup rasa... sedap. Disertakan bersama kentang goreng. Memang kenyang.

burger cheese leleh
Daging tebal. Ada lagi satu di bawah tu

Minuman pula Mai bawa air masak dari rumah saja. Kalau ikutkan hati, mahu saja pesan minuman sedap seperti ice blended choc, boba milk tea.. tapi sebab dah pesan Royal Burger, risau tak muat perut je nanti hihi.

HOT: Sedapnya Ais Kepal Tok Abah Viral di Kuala Kangsar!

Ini pula Family Set A untuk 4 orang makan. Ada nasi putih, ikan siakap tiga rasa, tomyam campur, telur dadar, kangkung belacan dan daging masak merah. Set ini pilihan mak, abah dan dua orang adik. Sempat juga Mai rasa siakap tiga rasa tu, sedap.

siakap tiga rasa
Siakap Tiga Rasa

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar
Daging Masak Merah

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar
Telur Dadar

Nasi Goreng Chicken Chop, inilah yang dipesan oleh adik Mai, si ibu mengandung yang mengidam menu ini hehe. Nampaknya dia berpuas hati dengan rasa hidangannya. Lepas dah mengidamnya hehe. Portion besar, siap boleh kongsi makan lagi.

Pak Yop Cafe Kuala Kangsar
Nasi Goreng Chicken Chop

Nasi Goreng Kerabu pula dipesan oleh abang Mai. Dia kata sedap. Tengoklah nasi goreng kerabu tu, abang Mai yang kuat makan pun hampir mengalah untuk habiskannya haha.

nasi goreng kerabu
Nasi Goreng Kerabu

Secara keseluruhannya, dari segi makanan dan minumannya, kami berpuas hati dengan rasanya, sedap. Portion makanan juga boleh tahan banyak. Meja makan juga mencukupi untuk para pelanggan. Hiasan dalamannya cantik dan kemas. Yang paling penting, restorannya bersih.

Kalau anda singgah di Kuala Kangsar, jangan lupa singgah ke Pak Yop Cafe ini untuk mencuba pebagai menu yang disediakan. Nyumsssss


15 ulasan for "Makan Sedap di Pak Yop Cafe Kuala Kangsar "

  1. Adoi.. meleleh-leleh sos dekat burger tu.. mengancam..

    BalasPadam
  2. oerghh..menu dia..menyelerakan

    BalasPadam
  3. Mcm menarik makanan dia.. .
    Nmpk semua sedap2

    BalasPadam
  4. sedapnya menu dia. memang susah nak cari nasi goreng chicken chop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la kan.. mujur ada restoran ni hehe

      Padam
  5. Okay Mai. Thank you share. Akak kalau lalu Kuala mesti blur nak makan kat mana. Pasni boleh try Pak Yop Cafe pulak hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama ;) Kuala banyak juga tempat makan sedap

      Padam
  6. wahh boleh mengundang senyuman sebelum merasai hidangan dek kerana nama2 set makanan tuu..nnt kalau teman ke sana mau ler jugak teman nyinggah...

    BalasPadam
  7. sedap2 jer semua makanan dia :)
    done follow ~

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah sedap.. puas hati makan ;)

      Padam
  8. kalau ke Kuala Kangsar kira wajib singgah la ni

    BalasPadam