Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Puas Hati Tonton Filem Sangkar, Terbaik!

Review Filem Sangkar



Filem Sangkar memang terbaiklah! Mai sudah pun menonton filem ini pada hari ketiga tayangan iaitu pada 31 Ogos. Mujur dapat seat tengah. Fuhh.. penuh satu dewan. Seat paling depan juga penuh terisi. Hebat!

filem sangkar


Yang membuatkan orang ramai teringin sangat untuk menonton filem ini, pertamanya ia merupakan filem aksi. Filem aksi selalunya akan mendapat perhatian tinggi kerana ia tidak membosankan. Kedua, mungkin kerana ingin melihat gandingan serta keserasian pelakon Zul Ariffin, Remy Ishak dan Mira Filzah. Ketiga, sudah jatuh hati dengan trailer filem ini yang membuatkan penonton nak tahu jalan cerita penuh.

Bagi anda yang belum tahu, Sangkar merupakan sebuah filem aksi drama tentang komuniti sukan Mixed Martial Art (MMA) di Malaysia yang melalui pelbagai jenis cabaran dalam usaha mereka untuk memperbaiki keadaan hidup mereka yang lebih bagus menerusi sukan MMA ini. Sangkar adalah filem MMA pertama dalam Malaysia yang diarahkan oleh Kabir Bhatia.

Filem yang dilakonkan oleh Zul Ariffin (Adam Abdullah), Remy Ishak (Johan Kamaruddin) dan Mira Filzah (Lea), nampak keserasian antara mereka yang membuatkan ceritanya jadi bertambah menarik. Suka sangat dengan Zul Ariffin yang membawa watak Adam "The Ace" Abdullah, nampak bersahaja, nampak natural. Sangat sesuai dengannya. Cara bercakapnya, gelaknya, muka seriusnya, ganasnya... memang ngam.

Watak Reza (Nik Adam Mika) sebagai adik kepada Johan dan Lea serta Bob (Ray Era) kawan kepada Johan, menjadi penyeri kepada cerita ini. Kira ngam lah dengan watak-watak yang mereka bawa. Penampilan khas fighter MMA sebenar seperti Jihin Radzuan dan James McSweeney juga menaikkan lagi aura cerita ini.

Jalan ceritanya juga mudah difahami. Dari segi dialognya pula, ada diselitkan kata-kata nasihat, tentang agama Islam... kalau kita sendiri dengar pun, memang makan dalam.

Jom tonton tayangan perdana selama 20 minit yang dikongsikan di YouTube AstroShaw.


Macam mana? Baru tengok sikit dan rasa best kan?

Betul, filem Sangkar bukan sekadar pertarungan semata-mata. Banyak pengajaran yang menyentuh jiwa dan 'makan dalam' ditonjolkan. Ada tentang ujian, pengorbanan, kasih sayang, semangat setia kawan antara mereka. Daripada lawan, boleh jadi kawan sampai sanggup bantu yang dulunya menjadi lawan. Daripada jahat boleh berubah menjadi baik.

Antara pengajaran daripada filem Sangkar:
  • Nak hidup tenang, hati mesti dekat dengan Allah.
  • Ujian dan masalah yang datang, sebab Allah sayangkan hamba-Nya. Suruh mereka kembali dan sentiasa ingat kepada-Nya.
  • Sejahat manapun seseorang, dosa menggunung.. bertaubat itu sangat perlu. Kembali kepada Allah, baru nampak arah tuju hidup.
  • Jangan lari daripada hutang tapi urus hutang dengan sebaiknya.
  • Jangan mudah mengalah terhadap sesuatu ujian, selesaikannya sampai berjaya keluar daripada belenggu ujian itu.
  • Sesuatu perkara yang kita sudah mulakan, mesti sempurnakannya.
  • Meminta maaf itu lebih baik daripada berdendam.
  • Gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.
  • Sentiasa kenang budi dan ingat orang yang banyak bantu kita.
  • Nak ubah seseorang menjadi baik, kita sendiri kena tunjuk dan lakukan perkara baik.
  • Niat yang baik dan betul, pasti Allah akan bantu dalam perjuangannya.
Dan lain-lain lagi....

Bagi Mai, memang puas hati menonton. 9/10 Mai bagi untuk filem ini. Ada masa serius, ada masa boleh gelak dengan lawak mereka, ada masanya boleh menangis. Boleh pergi jauh la filem ini.

Rasa nak ulang tonton je filem Sangkar ni 😁 . Ada yang dah kali ketiga tonton tau haaa.. Tahniah kepada para pelakon dan team Sangkar. Terbaik! 

Kalau anda nak tahu jalan cerita filem ini, cepat-cepat beli tiket ye. Tonton sendiri di pawagam, baru puas hati. Cakap banyak tak guna, pergi beli tiket cepat ok 😆

* Apa yang Mai tulis ini adalah berdasarkan pandangan Mai, bukan orang lain. Citarasa masing-masing mungkin berbeza. Kalau anda rasa so so je, mungkin apa yang anda nak, tak jumpa dalam filem ini. Mungkin anda minat bertumbuk saja, perkara lain bagaikan tak penting 😁 


10 ulasan for "Puas Hati Tonton Filem Sangkar, Terbaik!"

  1. woww tinggi tu 9/10! kawan2 pun duk ajak tengok cerita ni..

    BalasPadam
  2. Rasanya cerita ni ok je la, nak kata tengok kali kedua tu takdela. Sebab zul dan remy bukan dari latarbelakang yang ada martial art, kita ketahui mereka berdua biasa berlakon dalam cerita cinta sebagai "hero" Tapi "hero" dalam filem genre martial art, setidaknya mesti ada sikit "ilmu" martial art. Baru aksi berlawan tu nampak macam tony jaa, van damme paling tidak pun macam eman manan berlawan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandangan masing-masing kan. Tulisan di atas ni pandangan saya. Saya bukan lihat dari satu sisi je iaitu part aksi. Part lain pun ok. Sebab banyak perkara yang ditonjolkan dalam filem ini ya. Keserasian mereka berlakon memang ngam, ada chemistry. Kira bagus la mereka ni

      Padam
  3. saya tengok trailer pun macam best. lagi2 tgk trailer yg mira filzah garang dan aksi bertumbuk tu mcm berdebar-debar bila tgk scene tu..insyaallah , nanti nak pi tengok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. best sangat hehe.. tengok jangan tak tengok

      Padam
  4. macam best ja..nanti saya nak tengok juga la...thanks sudi review filem ni

    BalasPadam
  5. Filem mesti kena tengok ni.

    BalasPadam