Resepi Ayam Masak Merah Mudah dan Sedap

Ayam Masak Merah Sedap


Sedapnya makan nasi panas dengan ayam masak merah. Boleh bertambah makan dibuatnya hehe. Menu ayam ini menjadi salah satu kegemaran Mai.

Yang penting cara menyediakan ayam masak merah adalah mudah. Asal ada bahan asas seperti bawang besar, bawang putih, halia, sos dan buah tomato.. jadilah ia. Kalau Mai, masak je guna apa saja bahan yang ada di rumah.

ayam masak merah


Cara memasak setiap orang berlainan kan. Ada yang suka guna banyak bahan untuk lebih rasa sedapnya. Resepi yang Mai kongsikan ini mudah je. 'Campak-campak' bahan dan siap hehe. Yang nak belajar masak tu, elok sangat cuba resepi senang ini.


Resepi Ayam Masak Merah


Bahan-bahan:

7 ketul ayam - atau mengikut kuantiti yang anda ingin masak
2 sudu besar cili kisar - boleh tambah lagi mengikut kepedasan masing-masing
1 biji bawang besar - ditumbuk
3 ulas bawang putih - ditumbuk
1 inci halia - ditumbuk
Sebiji tomato - dilenyek
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
Garam dan gula merah secukup rasa
1/2 biji bawang besar - dihiris bulat
Sedikit daun ketumbar - digaul
Air secukupnya untuk kuah

Cara menyediakannya:

1. Goreng ayam separuh masak. Ketepikan setelah siap.
2. Tumis bawang besar, bawang putih dan halia yang sudah ditumbuk sehingga harum.
3. Masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa.
4. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili dan tomato yang dilenyek. Kacau rata dan masukkan air secukupnya.
5. Masukkan ayam dan gaulkan.
6. Masukkan bawang besar yang dihiris bulat (ring), gaul sehingga sedikit layu. Kemudian masukkan sedikit daun ketumbar, gaul manja.
7. Siap dihidangkan.

* Kalau suka, and boleh tumis dengan rempah 4 sekawan.
* Kalau tak suka daun ketumbar, tidak perlu letak. Boleh gantikan dengan daun sup atau tak payah letak apa-apa.

Resepi sedap yang lain: Resepi Sup Sayur Campur Sihat dan Mudah


ayam masak merah

Senang je kan? Bolehlah makan dengan nasi putih, nasi minyak, nasi tomato, roti atau paling senang ratah je haha. Selamat mencuba ;)


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. sedapnya nii...kalo ada menu ni boleh bertambah-tambah nasi tanpa rasa bersalah..hahaha

    BalasPadam
  2. Nampak gmbaq pun telan air liur dah haha

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)