Sarapan Pagi yang Sihat Bantu Kurangkan Berat Badan
Cara Berkesan Kurangkan Berat Badan
Rasanya rata-rata ramai yang sudah tahu dengan kepentingan sarapan pagi bukan? Ruginya jika langkau waktu makan yang penting ini. Bagi Mai, setiap pagi sarapan wajib diambil. Kalau tak ambil, memang lain rasanya.
Gambar Freepik |
Yang paling Mai suka tentang pengambilan sarapan pagi adalah ia tidak membuatkan kita rasa lapar dan tidak memerlukan kita untuk makan berulang kali. Kalau ambil sarapan dengan portion yang betul dan cukup nutrisi dalam satu pinggan, InsyaAllah akan rasa kenyang yang lama. Tunggu makan tengah hari je nanti. Dapat elak untuk mengidam makan makanan tak sihat seperti jajan, keropok dan sebagainya.
Nak ambil makanan yang macam mana untuk sarapan pagi? Senang cerita, ambil je ikut portion suku-suku separuh. Suku karbohidrat, suku protein dan separuh buah-buahan dalam satu pinggan. Pinggan pula, jangan guna yang terlalu besar. Guna saiz yang biasa je. Sebaiknya pilih menu sihat berbanding masakan yang menggunakan kaedah menggoreng, berlemak dan manis.
Sedapkan ayam masak merah ni? Jangan terlebih ambil ye hehe |
Menu sarapan sihat yang paling mudah dan murah, roti telur goyang. Ambil dua keping roti wholemeal, sebiji telur ayam separuh masak serta buah kegemaran anda. Minumannya pula boleh pilih susu, teh O tanpa gula atau paling senang air masak. Waktu terbaik untuk ambil sarapan bermula dari jam 6.30 pagi hingga 8.00 pagi. Kalau rasa lapar dalam tempoh selepas ambil sarapan ke waktu makan tengah hari, boleh ambil snek dalam jam 10.30 hingga 11.00 pagi dengan makan tiga keping biskut krim kraker atau roti wholemeal dengan teh O tanpa gula atau segelas susu.
Roti telur goyang nyumsss |
Teringat pula proses Mai mengurangkan berat badan sebelum ini. Menu inilah yang Mai ambil untuk sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam. Kadang-kadang roti ditukar dengan segenggam nasi. Telur juga ditukar dengan ayam atau ikan dengan mempelbagaikan cara masakan sihat. Tiada pun rasa jemu atau rasa nak muntah heee. Alhamdulillah memang menjadi, seronok apabila BMI dah normal sekarang ini.
Kenapa ambil roti wholemeal? Glysemic Index (G1) roti jenis ini adalah lebih rendah berbanding roti putih. Roti ini juga mengenyangkan. Kalau tak percaya, boleh cuba ya hehe. Salah satu contoh jenama roti yang wholemeal adalah Gardenia, pilih plastik hijau. Plastik ungu pun boleh juga.
Kalau anda jenis yang tak biasa ambil sarapan pagi, cuba juga untuk ambilnya. Banyak kebaikan untuk kesihatan diri ya. Jangan beri alasan dengan berkata tidak sempat menyediakannya.
Untuk dapat lebih maklumat tentang cara pemakanan seimbang dan sihat, anda boleh muat turun Kuliah 13: Diabetes (Pengawalan Pemakanan untuk Pesakit Diabetes).
Sementara masih merasa nikmat sihat, jaga kesihatan sebaiknya. Jangan salahkan perkara lain kalau diri sendiri yang mengabaikan makan minum yang sihat dan malas bersenam. Jika kesihatan terjaga, hidup pun jadi lebih ceria dengan orang sekeliling.
Kalau tak sarapan, lemau je rasa.. selalu sarapan dengan nasi putih terus.. hehehe
BalasPadamSamalah dengan saya, rasa kurang bertenaga. Boleh juga tu, yang penting ambil dengan portion yang betul ;)
Padamgood sharing
BalasPadamTerima kasih ;)
PadamGood sharing. Rabia biasanya goreng telur mata lembu utk sarapan pagi
BalasPadamOk juga tu ;)
Padamwahh kagumnyaaa sarapan kak maiii! kalau kc idok le hahaha.
BalasPadamroti wholemeal ada banyak jenis kan. mana satu yang lebih baik eh?
KC boleh try yang ni. GI pun pun rendah daripada roti putih biasa
Padam