Biskut Oat Cip Coklat Buat Sendiri





Biskut Oat Choc Chip Sedap


Biskut Oat Cip Coklat | Sedapnya biskut chocolate chip! Mai suka buat sendiri je sebab tahu bahan-bahan yang digunakan dan boleh adjust rasa manis. Yang penting mengikut citarasa Mai sendiri hehe.

Bulan lepas, Mai demam beberapa hari. Kalau demam, macam-macam makanan nak rasa. Termasuklah biskut chocolate chip yang selalu Mai buat untuk raya. Guna bahan apa yang ada di rumah saja. Tapi chocolate chip pula kurang 100 gram. Alamak.. nak campur dengan apa ni? Stok kismis pun tiada.

Nampak pula rolled oat dalam balang. Maka, Mai tambah rolled oat sebab ini saja yang ada banyak. 70 gram diletakkan dalam adunan biskut ini. Sedap juga hasilnya. Rangup-rangup je gigit rolled oat. Resepi yang Mai guna ini sama dengan resepi Resepi Biskut Chocolate Chip yang selalu dibuat kebiasaannya.

biskut oat cip coklat
Biskut Oat Cip Coklat


Resepi Biskut Oat Cip Coklat


Bahan-bahan:

250 gram mentega (guna Buttercup pun boleh)
220 gram gula perang
3 biji telur kuning
1 sudu teh esen vanila
350 gram tepung gandum
1/2 sudu teh garam
70 gram rolled oat
100 gram cip coklat

Cara membuatnya:

1. Panaskan oven pada suhu 175 ⁰C.
2. Pukul mentega dan gula perang hingga lembut.
3. Masukkan telur kuning perlahan-lahan kemudian masukkan esen vanila.
4. Masukkan garam, tepung dan cip coklat. Gaul dengan kaedah kaup balik sehingga sebati.
5. Rehatkan doh dalam peti sejuk selama sejam.
6. Kepalkan doh atau guna sudu, kemudian letak doh di atas dulang pembakar.
7. Bakar selama 175 ⁰C dalam 10-15 minit (mengikut oven masing-masing dan mengikut saiz yang dibentuk).
8. Biarkan sejuk seketika kemudian simpan dalam bekas kedap udara.

Saiz adunan atas dulang pembakar, Mai guna ukuran setengah sudu teh untuk scoop adunan.

biskut oat cip coklat

Satu adunan ini boleh tahan banyak hasilnya. Puas hati dapat buat sendiri biskut kegemaran ni. Resepi biskut oat chocolate chip ini InsyaAllah tidak akan membuatkan biskut mengembang setalam apabila dibakar. Sudah banyak kali Mai buat dan hasilnya masih sama.

biskut oat cip coklat

Untuk membakar biskut, kena rajin buat eksperimen suhu. Sebelum letak banyak doh di atas dulang pembakar, cuba letak sedikit dulu supaya dapat mengetahui suhu yang sesuai untuk biskut itu masak dengan sempurna tanpa hangus atau terlalu lembut. Suhu juga mengikut saiz biskut yang anda nak buat.

biskut oat cip coklat

Senang je kan buat biskut ini? Cuba jangan tak cuba ya 😉


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Macam senang tapi memang nampak senang, nak cubalah nanti..boleh buat makan sambil nengok Netflix...

    BalasPadam
  2. Thank you for sharing recipe..kalau ada masa, nak try buat jugklah biskut nie..boleh makan petang2 dgn family..

    BalasPadam
  3. cantik kejadian biskut tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah menjadi guna resepi ni ;)

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)