Chor Char Koey Teow Kuala Kangsar Sedap!





Char Koey Teow Sedap di Kuala Kangsar



Nak makan di mana bila sampai di Kuala Kangsar? Kalau bab makanan jangan risau. Banyak tempat makan sedap di Kuala Kangsar tau. Masakan panas, makanan barat, laksa, cendol, ais kepal dan lain-lain lagi.. semua ada. Nak char koey teow pun ada. Pergi saja ke Chor Char Koey Teow untuk menikmatinya.

Emmm.. sedapnya! Tak menyesal Mai pilih tempat makan ini. Sudah menjadi kegemaran Mai char koey teow yang dilapik dengan daun pisang ini. Yang penting, harganya berpatutan. Bukan hanya menyediakan menu char koey teow sahaja, beberapa menu makanan barat juga ada.

Di bawah ini adalah char koey teow special yang Mai pesan. Wow, besar portion nya! Kuah dan udang pun banyak. Boleh makan dua orang ni. Tapi Mai boleh habiskan seorang je sepinggan penuh ini. Tak sangka betul 😁

Chor Char Koey Teow
Char koey teow special

Ini pula yang dipesan oleh mak dan abah, char koey teow udang, portion biasa. Kelihatan udang di sebalik koey teow yang berkuah itu. Nyumssss. Secukup rasa!

Char Koey Teow Kuala Kangsar
Char koey teow udang

Itu adalah antara menu meletop di Chor Char Koey Teow. Antara menu lain yang sering mendapat permintaan pelanggan seperti yang diberitahu di Facebooknya:

  • Char koey teow kerang
  • Lamb chop
  • Chicken chop
  • Char koey teow ayam grill
  • Char koey teow meatball
  • Char koey teow kambing grill
  • Tauhu bakar special


Ok, lepas ini Mai nak mencuba char koey teow kambing grill. Dengar nama pun dah boleh rasa kesedapannya heee. Bagi sesiapa yang tidak berapa gemar char koey teow, mereka juga ada menyediakan koey teow goreng biasa atau anda boleh saja memesan beberapa menu makanan barat yang ada seperti chicken chop, meatball cheese, lamb chop dan lain-lain lagi.

Baru-baru ini, Mai makan-makan di situ lagi bersama keluarga. Kali ini Mai memesan Meatball Cheese pula. Saja nak merasa. Boleh tahan rasanya, sedap. Ada lapan ketul bebola daging dengan keju cheddar di atasnya, dilimpahi dengan sos lada hitam buatan sendiri. Kentang goreng, kacang panggang, salad serta coleslaw juga disertakan bersama dalam satu hidangan. Alhamdulillah, kenyang betul dibuatnya hehe.

makan sedap di Kuala Kangsar
Meatball Cheese

Kedainya selesa dengan hiasan yang menarik. Kaki mesin jahit lama juga ada digunakan sebagai kaki meja. Nampak klasik gitu. Makanan juga cepat sampai. 

Chor Char Koey Teow adalah gerai char koey teow terkenal di Kuala Kangsar. Gerainya terletak berdekatan stesen minyak BHPetrol. Senang dicari gerainya. Lihat saja papan tanda merah hitam yang bertulis Chor Char Koey Teow.

Selain di Kuala Kangsar, Chor Char Koey Teow juga ada di Sungai Siput yang terletak di bangunan Arked Mara Sungai Siput, bersebelahan restoran KFC. Pada anda yang berada di Ipoh, mereka juga menyediakan trak makanan di Taman Meru.

Chor Char Koey Teow
Gambar dari Facebook Moghammer Lulu

Kalau anda berada di Perak, jangan lupa singgah di Chor Char Koey Teow untuk merasa pelbagai hidangan di kedai makan ini ya. Selamat mencuba 😉


Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Saya tergoda dengan meatball cheese tu. Kenapa la jauh sangat tempat nya. Anak2 pun suka char kor teow.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehe.. takpe, kalau datang Perak nanti jangan lupa datang sini ye ;)

      Padam
  2. Wah... nampak sedap. Bilalah nak balik kg ni. Nak singgah kat tempat tu. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedap.. Nanti balik kampung singgah sini tau heee

      Padam
  3. Mai..orang kuala ke?sama la kita..hehe..boleh la cuba ni time balik kg bebila...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye orang Kuale hehe. Boleh sangat tu hehe

      Padam
  4. baru tau walaupun org Kuala ni - harus terjah cuti nanti

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)