Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Di Mana Sisi Baik Rokok, Rokok Elektronik dan Vape?

Rokok, Rokok Elektronik dan Vape


Rokok, rokok elektronik (eCig) dan vape, fungsinya sama iaitu hisap dan hembus. Rokok mengeluarkan asap manakala rokok elektronik dan vape mengeluarkan wap air dengan harumannya tersendiri. Nampak seperti vape tidak memberi kesan buruk kepada penggunanya kerana hanya wap air yang terhasil tanpa bau kurang menyenangkan, bukan?

rokok elektronik, vape


Mungkin disebabkan itu, penjualan rokok elektronik dan vape semakin berleluasa dalam pasaran Malaysia. Penghisap rokok tegar kata, mereka menjadikan rokok elektronik dan vape sebagai alternatif untuk mengurangkan ketagihan seterusnya berhenti merokok. Mungkin itu adalah tujuan asalnya.

Sejauh mana ia mampu mengekang ketagihan, hanya mereka yang terlibat saja yang tahu. Kena ingat, rokok elektronik juga mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan dan boleh merosakkan otak ye. Vape pula, walaupun tidak mengandungi nikotin, bahan-bahan yang lain juga bahaya kepada kesihatan.

Agak-agak apa kandungan yang digunakan dalam flavor ya? Adakah air dan perisa semata-mata? Kalau itu saja yang terkandung, bagaimana boleh ketagih dengannya?  Kalau anda nak mengetahui lebih lanjut tentangnya, boleh baca di Vape / Rokok Elektronik bukan sekadar wap air.

Lebih membimbangkan, semakin ramai remaja yang menjadi pengguna rokok elektronik dan vape. Jika ini yang sudah terjadi, apakah alasan menggunakannya untuk berhenti merokok masih boleh digunakan? Semuanya kerana pengaruh kuat daripada sekeliling.

remaja merokok

Rokok pula, umum mengetahui ia sememangnya membahayakan kesihatan. Bukan saja kepada yang menghisapnya tetapi juga memberi kesan buruk kepada orang sekeliling mereka. Sudahlah bahaya, merugikan pengguna, bau asapnya juga busuk. Boleh pening kepala dibuatnya jika terhidu. Aduh...

Mai paling tak suka dengan perokok dan penghisap vape yang selamba menghembus di tempat awam yang ramai orang. Contohnya, di kedai makan. Selepas makan, mungkin sudah menjadi kebiasaan mereka yang ketagihannya pasti akan merokok. Si penghisap vape pula ada yang ingin menunjuk-nunjuk kepulan wap yang keluar. Aduh... rimasnya! Potong selera makan je.

Sekarang ini, ramai doktor 'bersuara' di pelbagai media sosial tentang bahaya rokok dan vape. Ini bukan perkara kecil untuk perokok dan penghisap vape kerana ia juga melibatkan orang sekeliling yang tidak menghisapnya. Kalau sendiri hisap dan sendiri telan asap dan wap, itu tidak mengapa.

Mai sangat bersetuju dengan nasihat dan kata-kata doktor tentang bahaya rokok, rokok elektronik dan vape. Kalau betul perokok tegar mahu berhenti merokok, pergi terus ke klinik berhenti merokok di mana-mana hospital atau klinik kesihatan berhampiran. Berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan serta nasihat yang sepatutnya, ini lebih bagus. Kesihatan juga semakin baik dan terjaga. Boleh jimat berganda-ganda daripada membeli rokok elektronik dan vape.

kesan berhenti merokok


Tetapi ramai 'bani hembus' ini membantah kata-kata doktor. Geram pula rasanya. Ada saja alasan yang diberikan. Asyik menegakkan benang yang basah saja. Walhal mereka hanya mahu mengaut keuntungan saja. Yang sudah ketagih, semakin cinta kepadanya. Yelah, apabila selebriti terkenal juga turut menjadi penjual rokok elektronik dan vape, semakin kuatlah pengaruhnya.

Ya, bukan senang nak mengakis ketagihan merokok. Ia bagaikan sudah sebati dengan diri. Semakin lama mengambilnya, semakin 'sayang' kepadanya. Tapi, tolonglah... tolong ingat bahawa dunia ini bukan milik anda seorang yang anda boleh hembus di mana-mana sesuka hati. Jangan ajak orang lain turut sama jadi perokok pasif.

perokok pasif


Kesimpulannya, tiada satu pun yang sisi baik rokok, rokok elektronik dan vape. Ingat, merokok bukan penghilang stress. Merokok cuma membahayakan kesihatan saja. Yang haram tetap haram. Sama-sama ajak dan nasihat perokok untuk berhenti merokok, yang pastinya dengan saluran yang betul.


berhenti merokok



6 ulasan for "Di Mana Sisi Baik Rokok, Rokok Elektronik dan Vape?"

  1. Kesannya bukan sekadar pada diri sendiri tapi pada orang sekeliling juga..

    BalasPadam
  2. Saya perhatikan memang ada orang nak berhenti rokok pergi hisap vape. Itu belum lagi orang yang dah hisap vape tapi masih hisap rokok.

    Geng hembus ni memang payah kita nak nasihat sebab macam-macam alasan dorang bagi. Orang kalau dah ketagih memang susahlah.

    Kita sebagai orang yang tak hisap rokok atau vape kena tunjukkan tak suka dorang "berasap" dekat dengan kita. Contohnya tepis asap dan jauhkan diri atau suruh je dorang hisap jauh-jauh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Kalau saya, tutup hidung terus dan cakap 'busuk'. Tak tahan betul dengan asap-asap ni.

      Padam