Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Berkesan Merawat Masalah Kulit Wajah

Serum Dr. Beau Merawat Kulit Berjerawat, Jeragat dan Kulit Kusam


Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Serum | Wajah menjadi perkara pertama yang dilihat apabila bertentang mata dengan seseorang. Yalah, nak berbicara mestilah mahu tengok muka kan? Tapi kadang kala keyakinan seseorang berkurang apabila ada sesuatu yang mengganggu pada kulit muka seperti jerawat dan jeragat.

Alamak! Nak buat apa dengan jerawat ni? Apa pun masalah yang ada, pasti ada penyelesaiannya. Baru-baru ini Mai diperkenalkan dengan satu produk yang mampu merawat jerawat, jeragat dan masalah lain pada kulit wajah iaitu Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Serum. Fuhhh.. lega rasanya ada serum ini.

serum Dr. Beau


Satu bekas bertutup tersebut mengandungi 30 gel lembut yang mengandungi serum minyak. Ia memang sesuai digunakan pada kulit berjerawat kerana ia membantu mengurangkan minyak pada muka seterusnya akan menghilangkan jerawat. Masalah kulit seperti jeragat dan kulit kusam juga dapat dirawat dengan penggunaan serum ini secara berterusan.

Bukan itu saja, masalah kulit yang lain seperti lebam bawah mata, kulit berminyak dan sensitif, kulit kering, kedutan dan penuaan, pori terbuka, ekzema dan masalah biji kolesterol juga dapat dirawat dengan bantuan serum Dr. Beau. Parut juga tidak terkecuali.

serum Dr. Beau


Minyak ini bukan sebarang minyak ya. Serum Dr Beau mengandungi beberapa bahan yang bagus dengan fungsi yang tersendiri untuk kulit. Antara kandungannya...
  • Vitamin E yang merawat kulit.
  • Moroccan Argan Oil yang sesuai untuk semua jenis kulit akan mengawal lebihan minyak pada kulit dan bagus untuk kulit kering.
  • Rosehip Oil yang melembutkan, melembabkan dan menjaga kesihatan kulit.
  • Almond Oil pula merawat set kulit mati dan menghilangkan kedutan pada kulit muka.
  • Apricot Kernel Oil yang ringan dan menyerap dengan cepat berfungsi sebagai pelembap yang baik terutamanya untuk kulit yang sensitif. Ia kaya dengan vitamin A, C dan E yang melindungi kulit daripada tanda-tanda penuaan dan kerosakan daripada sinar UV.
  • Evening Primrose Oil mengandungi asid lemak Omega-3 yang sangat bagus untuk kulit sensitif dan ia memastikan kulit sentiasa segar dan selesa. 
  • Wheat Germ Oil pula adalah salah satu sumber terkaya vitamin E, A dan D, protein dan mineral.

Wah, banyak bahan-bahan yang bagus digunakan! Disebabkan itu, Mai mahu mencuba serum ini untuk masalah lebam bawah mata dan pori terbuka. Sudah hampir dua minggu Mai menggunakan serum ini. Setakat ini, Mai tiada masalah sepanjang penggunaan serum ini. Perubahan positif juga dirasai. Nampak pori makin mengecil.

Sebelum Mai mula menggunakan serum Dr. Beau, risau juga jika ia menjadikan kulit muka terlalu berminyak kerana kulit Mai adalah jenis normal. Setelah disapu pada kulit muka, rasa teruja dengannya. Tidak melekit seperti kebanyakan minyak. Ia cepat menyerap ke dalam kulit. Kalau sentuh kulit muka selepas sapu serum, memang dapat rasa ia cepat menyerap. Seperti tidak menggunakan serum saja. Kulit juga terasa lembut.

serum untuk jeragat

Kalau nak lebih berkesan, selepas sapu serum pada muka, biarkan ia diserap kulit seketika, kemudian pakai sunblock. Selepas itu, bolehlah memulakan langkah mekap anda. Kalau Mai, selepas pakai sunblock, cukup pakai bedak kompak saja hehe.

Mai sendiri sudah cuba, selepas menggunakan serum Dr. Beau dan sunblock, mekap tahan lama jadinya. Yang bagusnya tidak berminyak dan melekit walaupun berjam lamanya.


Kelebihan Serum Dr Beau Pure Natural Skin Oil
  • Sangat sesuai untuk wanita Asia
  • Meresap ke dalam kulit dengan pantas
  • Berbau harum semulajadi
  • Tidak melekit
  • Rasa segar dan nyaman
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Cara Menggunakan Serum Dr. Beau

1. Bersihkan wajah
2. Tarik hujung gel dan titis pada dahi, pipi dan dagu
3. Sapu rata di seluruh wajah dan batas leher sehingga meresap.

Sebaiknya serum ini digunakan pada waktu pagi dan malam.

Pantang Penggunaan

Jangan skip penggunaan sehingga berkesan.
Cuci tangan dan muka sebelum sapuan Dr. Beau dilakukan.

Kesan serum Dr. Beau dapat dirasai seawal 24 jam. Kesannya mengikut masalah kulit yang dihadapi. Setelah disapu pada kulit berjerawat, jerawat akan mengering selepas 24 jam. Selepas 7 hari penggunaan serum, parut semakin pudar. Hari ke 21, kulit menjadi sekata.


Kalau anda nak tahu, ramai pengguna serum Dr. Beau telah memberi maklum balas positif. Antaranya:

serum untuk jeragat

serum untuk jerawat


kulit flawless

serum untuk ekzema

 ... dan lain-lain lagi maklum balas positif pengguna tentang serum Dr. Beau ini. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman pengguna yang lain, anda boleh ke Facebook atau Instagram Dr. Beau.


Kulit wajah yang licin dengan tona kulit yang sekata menjadi idaman setiap wanita. Untuk mendapatkannya, kulit mestilah sihat kan? Jangan susah hati, cuba dulu serum Dr. Beau ini untuk dapat kulit yang sihat dan dapat pelbagai manfaat daripada serum tersebut.

Kalau anda ingin mendapatkan maklumat lanjut tentang serum Dr. Beau atau ingin membelinya, lawati saja laman di bawah ini...

Laman web: teja.com.my
Facebook Dr. Beau
Instagram Dr. Beau
YouTube Dr. Beau
Nombor telefon untuk dihubungi : 016 963 3443


22 ulasan for "Dr. Beau Pure Natural Skin Oil Berkesan Merawat Masalah Kulit Wajah"

  1. mudah nak menggunakan serum dia..

    BalasPadam
  2. Akak tengah consume serum ni...best sangat..bau pun wangi jer..the best part dia cepat meresap..yg penting lulus KKM kan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya.. rasa selesa gunakan serum ni sebab tak melekit

      Padam
  3. sebenarnya nisa rasa bagus dia buat serum dalam bentuk kapsul macam tu supaya kita boleh bajet berapa lama tahan sekali beli. kalau botol pump asyik bazir je pump banyak2 kan. lepas tu hygiene purpose.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. lagi, satu kapsul tu cukup sukatannya untuk satu muka sekali guna

      Padam
  4. Wow! Testimoni dia nampak meyakinkan betul! Cara nak menggunakannya pun mudah je. Bolehlah nanti nak suggestkan pada kawan-kawan atau famili mana tahu bermanfaat pada mereka kan. :D

    BalasPadam
  5. Looks like a great product for many skin problems. Loved the fact that it's made from all natural ingredients too!

    BalasPadam
  6. Menarik sangat produk ni. Bagus sangatlah kalau lelaki perempuan boleh guna kan. nanti boleh la cuba. mana tahu sesuai untuk rawat masalah kita.

    BalasPadam
  7. Serum memang Salah satu produk wajib kena pakai setiap hari selain pencuci wajah. Comel betul serum dia dah macam hair vitamin. Boleh lah lia nak Cuba brand ni next time

    BalasPadam
  8. mek pun dah cuba and still on going pakai ni. memang elok dengan skin. cantik bila pakai foundation.

    BalasPadam
  9. syok tengok perubahan ketara tu

    BalasPadam
  10. Macam best je serum nie. Dalam usia sebegini, Rawlins memang memerlukan memacam bantuan agar dapat mengekalkan rupa dan kesihatan wajah kan.

    BalasPadam
  11. look nice their packaging. simple and easy. just drop at your face. teringin jugak nak pakai. mana tahu jeragat2 lama boleh hilang kan. dalam 21 hari ye kesan dia

    BalasPadam
  12. bila tak pakai serum ni, macam2 lah benda nak jadi dekat muka kita ni. stress...

    BalasPadam
  13. Ena suka serum sebab lebh cepat meresap berbanding krim. Bagus produk ni banyak kandungan vitamin di dalamnya. Tengok testimoni pon nampak perubahan dan berkesan kpd kulit mereka.

    BalasPadam
  14. Comelnya tengok product ni... kecik je tapi sungguh powerful ya... memang nampak la perubahan kat Maisarah... saya pun dah teruja nak cuba ni sebab dah rasa macam bulan dah ni... walaupun ala-ala jerawat pasir tapi tak besttttt... kannnn... wil ldefinitely try this out...

    BalasPadam
  15. Nampak menarik serum ni. Tgok testimoni pun meyakinkan. Bolehlah saya share dengan familyy nnti pasal serum ni.

    BalasPadam
  16. Ada produk serum yang bagus dan juga menggunakan bahan selamat dan sihat ini yang penting hehehe kita orang lelaki pun nak try guna juga boleh kan wakakakaka..

    BalasPadam
  17. nad dah pakai..memag ebst tau produk ni..dia nampak berminyak tapi bila sapu dekat muak terus serap..takde berminyak..nanti nak restock semula

    BalasPadam
  18. Sukalah dengan serum ni. Nampak praktikal sangat kalau nak bawa ke mana2 sahaja. Dlm usia mcm ni mmgnkena selalu pakai serum

    BalasPadam
  19. Kita suka serum jenis dalam kapsul macam ni, sebab dia lagi terjaga dari segi kebersihan dia. Takdelah terdedah kepada udara dan risiko tercemar tiap kali kita buka untuk pakai.

    BalasPadam