Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gincu Legend Age Merawat Bibir Kering, Bergaris dan Merekah

Bibir Sihat dan Segar dengan Gincu Legend Age


Bibir yang sihat menjadi idaman setiap orang. Ia bagaikan menambah seri pada wajah. Bila melihat wajah sendiri dengan bibir yang kusam, rasa seperti tidak kena pada wajah bukan? Kalau wanita, boleh juga menutupnya dengan memakai gincu pelbagai warna. Bagaimana pula dengan bibir kaum lelaki? Takkan nak pakai begitu pula kan, pelik je hehe. Maka, gincu ikut warna darah Legend Age adalah penyelamat kepada masalah tersebut.

lipstick Legend Age


Mai suka sangat dengan hasil gincu Legend Age ini. Mudah disapu, sekali oles pada bibir, terus terasa kesannya. Bibir juga rasa lebih lembap dan segar. Rasa lembapnya juga tahan lama. Nampak cepat bibir bertukar warna kepada yang lebih cerah. Ia sangat sesuai untuk digunakan dalam apa jua keadaan dan cuaca.

Gambar di bawah ini adalah bibir Mai sendiri, atas sebelum dan bawah selepas penggunaan gincu Legend Age.

lip balm bertukar warna


Gincu Legend Age produk Singapura ini bukan sebarang gincu. Ia berfungsi 4 dalam 1. Antaranya, boleh digunakan sebagai pelembap bibir, gincu warna semulajadi, sebagai topeng bibir untuk menghidrat dan pelindung matahari dengan SPF untuk bibir. Wah, warna semulajadi tu! Sesuai sangatlah untuk lelaki menggunakannya. Bibir pun jadi lebih sihat. Tak perlu risau kalau bibir gelap dan kusam.

Tidak seperti gincu biasa, gincu Legend Age Healthy Cherry ini meningkatkan warna semulajadi bibir mengikut keadaan badan setiap orang.

Anthocyanin dan zat besi yang diekstrak daripada ceri boleh diserap dengan mudah oleh kulit bibir, menyebabkan warna bibir berubah bergantung pada suhu kulit, peredaran darah dan nilai pH. Warna merah gelap menunjukkan bahawa tubuh seseorang adalah berasid manakala merah jambu menunjukkan bahawa tubuh seseorang adalah alkali.

Ada sesetengah individu tidak tahan dengan perubahan cuaca panas dan sejuk yang kerap. Mungkin juga tidak tahan dengan suhu pendingin hawa di tempat kerja atau suhu tinggi apabila bekerja di luar. Keadaan ini mungkin akan membuatkan bibir kering, mengelupas atau sebagainya. Geram juga bila jadi masalah begini kan? Jadi, untuk mengelakkannya terjadi, oles saja gincu Legend Age.

lip balm bertukar warna

Masalah bibir yang lain seperti bibir gelap, bertompok dan bergaris juga membuatkan seseorang rasa tidak selesa dengan keadaan tersebut. Nak sapu gincu berwarna pun, garis-garis kasar pada bibir boleh nampak ketara. Cara mudah untuk merawat masalah ini, semestinya dengan gincu Legend Age.

Kadang kala Mai juga menghadapi masalah bibir kering dan bergaris. Syukur sudah jumpa penyelesaiannya 😊 Zup zap guna Legend Age, bibir pun jadi sihat.

Sebelum menggunakan gincu Legend Age ini, Mai ambil tahu dulu bahan-bahan yang digunakan dalam gincu ini dengan bertanya kepada pihak mereka di Facebook. Risau juga kalau ia mengandungi bahan yang tidak sepatutnya. Mereka memberitahu bahawa, ia tidak mengandungi segala yang berkaitan dengan babi seperti daging atau lemaknya. Yang penting, bahan-bahan utama yang digunakan adalah daripada sumber berkualiti.

Ini adalah bahan-bahan utama yang terkandung dalam gincu Legend Age serta serba sedikit fungsinya:

  1. Esen daripada West Indian Cherry - meningkatkan peredaran darah di bibir, mencerahkan bibir dan menghasilkan warna yang hebat.
  2. Beeswax - berfungsi seperti balsem bibir kerana kesan pelembapnya, keupayaan untuk mencegah kekeringan, mengurangkan keretakan dan garis bibir, memperbaiki bibir yang rosak, dan membantu mengubati keradangan bibir.
  3. Minyak Vitamin E: mengekalkan kelembapan, menghalang pigmentasi, mengurangkan garis halus pada bibir, dan menghalang penuaan pramatang.
  4. Titanium Oksida: memantapkan pantulan sinaran UV dengan berkesan, mengurangkan kerosakan akibat kesan cahaya matahari, mencerahkan dan melindungi kulit bibir.


Kalau anda nak tahu, bahan-bahan yang digunakan dalam gincu Legend Age tidak mengandungi pigmen buatan, plumbum dan merkuri. Oleh itu, ia selamat untuk digunakan. Untuk mendapatkan lebih kepastian, anda boleh membuat semakan sijil kelulusan FDA Singapura mereka.

gincu selamat untuk wanita hamil

Adakah wanita hamil selamat menggunakan gincu Legend Ace?

Ya, kanak-kanak juga boleh menggunakannya.

Risau juga dengan penggunaan produk kosmetik ketika hamil, takut ia mengandungi bahan kimia yang berpotensi berbahaya yang dapat diserap oleh tubuh kita dan memberi kesan kepada bayi yang belum lahir dan kesihatan kita juga. Tak perlu ragu-ragu, Legend Age adalah selamat untuk penggunaan semasa hamil dan juga untuk kanak-kanak dengan bibir kering.

Balsem bibir untuk lelaki

Oleh kerana Legend Age memberikan setiap individu warna yang unik, ia sesuai untuk lelaki yang menghadapi masalah bibir kering, bibir retak dan pecah. Mereka boleh menggunakan Legend Age sebagai pelembap bibir untuk faedah kesihatan. Nah... lelaki pun boleh guna tau.



Seronoknya bila dah jumpa penyelesaian kepada masalah bibir kan? Gincu Legend Age sudah menjadi pilihan hati 😉 Kalau anda nak tahu lebih lanjut atau berminat untuk mendapatkan gincu ini, boleh ke laman web mereka seperti di bawah ini:

Legend Age Singapore  | Legend Age Malaysia | Legend Age (Worldwide)


Catat Ulasan for "Gincu Legend Age Merawat Bibir Kering, Bergaris dan Merekah"