Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

HONOR Band 5, Fitness Tracker Wristband Pilihan Hati

HONOR Band 5

Bersenam sememangnya bagus untuk kesihatan tubuh badan. Lagi bagus kalau kita dapat mengetahui berapa kalori yang dibakar selepas aktiviti bersenam bukan? Disebabkan itu, Mai mengambil keputusan untuk membeli HONOR Band 5, salah satu fitness tracker daripada jenama HONOR.

HONOR Band 5


Sebab utama Mai membelinya adalah untuk memudahkan pergerakan ketika berjogging atau membuat sebarang aktiviti yang melibatkan apa saja pergerakan. Sebelum ini Mai akan membawa telefon pintar bersama ketika berjogging sebagai fitness tracker, tapi terasa berat dan kurang selesa pula. Jadi, fikir punya fikir, dengan menggunakan fitness tracker wristband dapat menyelesaikan masalah tersebut.

Beberapa kali buat perbandingan antara beberapa produk, akhirnya HONOR Band 5 dipilih. Ia didatangkan dengan tiga warna tali iaitu hitam, biru gelap dan merah jambu. Nyaris terbeli warna merah jambu, akhirnya warna hitam menjadi pilihan hehe. Macam-macam Mai fikir, kalau guna tali warna terang.. cepat kotor dan comot. Maka yang hitam dipilih, tambahan pula ia padan dengan semua warna pakaian. Nak pakai band ini pada bila-bila masa pun boleh.

HONOR Band 5
HONOR Band 5 dan pengecasnya

Ada banyak jenama fitness tracker wristband tapi kenapa beli HONOR Band 5?

Pertama, Mai memilihnya kerana Mai sendiri pengguna telefon pintar HONOR. Kira macam senang kerja lah apabila sama jenama ini kan hehe. Aplikasi Huawei Health juga telah tersedia dalam telefon. Kalau anda nak tahu, HONOR adalah jenama di bawah Huawei. Tapi jangan risau, pengguna telefon pintar jenama lain juga boleh menggunakan fitness tracker ini.

Kedua, Mai tertarik dengan paparan sentuh AMOLED yang besar serta berwarna-warni. Paparan pertamanya juga boleh menggunakan pelbagai Watch Face (macam latar belakang) yang berwarni-warni. Terdapat pelbagai watch faces disediakan untuk dimuat turun dan terus digunakan. Bagi peminat kucing, gambar kucing pun ada tau. Tidak bosan melihatnya.

HONOR Band 5
Beberapa contoh Watch Face

Yang menariknya, fungsi HONOR Band 5. Ia memantau dan memaparkan data seperti kadar denyutan jantung, masa latihan, jarak, kekerapan langkah, kelajuan, kalori dan hasil aerobik / anaerobik untuk pelan senaman yang lebih mendalam. Ia boleh digunakan untuk pelbagai fungsi sukan seperti aktiviti larian dalaman dan luar, berjalan kaki di dalam dan luar, berbasikal di dalam dan luar, berenang, rowing machine, latihan percuma yang disediakan dalam aplikasi dan elliptical trainer.


HONOR Band 5
Kekerapan langkah

Kalau anda nak tahu, ia boleh memantau kadar degupan jantung secara berterusan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Menggunakan algoritma yang didorong oleh AI untuk bacaan ketepatan tinggi dan teknologi inframerah, TruSeen ™ 3.0 yang menawarkan pemantauan kadar jantung yang berterusan, sehingga anda berada di zon kecergasan lebih lama.

HONOR Band 5
Heart rate monitor


Menariknya lagi, ia juga dilengkapi dengan SpO2 Monitor. Tujuannya untuk menjejaki tahap ketepuan oksigen dalam aliran darah supaya anda dapat menilai bagaimana badan anda menyesuaikan diri semasa latihan atau di altitud tinggi. Contohnya, mendaki bukit. Perlu diingatkan, fungsi ini tidak direka untuk menjadi peranti perubatan, dan tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mengubati atau mencegah sebarang penyakit. Semua data dan pengukuran harus digunakan untuk rujukan peribadi sahaja.

HONOR Band 5
SpO2 Monitor


Nak bawa HONOR Band 5 berenang pun boleh tau. Ia tahan air sehingga kedalaman 50M³. Nak pakai ketika mandi atau menjejaki masa di dalam kolam renang, tidak menjadi masalah. Sensor enam paksi mengiktiraf empat gaya berenang utama iaitu gaya bebas, renang gaya punggung (backstroke), renang gaya dada (breaststroke), dan dan gaya kupu-kupu dengan merakam kelajuan, jarak, kalori dan skor SWOLF (kombinasi kiraan strok anda dan masa yang diambil di dalam air dan sering digunakan sebagai ukuran kecekapan berenang anda - info dari Lifesize Magazine).

Kalau nak pakai ketika tidur juga boleh ya. Dengan teknologi TruSleep HUAWEI, ia memberi kuasa kepada HONOR Band 5 untuk menganalisis kualiti tidur secara tepat masa, mengenalpasti tabiat tidur setiap hari, dan menyediakan lebih 200 cadangan penilaian peribadi untuk tidur malam yang lebih baik. Senang betul bila ada fungsi begini. Bagus, boleh jadi peringatan kepada kita untuk mendapatkan waktu tidur yang sepatutnya.

HONOR Band 5
Sleep Monitor


Dengan memakai band ini, Mai tak risau lagi kalau tersalah letak telefon. Sebabnya telefon boleh dicari dengan menekan Find Phone pada menu More dalam HONOR Band 5. Kemudian, telefon akan berbunyi 'I am here' dengan lantang beberapa kali. Tetapi Bluetooth band perlu disambungkan dengan telefon, baru ia akan berfungsi dalam jarak yang terhad.

HONOR Band 5
Fungsi Find Phone


Kalau ada panggilan dan mesej masuk ke telefon, notifikasi akan dipaparkan pada band. Ia juga boleh bertindak sebagai butang kawalan jauh untuk muzik yang dimainkan dan butang untuk mengambil gambar di telefon. Kalau duduk lama juga, akan muncul notifikasi yang meminta kita berdiri dan melakukan regangan ringan.

Untuk baterinya pula, agak tahan lama. Berhari-hari boleh guna dengan sekali pengecasan, tetapi ia juga bergantung kepada kekerapan penggunaannya.

HONOR Band 5
Dengan pengecasnya

Bagaimana dengan harganya? Harganya mampu milik. Setelah membuat perbandingan di Shopee, Lazada dan laman web HONOR, akhirnya Mai telah membeli dengan satu kedai di Shopee iaitu Dasher. Ramai yang memberi maklum balas positif terhadapnya. Jadi tidak ragu-ragu lagi untuk membeli dengannya. Produk yang dijual adalah original dan penghantaran produk juga cepat. Mai baru tengok harganya di kedai tersebut, semakin murah, RM109.90 saja! Jimat betul...



HONOR Band 5
Comel je ayat di luar bungkusan ini kan? 😁
Bungkusan dengan bubble wrap yang memastikan keselamatan produk


Pengguna telefon pintar selain jenama HONOR boleh guna ke?

Ya, pengguna telefon pintar jenama selain daripada HONOR dan pengguna Iphone juga boleh menggunakan HONOR Band 5. Apa yang perlu dibuat ialah muat turun aplikasi Huawei Health di Google Play Store untuk pengguna android dan App Store untuk pengguna Iphone.

Huawei Health
Huawei Health

Untuk pengguna android, telefon pintar anda mestilah mempunyai Android 4.4.4 dan ke atas. Kemudian, pair kan telefon dengan band. Sudah boleh terus guna. Jangan lupa isi profile anda seperti jantina, tarikh lahir, tinggi dan berat badan.

Menarik fungsinya dan mudah digunakan bukan? Mai sangat berpuas hati dengan HONOR Band 5 ini. Lagi bersemangat nak berjogging, menyertai fun run dan buat pelbagai aktiviti lain hehe. Semoga apa yang disampaikan ini, sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan semua.


2 ulasan for "HONOR Band 5, Fitness Tracker Wristband Pilihan Hati"

  1. Murah juga honor ni. Akk pakai Mi Band 4, Xiomi sbb boleh link dgn AIA Vitality akk. Selain fitness, dpt point dan redeem point

    BalasPadam