Makanan Sebenar vs Makanan Tambahan, yang Mana Lagi Bagus?
Makanan Sihat yang Patut Diambil
Makanan Sebenar vs Makanan Tambahan | Malaysia kaya dengan pelbagai sumber makanan. Sumber makanan harian seperti beras, buah-buahan, sayur-sayuran, daging ayam, daging lembu, ikan, susu dan macam-macam lagi makanan, mudah didapati di negara kita. Harganya juga mampu milik untuk semua lapisan masyarakat.
Gambar paulctijerina |
Bila senang dapat pelbagai sumber makanan dengan harga yang amat berpatutan, maknanya kita tidak boleh bagi alasan untuk tidak mengamalkan diet seimbang. Di Malaysia ini.. sudah cukup bekalan makanan. Kenapa mahu ambil makanan tambahan lagi?
Kalau sesuatu produk makanan tambahan itu tidak overclaim, boleh je nak ambil jika fungsi yang diberitahu pada label akan dapat hasilnya. Contohnya, produk minuman yang mengenyangkan.. fungsinya memang itu saja, untuk mengenyangkan. Kalau disebut boleh sembuhkan penyakit, itu sudah menyalahi yang sepatutnya.
Tapi Doktor Rafidah Abdullah, pakar buah pinggang, memberitahu di Facebooknya berulang kali, jika sihat tidak perlu ambil makanan tambahan. Melainkan mereka yang benar-benar memerlukan makanan tambahan seperti vitamin dan lain-lain, itupun diambil mengikut saranan doktor yang merawat. Jika sesuatu produk yang dijual itu mereka overclaim seperti mengatakan bahawa pelbagai penyakit dapat dirawat dengan produk tersebut, itu adalah produk sampah yang hanya menipu duit pengguna.
Mai ada terbaca status seorang pengguna Facebook yang berkongsi tentang makanan hariannya. Dalam statusnya, dia berkongsi yang dia mengurangkan pengambilan makanan sebenar dan menggantikannya dengan makanan tambahan seperti minuman shake, pil multivitamin dan lain-lain lagi. Alasannya, untuk sihat. Mai sendiri baca pun terkejut sebab terlalu sedikit makanan sebenar yang diambil.
Sebenarnya, sangat rugi kalau tak ambil makanan sebenar. Makanan sebenar ini yang kita makan setiap hari seperti nasi, sayur, buah dan lain-lain lagi yang nampak keadaan sebenar di depan mata kita. Nutrisi yang ada dalam makanan sebenar juga banyak. Badan juga jadi bertenaga.
Sumber gambar cookinglight.com |
HOT: Sarapan Pagi yang Sihat Bantu Kurangkan Berat Badan
Untung kepada mereka yang ambil makanan sebenar ni. Sihat dapat, rasa makanan sedap-sedap pun dapat. Harga makanan mentah pun tidaklah mahal. Mudah, beli ikut kemampuan masing-masing. Masak makanan sendiri lebih jimat berganda dan tahu sukatan garam dan gula dalam sesuatu masakan.
Saranan doktor, ambil makanan sebenar dengan portion suku-suku separuh yang mengandungi karbohidrat suku pinggan, lauk suku pinggan dan sayur serta buah separuh pinggan. Lengkap hidangan kan? Dengan izin Allah, portion suku-suku separuh lah yang membantu Mai berjaya mengurangkan berat. Alhamdulillah, dah dapat berat badan ideal dan masih kekal sampai sekarang.
Kalau anda bukan penggemar sayur atau buah, cuba belajar untuk makan. Tak rugi pun, malah dapat pula khasiat dan zat yang diperlukan badan. Harga juga murah dan mudah didapati. Di pasar basah, pasar pagi, pasar malam, pasar raya... eh semua tempatlah senang jumpa hehe.
Bagi Mai, nak makan apa pun makanlah. Asalkan makanan yang diambil tidak melebihi kalori yang diperlukan seharian oleh tubuh masing-masing. Biar berpadanan dengan apa yang kita buat atau kerja setiap hari. Pilih makanan yang sihat, lagi bagus.
Ate, moh le kite ubah gaye hidup. Daripada ambil makanan yang tidak sepatutnya dan membazir duit, lebih baik makan makanan sebenar yang sihat serta mudah didapati dan jauh lebih murah harganya. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang hanya mahu mengaut keuntungan peribadi semata-mata, sampai nasihat doktor pun tidak diendahkan. Bersenam juga jangan lupa buat ya. Senang je nak sihat sebenarnya kan 😉
Betul lah tu kan. LeYa pun lebihkan makanan sebenar dari makanan tambahan. Tapi berpada lah dalam pengambilan makanan tu..
BalasPadamSetuju.. bersederhana lebih baik. Makan ikut keperluan dan saranan doktor.
Padammemang mknan sebenar itu lg penting, tapi kadang-kadang kalau nk memenuhi keperluan tubuh, dan untuk kekal sihat, makanan tambahan itu penting. Janji dapat kelulusan KKM.
BalasPadamBetul.. banyak produk yang ada kelulusan KKM tapi doktor beritahu, lebih bagus dapatkan nasihat mereka sebelum ambil sebarang produk. Sebab kita sendiri tak tahu bahan aktif apa yang ada dalam sesuatu produk. Ada yang baru dapat NOT tapi dah claim macam-macam.. bahaya ni ;)
PadamSetuju sangat memang makanan sebenar lagi baik dari makanan tambahan yang telah diolah. Tapi diri sendiri pun memang tak disiplin untuk ambil real foods huhu. Kalau betul nak amalkan real food memang koyak poket. Sebab paling elok adalah makanan dari sumber organik. Cuba elakkan diri sendiri ambil fast food dulu tapi susahnya hahaha
BalasPadamBeli barang mentah di pasar berdekatan pun boleh, jimat lagi tu ;)
PadamNak makan fast food boleh je, tapi sebulan ambil sekali dua ok dah tu hehe
Thank you for sharing such an informative post. Is better to consult a doctor if got anything wrong.
BalasPadamMy pleasure ;) True!
PadamMemng betul tu, nak diest jangan tinggalkan makaan seperti sayur, buah semua tu.. Nak amnil suplememt boleh tapi jangan abaikan makanan segar yang ade depan mata
BalasPadamYa.. nak ambil suplemen, dapatkan nasihat daripada doktor. Doktor pun kena tengok juga. Ada yang claim diri mereka doktor padahal belajar medik pun tak habis.
Padammakanlah real food, suplemen tambah sahaja bukan sampai kurangkan real food sebab adanya suplemen. salah konsep dah tu. suplemen fungsinya untuk close the nutrition gap. makan real food tetap makanlah macam biasa. nutritional value sahaja berbeza.
BalasPadamTu lah.. jangan sampai begitu. Tambahan tetap akan jadi tambahan saja.
PadamRawlins teringat apa yang Doktor beritahu selepas Rawlins discharged dulu - makan la apa pun tapi in moderation - even dalam Islam pun diajar kesederhanaan ye tak
BalasPadamYa, setuju sangat tu.
PadamPendapat sendiri, sentiasa dahulukan makanan sebenar. Bila tak cukup ja baru ambil makanan tambahan, sebab ikut nutrisi ada yang boleh jadi toksik, ada yang larut tapi tak digunakan - membazir pulak beli :P
BalasPadamYa betul. Nak ambil makanan tambahan, lebih baik minta nasihat doktor. Kalau sihat, tak perlu ambil ;)
PadamSis memang pilih makanan sebenar dari makanan tambahan, hingga terlebih lebih pulak ambik..hehehe. Makanan tambahan ni kalau nak ambik pun kena tahu untuk fungsi apa..apa yang kita kurang. Mcm sis, dah berumur ni..tulang temulang semua dah rapuh, kurang pulak ambik kalsium...so kena tahu makanan tambahan apa yang bagus utk sis
BalasPadamIye betul tu. Sebab tu lebih baik kita minta nasihat doktor kerana mereka lebih arif tentang kesihatan. Daripada kita bertanya kepada penjual, lain jawapan yang mereka akan beri nanti ;)
PadamBagus lagi makanan sebenar. Tapi klau pengamhilan makanan seharian kita tidak cukup zat2 yang diperlukan, tak salah cuba makanan tambahan. Teutama kanak2 yang tak suka sayur, jadi joleh bagi supplement yg boleh kekurangan itu
BalasPadamMakanan sbnar lgi bagus pengambilannya..cma nk lgi seimbag mknan tambahan sprti vitamin pun perlu juga..tgok pada seseorang..jika antobodi lmah, kna juga ambl mkanan tmbhan untuk memperkuatkan sistem imun badan..22 sama penting..
BalasPadamSaya sendiri pun kurang tahu tentang makanan tambahan, selalu ambil makanan sebenar, tapi mcmm byk yg tak berkhasiat je. Haha, selalu makan fast food dn sbbagainya. Nk kena tukar nnti ni. Thanks share ya.
BalasPadamSaya sekeluarga lebih mengutamakan makanan sebenar daripada makanan tambahan... bagi saya, biarlah makanan semulajadi daripada makanan yang diproses... walau bagaimana menarik pun sesuatu makanan tambahan itu, saya akan consult doktor untuk kepastian... thanks for sharing ya...
BalasPadamadik saya susah betul nak makan sayur, risau. tapi alhamdulilah buah dia makan. kene bagi dia belaja makan makan berkhasiat.
BalasPadamIya.. kena belajar makan makanan sebenar yang berkhasiat.
PadamBagi kita lah pendapat kita dua-dua makanan penting dan cara pengambilan serta kuantiti tu yang penting. Kalau makanan tambahan juga penting untuk usia yang senja macam kita ni hehehehehe. Tapi sini bagus info yang berguna..
BalasPadamkalau kak ana mai, lebih suka memilih menu makanan segar ni :)
BalasPadamsamalah dengan Mai ;)
Padammakanan sebenar lagi sihat :)
BalasPadamBetul, asli lagi tu kan :)
PadamKadang2 terpaksa ambil makanan tambahan sebab tak sempat nak makan yang biasa :P Lagi2 kalau multivitamin tu
BalasPadamMakan sandwich yang lengkap nutrisi pun boleh dah, tak ambil masa lama pun ;)
Padam