Mi Sedaap Tasty dengan Isi Ayam Asli Siap Masak, Sedap!
Mi Tasty, Mi Segera Gourmet Pertama dengan Potongan Ayam Asli
Dalam banyak-banyak mi segera, Mai paling suka jenama Mi Sedaap dari Indonesia ini terutamanya mi gorengnya. Tahu tak, mereka telah mengeluarkan produk terbaru iaitu Mi Sedaap Tasty? Bila makan mi segera, Mai selalu terfikir.. alangkah sedapnya kalau ada isi ayam sekali di dalamnya. Kini, Mi Sedaap Tasty menyediakan isi ayam bersama dalam bungkusan. Bagaikan permintaan telah termakbul heeee
Baru-baru ini, Mai telah mencuba produk terbaru, Mi Sedaap Tasty. Gaul-gaul je dah siap. Sedap pula tu. Kalau boleh hari-hari nak makan tapi hihihi. Sekali sekala nak merasa, apa salahnya kan. Bukan selalu pun Mai makan. Boleh kira berapa kali Mai makan mi segera dalam sebulan. Makan sebab teringin sangat hehe.
Bagi Mai, rasa Mi Tasty sedap... kena dengan tekak. Ada isi ayam dan cendawan serta bawang goreng rangup ikonik kriuk-kriuk yang menambah selera. Makin syok makan bila banyak rencah. Bertambah sedap rasanya apabila digaul bersama.
Mi Sedaap Tasty keluaran ini sebenarnya sudah berada di pasaran Indonesia. Pada bulan Ogos 2019, Mi Sedaap telah memperkenalkan Mi Tasty, mi segera Gourmet (ala fine-dining) pertama di Malaysia. Ia membawakan tahap pengalaman yang eksklusif dalam cara pemakanan mi segera. Ia juga menawarkan hidangan yang lengkap dan memberikan kepuasan sempurna untuk mereka yang inginkan sesuatu yang baru atau kelainan dalam makanan mi segera. Mi Tasty adalah produk inovasi baru untuk memperkayakan citarasa rakyat Malaysia.
Mi Tasty sama seperti mi goreng keluaran sebelummya. Yang membezakannya adalah, Mi Tasty dibungkus dalam kotak yang mengandungi dua pek berbeza iaitu mi kenyal bersaiz sedikit lebar daripada biasa dan pek aluminium untuk isi ayam dan cendawan. Potongan daging ayam asli dan cendawan yang telah dimasak empuk dibungkus dengan kedap dalam bungkusan aluminium yang mengekalkan kesegaran dan keenakan rasanya yang asli.
Pelengkap rasa yang pasti ada, empat ramuan perisa asli terdiri daripada kicap, cili, minyak bawang dan daun bawang. Tidak ketinggalan bawang goreng rangup.
HOT: Puas Hati Makan KFC Zinger Double Down!
Mai rasa ramai yang dah tahu cara-cara untuk memasak mi segera ini bukan? Langkahnya sama seperti memasak mi goreng Sedaap bungkusan putih. Yang mana baru nak mencuba, boleh ikuti empat langkah ini untuk memasaknya:
- Rendamkan mi dan daun bawang dalam air mendidih.
- Toskan mi sehingga kering dan tambah semua perisa (cili, kicap dan minyak bawang).
- Masukkan daging ayam asli dan cendawan dalam mi yang panas dan kacau hingga sebati.
- Akhir sekali, taburkan bawang goreng rangup di atasnya.
- Siap untuk dihidangkan.
Senang je kan? Beberapa minit saja dah siap dan boleh dimakan hehehe.
Kalau anda nak tahu bagaimana rasa Mi Tasty dengan isi ayam dan cendawan sebenar, anda boleh dapatkannya di kedai 99 SpeedMart, TESCO, GIANT dan AEON berdekatan anda. Jangan lupa #UnboxTheTasty untuk menikmati Mi Segera Gourmet yang pertama untuk anda hari ini!
Wahh!! bestnya sekarang dah ada isi ayam.mesti lagi sedap kan.
BalasPadamMi sedap ni sedap. Tapi paling malas part nak toskan tu haha. dah rebus lpastu nak tos pulak adehh tak rajin
BalasPadamNampak macam sedap je. Boleh ni cuba sekali
BalasPadamSelalu bli mi sedap goreng asli..skrg nie dah ada mi sedap tasty perisa ayam dgn cendawan la..boleh la nk cuba nnt..
BalasPadamLepas ini, Naim akan mencari maggi ini nak mencuba kesedapan produk ini. hehe
BalasPadamada jugak tengok kawan2 upload kat fb, nampak menyelerakan. komen diorang pun sebut sedap. bolehlah beli nak cuba sendiri nanti
BalasPadamBaru tau ada pek mee segera yang ada isi ayam sekali di dalamnya... nak cuba la cari mee ni walaupun jarang sebenarnya makan mee segera.
BalasPadamwow. mee segera baru ni. boleh cuba. sedap nampaknya. hidangan yang lengkap.
BalasPadamBelum pernah cuba Mi Sedaap Tasty Gourmet ni. Kita memang jarang sekali makan mee segera tapi tengok awak punya terliur lak... Besok nak pi cari laaaa... Hahaa
BalasPadamBestnya dapat menikmati mee sedaap ni sekali sekala. Saja saja kan. Makan berdua dua dengan pasangan time anak anak dah tido pun syiok. Teringat zaman U dulu, makan mee goreng camni la kalau lapar2. Sekarang ada mee sedaap ayam camni pulak, menambahkan selera :-)
BalasPadamwah inovasi makanan mee segera kini dah ada lengkap dengan ayam dan mushroom.semua dalam satu peklah.senanglah kalau nak travel bawak sebagai bekalan.
BalasPadammudah dan sedap..sangat praktikal untuk mak-maka yang sibuk macam saya ..kalau dapat makanan macam ini memang sangat membantu aktiviti setiap hari
BalasPadamWowwie!!! dah ada isi ayam eh... ini memang inovasi baru ni... tengok video tu perghhhh... kalau time tengah lapo tu, confirmed la mencanak-canak rasa nak makan Mi Sedap ni... thanks for the info...
BalasPadamwahhh ada erk yang dalam pek segera mcm nie. packaging dia nice lah. sangat minimalis. isi ayam pon banyak. nanti bolehlah cari kat kedai. teringin nak cuba
BalasPadamFavourite ena ni. Hehe lom cuba lagi produk baru. Penah jugak terpikir ada ayam kan best. Hehe tq mi sedaap memahami.
BalasPadamAduhhh sedap pulak tgok. Sis pun suka gak mee segera goreng2 mcm ni..senang dn sedap. Yang ni sis belum cuba lagi..nanti boleh lah cuba
BalasPadamnad pun suka makan mi sedap..wah dah ada isi ayam..lagi bertambah lengkap la..dan sedap ..senang dan mudah disediakan
BalasPadamBaru pertama kali dengar dan nampak mi sedaap yang ni. Kalau jumpa nanti Qiss nak beli. Nak cuba juga rasa dia macam mana. Nampak menyelerakan dan mudah nak sediakan tu.
BalasPadamSeriuslah ada ayam dalam mi segera ni? Nak kena cuba lepas ni, nampak mcm sedap. Saya pulak mmg pemakan mi segera tegar haha. Okay, lepas ni nk cari.
BalasPadamwah siap ada isi ayam macam tu pulak. Mesti sedap. Yang mi goreng dia yang ori tu pun sedap.
BalasPadamproduk baru eh.. biasa BBL beli mi sedap kruk kruk tu je buat makan time lapar. kena cuba mi tasty ni.. nak buat pun mudah je step tu
BalasPadamNampak menyelerakan. Haritu ada ternampak dipasaraya tapi tak beli. Next time nak cuba
BalasPadam