Shalicious BB Cushion, Tepuk-tepuk Terus Sempurna Tanpa Cela

BB Cushion untuk Semua Jenis Kulit Muka


Shalicious BB Cushion | Anda tahu apa itu BB Cushion? Asalnya ia daripada krim BB yang sering dijual dalam tiub. Kini, ia didatangkan dalam bekas kompak mengandungi kusyen yang mengandungi cecair krim BB dan span yang mampu meresap krim digunakan untuk meratakan krim di muka.

Huruf BB pula datang daripada perkataan 'Beauty Balm' atau 'Blemish Balm'. Krim BB bukan hanya berfungsi untuk memberi litupan sempurna pada kulit wajah, ia juga turut merawat kulit supaya menjadi lebih sihat dan segar. Antara manfaat penggunaan BB Cushion adalah untuk penjagaan kulit seperti perlindungan UV, penghidratan, kawalan pori-pori, pencerahan dan mengandungi bahan-bahan anti-penuaan.

BB Cushion semakin menjadi pilihan ramai kerana bekas kompak tersebut mudah digunakan dan dibawa ke mana saja. Mai juga salah seorang yang gemar menggunakan BB Cushion kerana banyak fungsi. Disebabkan Mai bukan kaki mekap, BB Cushion jadi pilihan. Baru-baru ini, Mai telah diperkenalkan dengan Shalicious BB Cushion. Agak-agak best tak produk ni?




Sejujurnya, Mai baru pertama kali mendengar jenama ini. Tapi hasilnya membuatkan Mai jatuh hati dengannya. Mudah digunakan. Hanya tepuk-tepuk pada kulit muka dengan sekata, terus flawless, bersinar dan ceria sebab BB cushion ini memudahkan kerja Mai. Tidak melekit dan kulit terasa lembut sepanjang hari. Baunya juga wangi. Kini, ia menjadi barang yang wajib ada dalam beg tangan.

Cuba lihat gambar di bawah ini. Berbeza kan kiri dan kanan muka Mai ini? Sebelah kiri muka Mai sudah mengenakan Shalicious BB Cushion warna Light Beige*. Sebelah kanan pula tidak menggunakan BB cushion. Gambar ini tidak menggunakan sebarang filter.

Shalicious BB Cushion


Di bawah ini pula gambar Mai setelah menggunakan Shalicious BB Cushion pada keseluruhan wajah. Gambar ini juga tanpa menggunakan filter. Nampak sekata dan tidak bercapuk kan? Sukanya!

Shalicious BB Cushion


Alhamdulillah kulit muka Mai tidak mempunyai masalah kulit yang serius. Cuma ada sedikit pori terbuka di kawasan hidung dan pada pipi di tepi hidung. Bawah mata juga kelihatan sedikit lebam. Jadi, dengan menggunakan Shalicious BB Cushion, ia mampu menutup masalah tersebut.


Fungsi Shalicious BB Cushion


Seronok je rasa bila kulit muka nampak licin dan bersinar. Keyakinan untuk berhadapan dengan orang ramai pun makin bertambah. Betul kan? Mana tidaknya, kesan cela pada kulit muka dapat disorok dengan menggunakan Shalicious BB Cushion yang memberi litupan sempurna.

BB Cushion Shalicious

Shalicious BB Cushion diformulasikan dengan PhytoCellTec™ Malus Domestica, satu persediaan liposomal berasaskan sel stem epal Swiss. Ia membantu kulit untuk mengekalkan ciri-ciri dan keupayaan untuk membina sel baru. Ia juga melambatkan penuaan dan mempunyai kesan anti kedut. BB Cushion ini adalah satu pilihan bagus untuk kita semua tau.

Diperkayakan dengan formula biji Vitis Venifera (anggur), arbutin semulajadi, Vitamin E, Vitamin C, Gluthathione dan Saccharid Isomerite, BB Cushion ini menjadikan kulit lembut, bebas minyak dan sempurna tanpa cela.

Seperti yang telah diperkatakan tadi, Shalicious BB Cushion tidak hanya memberi litupan sempurna pada kulit wajah tetapi ia juga berfungsi sebagai:

  • Losyen perlindungan daripada UV, mengandungi SPF 35++
  • Krim yang membantu mencerahkan kulit
  • Krim anti penuaan dan anti kedut
  • Memperbaiki kulit wajah
  • Pelembap kulit wajah

Siapa yang tidak suka dengan kulit wajah yang licin dan bersinar kan? Kalau anda mahukan kulit wajah nampak licin tanpa cela, apa kata cuba gunakan Shalicious BB Cushion yang sesuai untuk semua jenis kulit ini. 

Cara Menggunakan BB Cushion


Sebelum menggunakan BB Cushion, sapu pelembap ke seluruh wajah. Biarkan ia meresap ke dalam kulit. Kemudian, bolehlah mula memakai BB Cushion.

Tekan sedikit sahaja span pada kusyen supaya tidak membazir krim BB dan tidak mencomotkan bahagian atas span. Tepuk-tepuk span yang sudah ada krim pada kulit wajah dengan lembut sehingga nampak sekata. Dap dap kan ye, jangan seretkan span itu di muka.

HOT9 Petua Mencantikkan Wajah

Selepas itu, bolehlah mengenakan bedak pada wajah supaya krim BB tahan lebih lama dan bebas minyak.

Puas Hati dengan Shalicious BB Cushion


Kalau anda nak tahu, ramai pengguna yang berpuas hati dengan hasil pemakaian Shalicious BB Cushion ini. Ramai yang telah memberikan maklum balas positif tentang produk ini. Antaranya:

Shalicious BB Cushion

Shalicious BB Cushion

BB Cushion Shalicious

BB Cushion Shalicious


Best kan? Kalau anda berminat dengan Shalicious BB Cushion, anda boleh ke laman mereka seperti di bawah ini untuk sebarang pembelian dan mengetahui maklumat lanjut tentang produk ini:

Facebook:  Shalicious Empire SDN BHD
Instagram: shalicioushq
Laman web: www.shalicious.my
Nombor telefon: +60 11-5666 4642



* Mai dapat warna BB Cushion yang agak cerah daripada kulit Mai 😁 Lepas ini Mai nak cuba warna Medium Beige pula, yang ini baru lebih padan kulit Mai.


Catat Ulasan

21 Ulasan

  1. Bestnya ada BB Cushion, Antara fav make-up akak BB Cushion la...suka sebab ianya memudahkan dan senang di bawa kemana- mana..tekstur pun best. Paling suka kalau tahan di muka lama...

    BalasPadam
  2. Sis tahu mengenai BB Cushion ni tapi belum pernah mencuba. Tapi baru tau ia bermaksud Beauty Balm.

    BalasPadam
  3. This looks fair ! Will it be like strong coverage and clogged pores?

    BalasPadam
  4. First time dgr jenama nie..nmpk peloles je kulit bila pakai bb cushion shalicious nie..berkenan plak kite..nnt nk trjah la laman web die..

    BalasPadam
  5. wah menarik lah bb cushion ni.tak pernah try guna produk jenama ni. macam menarik lah dan banyak manfaat untuk kulit. nak try lah!

    BalasPadam
  6. Wah bestlah bb cushion nih, nampak menarik sekali bila Mai pakai nampak beza cantik dan natural kena beli gaklah... tq Mai sharing

    BalasPadam
  7. Berapa ya harga BB Cushion ni? Kalau travel suka bawa BB Cushiom dari foundation. Ghen emergency ke apa senang nak apply kat wajah.

    BalasPadam
  8. Walaupun seorang yang suka main makeup, Rawlins masih lagi tak berani nak mencuba BB cushion sebab kulit muka tak rata - nak try yang this one la - mana tau menjadi kan

    BalasPadam
  9. Bagus lah produk ni sbb ada UV protection skali. Mmg kena ada UV protection setiap hari nak jaga kulit kita dr pancaran uv kan.

    BalasPadam
  10. Wahh shalicious dah ada bb cushion. Dulu pernah consume supplement dia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, boleh cuba BB cuchion nya nanti ;)

      Padam
  11. Amboi... nampak natural je... so sweet... bagusnya sekarang ni Shalicious dah ada BB Cushion... boleh la pakai nanti sebab di samping dapat meratakan tekstur kulit wajah, ia juga dapat melindungi kulit wajah kita daripada sinaran UV... thumbs up...

    BalasPadam
  12. Wah pertama akli dengar pasal produk ni..memng nampak best la..namapk bea maisarah pakai..senang apply bb cushion ni

    BalasPadam
  13. Menarik skrg ni sbb ada macam2 jns bb cushion. Tak pernah dengar lagi brand ni tapi nampk not bad

    BalasPadam
  14. Menarik ni, bedak saya pun nak habis dah. nanti saya baca lagi, thanks sharing info ni. Will do

    BalasPadam
  15. menarik. untuk saya yg sgt tak tahu apa pasal make up, artikel ni sangat bagus dan berilmu. bolehlah saya share artikel ni dengan kawan saya yg mmg minat makeup.

    BalasPadam
  16. Tekstur untuk BB cushion ni pekat atau sedikit cair ye? Sebab pernah try yg brand lain pekat susah nak sapu, bila dapat cair langsung tak de coverage lah pulak. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedikit cair, senang nak apply pada kulit muka ;)

      Padam
  17. The coverage does looks really good on the skin! I love to use BB cushion, because it can gives the glowly and healthy skin look.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)