Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Gembira Dapat Empat Jenis Kek Secret Recipe!

Kek Hari Lahir dari Secret Recipe


Tarikh 26 Oktober yang lalu merupakan ulang tahun hari kelahiran Mai. Alhamdulillah, masih merasa nikmat Allah yang tidak terkira di bumi-Nya sehingga waktu ini. Gembira juga hati ini kerana ada juga yang ingat dengan tarikh lahir Mai walaupun ia sekadar tarikh heeee. Kerana tarikh itulah, Mai dapat rasa empat jenis kek Secret Recipe.

kek Secret Recipe


Kek sangat sinonim dengan hari lahir. Seperti sudah menjadi kebiasaan, kalau hari lahir pasti akan ada kek walaupun tidak wajib ada hehe. Memang senyum sampai ke telinga lah dibuatnya bila dapat kek Secret Recipe. Mai memang penggemar kek, bila dapat kek kegemaran, percuma pula tu hihi.. seronok sangat rasanya.

Ia adalah pemberian daripada seorang rakan Mai. Dia meminta Mai sendiri untuk memilih empat potong jenis kek yang digemari. Katanya kalau dia yang pilih, risau tak kena dengan selera. Senanglah macam ni hehe. Sudah pasti Mai memilih kek yang berkaitan dengan coklat semuanya. Ya, coklat sentiasa di hati.

Keempat-empat jenis kek Secret Recipe yang dipilih adalah Chocolate Indulgence, Chocolate Chip Walnut, Moist Chocolate dan Chocolate Strawberry. Semuanya berasaskan coklat kan hehe. Nak buat macam mana, hantu coklat katakan 😁

Antara keempat-empat jenis kek tersebut, Mai paling suka kek Chocolate Chip Walnut. Kek ini terdiri daripada empat lapisan kek coklat dengan krim coklat segar, cip coklat dan walnut California. Bagi Mai, kek ini kena dengan tekak. Krim coklat dan krim putihnya rasa sedap dan ringan. Lagi sedap mengunyah apabila ada cip coklat dan walnut dalam krim coklat. Dalamnya nampak biasa saja kan tapi sedap rupanya!

kek Chocolate Chip Walnut
Chocolate Chip Walnut

Yang kedua adalah kek Moist Chocolate. Ya, kek ini lembap dan padat. Dilapisi pula dengan filling kopi di antara dua lapisan kek coklat, membuatkan rasa kek ini istimewa. Curahan coklat separa manis cair pada luaran kek ini menambah rasa gigitannya. Aduh.. teringat-ingat rasanya.

kek Secret Recipe
Moist Chocolate

Seterusnya, kek Chocolate Indulgence. Ini adalah kek coklat yang dilapisi dengan filling coklat Belgium yang berkrim dan coklat putih yang sedap. Kek ini mungkin jadi kesukaan ramai kerana keunikan gabungan rasa kek dan beberapa krim dalamnya. Sebelum ini, Chocolate Indulgence memang pilihan pertama Mai kalau ke Secret Recipe. Sekarang tidak lagi sebab sudah biasa dengan rasanya tapi masih dalam pilihan utama jika ke sana.

kek Chocolate Indulgence
Chocolate Indulgence

Akhir sekali adalah kek Chocolate Strawberry. Luarannya nampak seperti kek Chocolate Indulgence. Yang menariknya kek ini, ada strawberi di antara lapisan kek span coklat yang dilapisi dengan coklat Belgium berkrim dan whipped cream. Sedap juga rasanya tapi bagi Mai rasa strawberi saja seperti tidak kena dengan tekak. Rasa macam pelik je heee.

kek Chocolate Strawberry
Chocolate Strawberry

Itulah antara keempat-empat kek Secret Recipe yang telah dipilih. Selepas makan kek, makan KFC Sawadee Crunch pula. Melampau betul makan ni. Berganda-ganda kalori ditanggung badan kan hehe. Bukan selalu pun Mai makan, sekali sekala tekak nak juga merasa makanan sedap macam ni. Lepas tu bersenamlah. Jangan asyik makan saja tetapi malas bersenam dan bergerak. Macam mana nak bakar kalori dan kurangkan berat badan kalau malas kan 😉

KFC Sawadee Crunch
KFC Sawadee Crunch


Kepada diri sendiri, selamat hari lahir! Sudah semakin bertambah umur. Maknanya semakin besar tanggungjawab terhadap pelbagai perkara. Yang paling penting, tanggungjawab kepada diri sendiri. Semoga diri ini berjaya meraih kejayaan yang diimpikan dan dapat bahagiakan orang sekeliling kerana-Nya.


3 ulasan for "Gembira Dapat Empat Jenis Kek Secret Recipe!"

  1. Happy Belated Birthday Mai, Setahun sekali makan kek masa hari kelahiran ok jew

    BalasPadam
  2. Sedapnya kek. Dah lama tak makan SR ni punye kek. Boleh request ni nanti kat en suami.

    BalasPadam
  3. Chocolate indulgence tu favourite

    BalasPadam